Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Saturday, 15 May 2010

Pembantu Rumah Dengan Izin.....

Share
Sedar tak sedar dah lebih setahun lebih aku berada di bumi Melbourne... Bermakna selama itulah jugak aku menjadi pembantu rumah sepenuh masa tapi yang pasti bukan pendatang haram tau. Pembantu rumah ni adalah pembantu rumah dengan izin. Dulu, masa mula2 bercuti aku rasa seronok sangat sebab dapat rehat betul-betul dan tak payah nak fikir pasal kerja. Tapi bila dah lama sgt aku mula rasa boring yang teramat sgt. Rindu pada keluarga dan kenkwn yg jauh di bumi Malaysia. Rindu jugak pada kerjaya yang dah setahun aku tinggalkan.

Bila berada dibumi asing ni dh tentu segalanya begitu asing buat kami rakyat Malaysia. Budaya, cara hidup, dan yg penting makanan mereka juga tak sama dgn kita. Syukur kami masih blh mendapatkan barang2 mentah yang halal di sini. Kedai2 yang menjual barang2 keperluan org asia juga terdapat di mana-mana saja. So, ianya bukanlah menjadi satu masalah besar buat aku di sini. Namun begitu, semua brg2 yg ada, tak akan bermakna tanpa pakar memasak macam aku..hahaha..

So, inilah peluang aku nak tunjukkan skill aku ye tak..? Kalau dulu setakat nak makan kuih dua, tiga keping, tak payah susah2 nak buat. Just beli kat kedai simpang, siap boleh pilih lagi kuih apa yang kita nak. Tapi kat sini, mana ada jual karipap, serimuka, kuih lapis dan macam2 kuih tradional lain. Lagi pulak, kekadang aku tak sampai hati bila anak2 merengek nak makan itu ini.

Tugas pembantu rumah akan bermula seawal jam 7.30 am. Kejutkan anak2 dan prepare breakfast for them. Selepas tu aku akan hantar anak2 ke sekolah dan kemudiannya hantar lak suami aku ke uni. Tengahari lak masak utk lunch. Itu je lah rutin aku hari-hari. Bilalah agaknya aku blh mintak cuti ni kan? Tapi takpe, asalkan kita lakukan semua tu dgn ikhlas, insyaallah ganjarannya amat besar sekali.


Banyak masakan yang aku memang malas nak buat kat Malaysia, tapi aku buat kat sini. So untuk cuci mata...Pendek kata, apa yang kita nak makan semua ada kalau kita rajin nak buat..kalau taakkkkk.....layan je lah gambar2 yang aku sempat snap kat bawah ni.... Sekurang-kurangnya bagi idea kat korang utk masak lepas ni.

~popia basah~
~mee kuning ni pun aku buat tau!!~
~mee rojak~
~vadei~
~Kuih lapis~
~kuih bingka~
~japanese cotton cheese cake~
~cheese cake jugak~

~siakap sweet sour~
~asam pedas~
~ikan patin tempoyak~
~ikan bakar~
~beef black paper~

Ok lah..ni je yang dapat aku upload. Banyak lagi masakan yang aku dah buat tapi terlupa lak nak snap gambar. Tunggu next season pulak k. Pada kenkawan yang baca blog aku ni..aku nak mintak maaf bebanyak sebab ayat aku tunggang terbalik. Almaklumlah aku ni bukan orang sastera, ayat dan tulisan aku ni nampak sangat straight to the point nye. Tapi takpe, yang penting message tetap sampai kan... Lepas ni kalau aku free, will upload aneka kek icing pulak.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog