Saturday 29 May 2010

Hanish's birthday

Hari ni kami menghadiri majlis Hari Jadi Nur Hanish Farhana yang ke 5 tahun... Puteri kesayangan Faridah dan Hairul @ Norrisbank.. Pagi lagi aku dh bangun utk siapkan kek untuk dia... Requested by her mother. Besday girl nak aku buatkan kek princess Cinderella kaler Blue... Budak tembam ni... tahu je dia nak pilih tema utk hari jadi dia... Siap pesan lagi... tema blue n white..

Selepas selesai men'decorate' kek besday, aku buat cheese cake sebagai buah tangan utk dibawa ke majlis tu... Idea nk buat cheese cake ni pun dtg betul2 minit yang terakhir bak kata org putih last minit...hehehe... nasib baik jadi... ~kek biru putih~

~gambar sekitar majlis akan menyusul selepas ini~
~harap maklum~
~my Cheese cake~
Ramai jugak jemputan tuan rumah... memang nampak meriah sgt.. Yang penting makanan yang disediakan pun sedap2 belaka... Itu yang aku suka.. heeee


Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah di atas jemputan tu.

To the sweet little princess,....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.... Semoga Membesar Menjadi Anak Yang Baik Dan Berjaya Di dunia Mahupun Di akhirat.... AMINNN!!!!



Saturday 22 May 2010

HAPPY BIRTHDAY...IRFAN....!!!!

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO IRFAN
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!

Seperti yang dijanjikan, hari ni kami buat majlis hari jadi untuk anak bujang aku yang ke 12 tahun yang jatuh pada 18 Mei baru-baru ni. ... Emmm dah besar panjang anak bujang aku sorang ni.... Sudah pastinya tema hari ni adalah HITAM PUTIH. Hari ni aku masak nasi ayam for tetamu yang hadir. Tema hitam putih yang simple tetapi masih nampak elegen dan eksklusif... Kira ok lah kan.. Besday boy pun, orangnya jenis simple n cool je.. And the most important things is.
It's look nice!!!
Malam tadi aku bekerja keras menyiapkan patern kek kaler HITAM PUTIH.. Seram sejuk gak nak men'decorate'nya.. Takut kot2 besday boy tak berkenan patern kek yang aku buat. Ye la kan.. ada ke suruh aku buat kek lambang Collingwood... Dan yang pastinya assistant aku ialah Aamira, yang banyak menyumbangkan idea dalam dekorasi kek ni. Thanks sayang... Tapi malam tadi aku buat 3 kek sekali... satu untuk irfan, satu lagi tempahan dari Pn Farizal dan yang satu lagi aku buat sempena anniversary aku semalam. Bukan apa pun, daripada kek tu kosong je, lbh baik aku decorate kasi cantik ye tak???
Seperti biasa, majlis dimulakan dgn bacaan doa oleh En Neezam bagi mendapat keberkatan majlis, diikuti dgn makan-makan dan last sekali majlis potong kek.


~Uncle Neezam memulakan bacaan doa selamat~

~kaum bapa~
~Happy 12th birthday~

~giliran mama & abah pulak~
"Ya Allah, panjangkan jodoh kami..."
Semoga kami menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak2 kami...
~besday boy n frens~
~mama vouge~

~hanish-effa...stripe vs polkadote~

~pinggan hitam putih~


~posing time!!!~

~Inilah kek CINTA hati aku & suami~

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada tetamu yang sudi hadir. Dan yang penting tetamu yang dtg begitu sporting mengenakan baju HITAM PUTIH...... Mekasih banyak-banyak kerana sudi memeriahkan majlis.






Friday 21 May 2010

My 15th Anniversary

H A P P Y 15th A N N I V E R S A R Y !!!!!

Ashraf & Jumee Zaila


Emmmm... Rasanya baru semalam aku menjadi isteri kepada En Ashraf Ab Rahman... Pejam celik pejam celik.. rupa-rupanya dah 15 tahun usia perkahwinan kami.... Aku bersyukur kerana berjaya melayari kehidupan berumahtangga hingga ke tahap ini. Ya Allah ya tuhan ku.. Aku mohon semoga Engkau panjangkan jodoh di antara kami sehingga ke akhir hayat kami. Aminnnn..

Suami aku hadiahkan jam tangan sempena ulangtahun perkahwinan kami ni.... Thanks to my beloved husband....


~Inilah jamnya....~


Tuesday 18 May 2010

Mei Event......

Banyaknya peristiwa yang berlaku pada bula Mei ni. Baru2 ni sambutan hari ibu di
seluruh dunia dan Sambutan Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia. Happy Belated Teacher's Day to all my friends.

Hari ni pula adalah hari jadi anak no 2 aku yang ke 12 tahun. Emmmmm...dah besar panjang dah anak bujang aku sorang ni. Happy Birthday, Irfan!!!. Semoga membesar menjadi anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Sempena hari jadi Irfan, hari ni
aku masak nasi beriani. Special dish for a special day konon2 nya lah. Oleh kerana hari ni selasa so kami bercadang nak buat majlis kecil-kecilan pada hari Sabtu depan. Bukan ape pun sekadar menjemput 2,3 tetamu je. Ye lah kan, bulan lepas dah buat besday kakak dia yang nampak happening sangat dengan warna MERAH PUTIH.. Sure tak puas hati kalau aku tak buat majlis untuknya. Yang aku pening, besday boy nak majlis hari jadinya nanti bertemakan HITAM dan PUTIH...dan dia mintak aku buatkan kek kaler hitam putih gak.... Eeeee tak dapat aku bayangkan rupa bentuk kek tu nanti.. Kepala aku pun dok ligat berpusing nk memikirkan patern kek tu.


Sebenarnya warna hitam putih ni mengikut warna pasukan Australian Football Club yang mana menggunakan lambang burung yang bahasa ostolianya nama MAGPIE... Emmm tak pasal2 aku kena ambik tahu pasal kelab bola ni.

Tengok je lah logo ni... Takkan lah aku nak buat kek gambar macam tu... eeeee nanti kek tu jadi ntah ape2 kan? Tapi yang pasti besday boy sgt berpuas hati sbb dapat present yang kami berikan padanya.. Nasib baik dia happy dgn hadiah ni. Bukan ape, dia ni cerewet sikit, kalau dia tak suke, dia tak kan pakai walaupun beli dgn harga yg mahal. So tak bolehlah nak buat surprise kali ni takut nanti membazir pulak kan. Terpaksa bawak dia masa beli present ni. Haaaa..Inilah hadiahnya..... Jam Swatch Collingwood!!!!!




































Saturday 15 May 2010

Pembantu Rumah Dengan Izin.....

Sedar tak sedar dah lebih setahun lebih aku berada di bumi Melbourne... Bermakna selama itulah jugak aku menjadi pembantu rumah sepenuh masa tapi yang pasti bukan pendatang haram tau. Pembantu rumah ni adalah pembantu rumah dengan izin. Dulu, masa mula2 bercuti aku rasa seronok sangat sebab dapat rehat betul-betul dan tak payah nak fikir pasal kerja. Tapi bila dah lama sgt aku mula rasa boring yang teramat sgt. Rindu pada keluarga dan kenkwn yg jauh di bumi Malaysia. Rindu jugak pada kerjaya yang dah setahun aku tinggalkan.

Bila berada dibumi asing ni dh tentu segalanya begitu asing buat kami rakyat Malaysia. Budaya, cara hidup, dan yg penting makanan mereka juga tak sama dgn kita. Syukur kami masih blh mendapatkan barang2 mentah yang halal di sini. Kedai2 yang menjual barang2 keperluan org asia juga terdapat di mana-mana saja. So, ianya bukanlah menjadi satu masalah besar buat aku di sini. Namun begitu, semua brg2 yg ada, tak akan bermakna tanpa pakar memasak macam aku..hahaha..

So, inilah peluang aku nak tunjukkan skill aku ye tak..? Kalau dulu setakat nak makan kuih dua, tiga keping, tak payah susah2 nak buat. Just beli kat kedai simpang, siap boleh pilih lagi kuih apa yang kita nak. Tapi kat sini, mana ada jual karipap, serimuka, kuih lapis dan macam2 kuih tradional lain. Lagi pulak, kekadang aku tak sampai hati bila anak2 merengek nak makan itu ini.

Tugas pembantu rumah akan bermula seawal jam 7.30 am. Kejutkan anak2 dan prepare breakfast for them. Selepas tu aku akan hantar anak2 ke sekolah dan kemudiannya hantar lak suami aku ke uni. Tengahari lak masak utk lunch. Itu je lah rutin aku hari-hari. Bilalah agaknya aku blh mintak cuti ni kan? Tapi takpe, asalkan kita lakukan semua tu dgn ikhlas, insyaallah ganjarannya amat besar sekali.


Banyak masakan yang aku memang malas nak buat kat Malaysia, tapi aku buat kat sini. So untuk cuci mata...Pendek kata, apa yang kita nak makan semua ada kalau kita rajin nak buat..kalau taakkkkk.....layan je lah gambar2 yang aku sempat snap kat bawah ni.... Sekurang-kurangnya bagi idea kat korang utk masak lepas ni.

~popia basah~
~mee kuning ni pun aku buat tau!!~
~mee rojak~
~vadei~
~Kuih lapis~
~kuih bingka~
~japanese cotton cheese cake~
~cheese cake jugak~

~siakap sweet sour~
~asam pedas~
~ikan patin tempoyak~
~ikan bakar~
~beef black paper~

Ok lah..ni je yang dapat aku upload. Banyak lagi masakan yang aku dah buat tapi terlupa lak nak snap gambar. Tunggu next season pulak k. Pada kenkawan yang baca blog aku ni..aku nak mintak maaf bebanyak sebab ayat aku tunggang terbalik. Almaklumlah aku ni bukan orang sastera, ayat dan tulisan aku ni nampak sangat straight to the point nye. Tapi takpe, yang penting message tetap sampai kan... Lepas ni kalau aku free, will upload aneka kek icing pulak.


Sunday 9 May 2010

Happy Mother's Day to me!!!!

Hari ni adalah hari yg amat istimewa buat semua insan yg bergelar ibu. Sambutan hari ibu di seluruh dunia lah kira-kiranya. Ianya disambut pada hari ahad minggu kedua pada bulan Mei. Al-fatihah buat arwah mak aku yg dah tinggalkan aku sejak aku berumur 12 thn lg. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah hendaknya. Sejak itu aku tak dpt merasai sentuhan kasih sayang dari seorang insan yg bergelar ibu. Bersyukurlah buat insan2 yang masih mempunyai ibu.

Anyway, hidup mesti diteruskan. Hari ni aku, Faridah n Wati saja2 plan nak buat majlis makan2 sempena meraikan hari bahagia kami. Sepatutnya hari ni kaum ibu blh bersenang-lenang, tp apakan daya,...... Ermmmmm saja je kami nk buat makan2 nk masak spesel di bumi melben ni..sbb tu kami sengaja pilih hari ni sempena hari ibu. Kalau kat Malaysia dah tentu boleh pilih tempat2 makan yg special.

Awal-awal lg Faridah n Wati dah datang rumah aku utk menyediakan beberapa menu yang dah pun kami senarai putih kan sebelumnya. Nak tau menunye? Kambing BBQ, sambal sotong, sup ayam dan sayur for our lunch manakala laksam pahang for minum petang. So sapa lagi yang akan bertungkus lumus kalau bukan kitorg kaum ibu yang pakar dalam bab masak memasak ni. heeee. Selesai saje aktiviti memasak....ape lagi kaum bapak dan anak2 terus je serbu. Katanya nak try test masakan kitorg sedap ke tidak.. Ada pulak macam tu.. Sure sedapnye.. takyah nak test test...hehehe


~kambing BBQ~
~Wati n Faridah~
~tuan rmh~
~menu makan tengahari~
~Laksam~
~juri jemputan~

Selesai makan-makan, borak-borak sambil tgk tv. Lepas tu makan lagi..

Thursday 6 May 2010

Autumn In BRIGHT....Here We Come!!! (Pt II)

2 Mei 2010 (Ahad)

Hari ni hr terakhir we all berada di Bright. Bangun awal pg, siapkan breakfast n lunch. Kali ni kami konvoi 4 kereta iaitu aku, wati, jeff n the gang & mila/mahathir. Sebelum tu saje2 je nak imbas semula gambar yg x sempat nk upload semalam..


Gambar-gambar yang cantik tu adalah dgn ehsan jeff merangkap cameraman kami utk trip kali ni. Hasil sentuhannya memang tak pernah menghampakan. Thanks Jeff!!!!

~ready...............~
~Go.....~
~Senyum selalu~

~dgn alpacas~


Kita berbalik pulak pada cerita hari ni. Hari ni, hajat hati nak singgah kt kebun lavender tp apakan daya, tutup la pulak. Bukan ape, pokok2 tu dh tak cantik sebab bunganya dah dituai..Tak boleh lah kami nak beraksi dgn bunga lavender..huhuhu..Tapi kami tak kisah pun sbb yg pentg nak berposing je. So kat bawah ni adalah aksi2 kitorang kat kebun lavender yg tutup tu.


~pokok lavender yg dh togel~

~tgk..aku selalu sgt miss~


~yes!!! i did it, wpun x sama dgn diorg~

Kami juga tak lepaskan peluang berada di Bright ni dgn mengunjungi 'The Maze' katanya maze ni yg terbesar dan terletak di Wandiligong.

~nyaris sesat di celah2 maze ni~
~kami~

~me n wati's fmly~
~suka gambar ni~

Kami semua berpatah balik ke tmpt penginapan utk check-out. Dalam perjalanan tu kami sempat lg singgah tempat yang macam pasar tani kat malaysia dan juga kolam memancing ikan.. Masing2 nak ambik kenangan memancing di Bright. Yang bagusnya, mereka menyediakan umpan dan mata pancing. Kalau tak dpt ikan, tak dikenakan bayaran. tapi kalau dapat pancing ikan tu, kena bayar mengikut berat ikan ($20/kg).. Pasar tani terbuka yang bahasa australianya digelar Open Market ni adalah tempat penduduk tempatan memasarkan barang2 hasil dari tempat mereka. Peluang mcm ni bukan senang dapat. Emm layan je lah kan.

~ni kat open market~


~entrance..replika salmon trout~
~gembira dgn hasil tangkapan masing2~
~salah satu kolam kat tmpt memancing tu~

Kemudian kami blk semula ke tmpt penginapan utk makan tghari n check-out. Sayang nak tinggalkan tempat yg cantik macam Bright ni. Entah bila dpt datang lagi. Sepatutnya kami kena keluar dari Bright ni sebelum pukul 4.00 ptg, sebabnya nanti kami akan lewat sampai ke rumah masing-masing. Tapi, tau2 je lah..byk lg tempat yang kami nak singgah. Sempat lagi singgah kat 'Open Garden'. Tempat ni adalah hak milik persendirian. Aku mmg teruja tgk tuan rmh menjaga laman mereka dan lagi pulak di buka utk pelancong utk menerokai garden mereka tu. Emmmm memang cantik sangat, nampak betul 'english style'nya. Dah nama pun tempat org putih kan.. Macam taman impian lah pulak..
~dalam rmh penginapan kami~




~sebelum blk, bgambar dgn pemilik open garden~

At last, sebelum kami balik sempat jugak berposing dgn mercu tanda Bright.... Harap dapt datang lagi.
Walaupun penat tp trip kali ni amat memberi makna!!!
Beautiful Bright... Here We Come!!!

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...