Friday 31 December 2010

SELAMAT TAHUN BARU!!!....2011


Sedar tak sedar, tahun baru datang lagi... Selamat tinggal 2010. Semoga semalam yang ditinggalkan memberi kenangan manis buat kita semua. Rasa cepat sangat masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah ubah hari..lepas tu ubah minggu, ubah bulan dan sekarang dah beralih tahun pulak.cepat..memang cepat sangat masa berlalu.

Apapun, semoga tahun baru ni memberi sinar cemerlang dan kebahagiaan buat kita semua. Semoga segala yang dihajati tercapai dan hari2 yang bakal dilalui adalah hari-hari yang indah, seindah sinar suria di pagi hari. Setiap tahun kita akan sematkan azam. tak kisahlah apa azam kita, yang penting kita akan terus berusaha menjadikan hari-hari yang dilalui lebih baik dari semalam yang telah kita tinggalkan. Pastinya semua mengharapkan sesuatu yang terbaik..ye tak?

Dikesempatan ini, aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 buat semua insan-insan yang masih mengenali diri aku. (sanak-saudara, guru-guru, teman-teman dan pelajar-pelajar). Terima kasih kerana masih sudi mengingati diri ini. Terimalah aku seadanya aku...

Saturday 25 December 2010

CHRITSMAS @ Brighton Beach


Seperti biasa, bila tiba krismas di Aussie ni, semua kenderaan awam pada hari ni adalah percuma. Jadinya, ramai yang ambil kesempatan untuk membawa family keluar jenjalan. ada yang pergi ke tempat yg paling jauh, yg boleh dibawa oleh train..maklumlahhh...freee... Aku pada mulanya malas nak keluar tapi mengenangkan anak2 yang cuti sekolah ni tak ke mana-mana, so gagahkan jugak untuk bawak diorang keluar. Kalau ikut anak-anak aku, diorang ni lebih suka dok terperap kat rumah dgn notebook memasing. Nampak sangat yang aku sebenarnya ketar kepala nak berjalan..heheheh.... Kebetulan pulak kawan aku ajak pergi pusing2 city n sambil makan-makan kat Brighton Beach.. kena bawak bekal memasing lah kan... Sebenarnya, kalau ikutkan aku, 10 kali dtg kat brighton beach ni pun aku sanggup.. Sebabnya aku memang admire dan suka sangat pada rumah2 kecil yang berwarna-warni ni. Salah satu tarikan kepada pelancong utk datang ke sini. Ada yang namakan rumah-rumah kecil ni "bathing room" dan ada yang panggil "changing room"..tak pulak aku selidik apa fungsi sebenar rumah2 comel ni.. Tak kisahlah..yang penting ianya menarik perhatian buat sesiapa saja yg berkunjung ke sini...

~nama rumah ni "bathing box"~
~rumah comel yang ada "tuan" ke semuanya~
~happy family~

~hepi~

~aku, dr.noriah & gee bersama anak dara masing2~
~kanak2 je yang mandi~



Destinasi seterusnya ialah pusing-pusing city naik tram. Then kami singgah makan kat Restoran LAzAT sebelum balik dengan keretapi terus ke Thomastown train station.

Thursday 23 December 2010

Krismas di Melben


Emmmm...lamanya aku tak update blog ni.. Rasanya dah penuh sawang dan sarang labah-labah kat blog ni. bukan apa pun, takde bahan yang nak dijadikan bahan tulisan. So, ada baiknya aku diam2 je kan..Hehehe... lepas ni, aku akan try pos event yang lepas2 kat blog aku ni..so kira back dated lah ek...

Seperti yang semua tahu, 25hb Disember ni adalah Hari Krismas yang disambut oleh orang kristian di seluruh dunia. Kalau di Amerika, mereka menyambut krismas pada musim sejuk, berbeza pulak dengan orang2 Australia yg menyambutnya di musim panas. "Krismas In summer!" Jadinya, tiap2 tahun lah org2 Oz ni sambut krismas musim panas.

Kalau kat Malaysia, bila dekat2 nak sambut hari raya Aidil fitri, di kampung-kampung akan pasang pelita sempena malam tujuh likur kan?. Haaaa...Kat sini pun takde bezanya ...sebabnya, masyarakat oz yang sambut Krismas ni pun akan pasang lampu lip lap yang bergemerlapan di halaman rumah mereka. Dan..memang nmpak meriah sangat. Ada tu siap decorate macam2 patern supaya rumah mereka nampak cantik. Memang menjadi tarikan bagi orang-orang luar macam aku ni. Heheheh....

Disebabkan tahun ni, tahun kedua aku sambut krismas di negara kanggaru ni, so aku taklah excited sangat nak tengok lampu2 tu. Jadinya bila malam, rasa malas nak keluar tengok lampu2 tu. So aku cuma dapat snap gambar ni sekeping je (pic yang kat atas tu). Itupun sebab jiran sebelah rumah aku yang pasang lampu ni. Pada tahun lepas, banyak jugak gambar2 yang aku dah snap, tapi taktau folder mana aku letak ntah... Jadinya, untuk tidak menghampakan kenkawan yang berada di bumi Malaysia, aku download gambar2 dari laman web dan ianya lagi cantik dan menarik... Ok gang...enjoy the picture that i've posted...




Menjadi kebiasaan di Victoria ni (aku rasa di tempat2 lain di Australia juga), pada hari krismas, semua public transport adalah percuma (1 hari sahaja). Bagi manusia-manusia yang memang suka kalau bab-bab "FREE" ni (macam aku..heheh), takkan lepaskan peluang untuk naik kenderaan awam yang free ni. So esoknya plan nak pergi round city je... Malas nak jalan jauh2...

Buat semua kenkawan di Malaysia "SELAMAT HARI NATAL" dan untuk orang-orang Aussie, aku ucapkan "MERRY CHRISTMAS!!!!" ...Heheehhe..Macamlah diorang tu semua baca blog aku dan satu lagi... diorang faham ke apa yang aku tulis ni??? kwang..kwang..kwang!!!!hihihihi......

Tuesday 7 December 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432


Hari ini merupakan tahun baru dalam kalendar Islam... 1 Muharram 1432.. Selamat menyambut Maal Hijrah buat semua. Semoga tahun baru ini memberi seribu kebahagiaan, keberkatan dan kecemerlangan buat kita semua. Selamat berhijrah ke arah yang lebih baik. Hijrah itu perjuangan dan hijrah itu pengorbanan... Semoga perjuangan dan pengorbanan ini mendapat ganjaran dariNya.
Bagi insan-insan yang berada di bumi Malaysia, pastinya lagu ni akan berkumandang di corong radio dan kaca TV.



Lirik Lagu: Maal Hijrah

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Untuk Sepanjang Zaman



~S A L A M M A A L H I J R A H 1432~

Saturday 4 December 2010

~TALAM KELADI~

Agak lama jugak aku tak letakkan resepi kat dlm blog aku ni. Nak kata busy, tak jugak..Tapi yang pasti aku takde kesempatan nak update resepi kat blog aku ni.
Harapnya lepas ni aku dapat merajinkan diri untuk publish resepi-resepi yang mudah tapi agak susah jugak nak buat kalau tak ada kerajinan dalam diri.... Kalau aku berada di bumi Malaysia, belum tentu aku buat kuih ni....hehehe
Aku ni bukan lah termasuk dalam kategori yang teramat rajin pun, cuma bila tinggal di bumi asing,mulalah terasa nak makan itu ini. Dan penyelesaiannya, apa lagi, google sana sini untuk mencuba resepi baru. Resepi ni aku ambil dari blog DTS (blh klik kat sini)


Talam KELADI

Lapisan Bawah:

300 ml santan
65 gram tepung beras
1 camca teh tepung gandum
100 gram keladi (di dadu, kukus dan dilecek sedikit)
55 gram gula halus
1/2 @ 1 sudu teh garam

Lapisan atas:

100 ml santan
70 gm gula halus
2 sudu besar tepung beras
20 gram tepung jagung
1 biji telur- pukul sedikit
1 sudu teh garam
pewarna ungu

Cara: Panaskan kukus. Lensakan loyang (8x8 inci) dengan minyak atau mentega.
campurkan semua bahan untuk lapisan bawah kecuali keladi. Kacau sebati. Kemudian masukkan keladi. Tuang ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 30 minit. Angkat dan lorekkan sedikit menggunakan garfu sebelum tuang lapisan atas.

Untuk lapisan atas, masukkan semua bahan dan kacau sebati. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus lagi lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak. Tutup loyang dengan aluminium foil.
Biarkan kuih betul-betul sejuk. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.

.

TALAM JAGUNG

Dah lama aku nak buat kuih talam jagung ni.. Baru je dapat direalisasikan. Puas aku meng'google' sana sini untuk dapatkan resepi kuih talam jagung ni. Akhirnya berjaya jugak aku membuatnya walaupun rasanya tak menepati citarasa. Tapi kira ok je lah...

RESEPI TALAM JAGUNG


Lapisan bawah:


1 cawan jagung cream


2 cawan tepung beras


1/2 cawan tepung jagung


3 1/2 cawan santan


1 cawan gula


1 sudu teh garam


Lapisan atas;


1 1/2 cawan tepung beras


4 1/2 cawan santan


1 sudu teh garam.

Cara:

1. Gaulkan semua bahan lapisan bawah hingga sebati.

2. Masukkan ke dalam loyang yang telah di lensakan dengan sedikit minyak.

3. Kukus lebih kurang 30 minit. Angkat dan lorekkan sedikit.

4. Campurkan ke semua bahan lapisan atas dan tapis ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan lebih kurang 10 minit.

5. Tuangkan ke atas lapisan bawah dengan perlahan.

6. Kukus lagi lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.

7. Sejukkan sebelum dipotong.
























Tuesday 16 November 2010

Aidil Adha 2010

Hari ni aku menyambut hari raya Haji di bumi Melben untuk kali yang ke 2. Kami di sini merayakan hari raya Aidil Adha sehari lebih awal dari Malaysia di mana ianya telah ditetapkan oleh Victoria Islamic Council. Suami dan anak lelaki aku bersembahyang sunat aidil adha di masjid yang berdekatan dengan rumah kami je supaya anak aku tidak terlewat untuk bersiap ke sekolah selepas menunaikan solat.. Masjid yang terletak di Thomastown ni mula solat awal iaitu pd jam 7.00 pagi.. Ye lah kan, suboh kat sini jam 4.30 pagi so kul 7.00 pagi pun dah macam kul 8.00 pagi.. Sebenarnya, anak-anak aku ni boleh je dikecualikan dari bersekolah pada hari ni... tp diorg ni berkeras nak jugak pergi ke sekolah. Aku???..biaselah.. masjid di Thomastown ni takde jemaah perempuan, jadinya aku habiskan masa di rumah je. Kemudiannya, kami bersarapan bersama-sama sebelum anak-anak aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Emmm......raya pun sekolah jugak tau....Mungkin ini menjadi satu kenangan yang indah bila anak-anak aku dewasa kelak..Oh ya.. Menu hari ni adalah rendang ayam dan sambal udang yang dimakan bersama ketupat NONA dan pulut kuning... Heheheh

Selepas jam 10 pagi rumah aku senyap sunyi je. Sepinya berhari raya di bumi asing ni. Anak-anak bersekolah dan suami aku pulak pergi uni. Tetiba je hati aku jadi sayu sesayunye... Emmmm.... inilah dinamakan pengorbanan berhari hari raya di perantauan... Jauh dari sanak saudara dan keluarga tercinta... Sentimental lah pulak aku ni kan... Anyway, kehadiran kenkawan di sini dapat mengubati sedikit kesedihan dan kesayuan hati ini... Pada sebelah tengahari, rumah aku dipenuhi dengan kenkwan yang berada di persekitaran. Syukur..... rupanya aku masih tidak keseorangan di bumi asing ini.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada kenkwn yang masih sudi menemani dan bertandang ke rumah aku yang tak seberapa ini... Kehadiran kalian amat bermakna dan mampu mengubati sedikit kesayuan di hati....



Kami juga ambil kesempatan berhari raya di rumah kenkwan dipersekitaran. Tapinya aku sempat pergi beraya di 2 buah rumah je, sebab dah lewat malam sangat... Sorry ye Jai/Mimi dan Azhar/Syidah sebab datang lewat kat rumah korang. Maklumlah aku hanya dapat keluar berhari raya selepas jam 9.00 malam..


~Rumah penghulu Jai~

~sedondon pulak baju dgn nora n syidah~


Thursday 4 November 2010

~MURTABAK MELBEN~


Hari ini dalam sejarah... Aku dah pandai tebar roti canai.... Biar betul, sure semua orang tak percayakan? Apapun korang kena percaya jugak. .. Eeeeee memang lah teramat bangga. Tak terfikir pun yang aku akan pandai tebar roti canai. Di bumi Melbourne pulak tu... Haahaha.

Jadinya hari ni plan nak belajar tebar roti untuk buat murtabak. Seronok sangat sebab murtabak aku pun menjadi tersangat cantik sekali, 2 kali dan 3 kali. Dah macam murtabak yang jual kat "bazar ramadhan" je gayanye...Perasan je aku ni kan....hehehe.

Setinggi penghargaan kepada cikgu yang ajar aku tebar roti ni. Sapa lagi kalau bukan si pemilik nama Siti Hanum. Tak sangka pulak, selama ni dia ada skill menebar roti.. heheheh... Apapun, aku jugak yang dapat tumpang syafaatnya kan?

Sebenarnya, aku takdelah pandai mana pun tebar roti tu. Cukuplah sekadar tahu buat je. Maklumlah... budak baru belajar kan. Tapi kan, cg hanum cakap aku dah boleh dapat degree dalam skill ni.....hahaha ada-ada je kan. Tebar boleh sempat 2 kali pusing je. Kalau angkat kali ke 3, terus jadi roti kirai. Walau apa pun, satu langkah permulaan yang cukup baik untuk aku.....(bagi semangat kat diri sendiri ni). Tidak ada istilah terlewat utk belajar, betul tak?...
Bertambah lagi satu ilmu aku hari ni. Kat bawah ni ada sedikit shoot aksi-aksi di sebalik tabir macamana proses menebar roti canai dan seterusnya proses membuat murtabak.



~tgklah muka org baju merah yg tersenyum bangga sambil menunjukkan cara-cara menebar roti~

p/s: korang ingat tak skrip dalam citer filem "Senario Lagi"?
*Gelek, gelek tepung...Tebar, tebar tepung.. Lepas tu, letak atas kuali.... SENANGGGGGGGGG!!!!!!!!!*





~tengoklah murtabak aku yang comel ni...~




~Haa...tengok tu...dah bersusun aku buat tauu!!!!~
Dah macam kat bazar ramadhan kan...


T.a.d.a.a.a.a

~Inilah dia murtabak aku....ok tak????~





Tuesday 2 November 2010

Aku, Seri Dewi & Keluarga

Tak tau kenapa, sejak 14 tahun dulu aku memang menjadi begitu fanatik pada satu majalah ni. Nak tau majalah ape? Majalah Seri Dewi dan keluarga, keluaran Karangkraf. Eh...macam promote majalah ni pulak lah kan... Dan... sejak 14 tahun tu jugak, majalah keluarga ni masih aku simpan dgn elok lagi.

Berada di bumi asing ni, bukannya alasan untuk aku tidak dapat memiliki majalah kesayangan aku ni. Masa mula-mula aku nk berangkat ke Melbourne ni, aku terfikir jugak, dalam masa 2 tahun ni, aku takkan dapat majalah keluarga aku ni... Tapi tekaan tu meleset sama sekali. Sampai ke hari ni, aku masih lagi dapat bekalan majalah ni dari Malaysia... Pantang je aku dengar ada student yang nak balik Malaysia, perkara pertama yang aku kirim dari diorg ialah tolong belikan majalah ni untuk aku. Kadang-kadang tu, sedara mara diorg yang nak datang bercuti di sini pun aku boleh buat muka tak malu je nak kirim belikan majalah..hehehe asalkan boleeeh je aku ni!!!..... Ada sorang ni dah kira macam suplier tetap aku dalam 2,3 bulan ni.... Sebabnya dia memang keluar masuk Melbourne ni dah macam kampung halaman dia pulak...hehehe... Sape lagi kalau bukan si pemilik nama Khairunneezam Mohd Noor. Memang sepatutnya dan seharusnyalah aku berterima kasih kat dia kan...Sebenarnya dia dtg sini bukanlah untuk bersuka-ria... Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dalam proses untuk melengkapkan tugas-tugas PHD nya... Selamat berjaya untuk beliau. Jadi aku pun ambik peluang lah kan.... Yang penting hajat aku dapat dilaksanakan dengan jayanya...

~sebhgian dr koleksi aku di Melben~

~elok je tersusun...hehehe~

~GLAMNITE 2010~

Pada hari Sabtu yang lepas (30/10/10) telah pun diadakan satu majlis makan malam di mana ianya adalah untuk meraikan pelajar-pelajar Malaysia yang telah pun tamat pengajian mereka menjelang hujung tahun ni. Kebanyakan daripada mereka adalah pelajar-pelajar dari La Trobe University. Majlis malam tu nampak hapenning sangat dengan tema "The Glamourous Night". Pada malam tu juga, anak-anak aku

(Aamira & Irfan) diberi kepercayaan untuk mempengerusikan majlis. Alhamdulillah..mereka berdua berjaya mengendalikan majlis dgn jayanya. T.A.H.N.I.A.H buat Aamira dan Irfan! Teruskan usaha... Semoga sifat berani tu dapat diteruskan bila berada di bumi Malaysia kelak.


Pada malam tu jugak, anak-anak aku mendapat gelaran "best dress of the night"....

bagi kategori kanak-kanak (putera-puteri). Suka sangat lah diorang berdua sebab 2 hari 2 malam dok plan nak dressing macam tu. Siap mintak aku belikan mask untuk dipakai pada malam tu.. Emmmm ikut kan aja lah kan, selagi tidak melebihi batas. Alaah...bukan apa pun, sekadar untuk suka-suka je kan.... Bila lagi ye tak...


Satu lagi, acara wajib malam tu ialah cabutan nombor bertuah. Best..best... sebab malam tu buat julung kalinya aku menang cabutan nombor bertuah. Tempat pertama pulak tu... Hehehe..... Walaupun hadiahnya bukan berupa sebuah kereta tapi aku tetap bangga. Selalunya, memang susah nak lekat nombor aku ni. Kira ok lah kan. Kat bawah ni adalah antara aksi yang sempat di rakamkan.







~emcee of the night~


~comel~
~macho~
~putera puteri ku~


~best dress award~
(maharaja, maharani, putera, puteri~

~kami~
~penghibur pada malam tu~
~aksi milla n the gang~


~akhirnya aku dpt jugak!~

~antara yang hadir mlm tu`




KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...