Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Monday, 28 June 2010

Life In OZ...Kereta vs GPS

Share
Di Melbourne ni kalau kita nak bergerak ke mana2, byk kenderaan awam yang boleh kita pilih, dan boleh dikatakan efisen jugak masanya seperti tram, bas, teksi dan keretapi. Yang peliknya, cepat dan tepat pulak masa perjalanan diorang ni... tp... klu nk senang kena ada kereta sendiri... so menjadi satu kepentingan bagi kebanyakan student yg ada fmly kt sini utk ada kereta. Biasanya diorg akan beli kereta yang murah sekitar $2000-$3000 je. Asalkan dapat bergerak. Tapi, risiko membeli kereta yang terlalu murah pulak ialah, kekadang suka2 kereta tu nak berhenti kat tengah jalan, kekadang pulak tempreture boleh naik tiba2 dan mcm2 mslh lg yg aku dengar dari mereka yg terdahulu berada di sini. Selama ni kitorg pinjam kerete kwn utk bgerak ke sana ke mari.. Selepas seminggu berada di bumi Melbourne, akhirnya suami aku beli jugak kereta.. Harga $5000, lbh krg RM12500 (sbb masa tu currency $1=RM2.5). kereta second hand...

~Haaaa...Ni la kete kitorang.... ala2 ferrrari gitu...~

Satu lg peralatan yg penting utk membantu kitorg di sini ialah GPS. kiranya lah kan..navigator ni akan membantu kitaorg kalau nk pegi ke mana-mana di bumi Australia ni. Di Malaysia dan Singapura pun dah ada org mgunakannya cuma tk secara meluas lagi kot. Ada benda ni senang je nak bgerak atau nak tuju ke satu2 tempat.. set alamat yang hendak dituju dan klik 'GO', terus je GPS ni tunjuk jalan..siap ada suara lagi (hehehe jakun je aku masa baru2 tgk benda alah ni)...Lepas tu GPS ni akan cakap...turn right, turn left, enter round about... so kalau kita dengar ckp dia.. gerenti tak sesat punyer.... Tanpa bantuan GPS ni, silap haribulan rumah sendiri pun kitorg tak jumpa... Dan masa mula-mula masuk rumah sewa kami ni pun, kami cuba nak balik rumah tanpa GPS, emmmm....3,4 kali pusing tak jumpa jugak jalannya.. hishhh... nampak macam complicated sgt la pulak kan?...

~Inilah rupa bentuk budak cerdik yang aku ckp kan~

Sebenarnya bukan apapun, tempat ni kan masih baru bagi kami, so belum dapat nak kenalpasti lagi jalan kiri kanannya. Maka, kat sinilah kuasa GPS memainkan peranan yg tersangat penting. Tapi kan, GPS ni memang kena ada je kat dalam kereta, sebab banyak tempat yang hendak dituju, kena guna perkhidmatannya...Sekian terima kasih... Nanti cerita bab lain pulak k....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog