Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Tuesday, 8 March 2011

~Patin Masak Tempoyak~

Share
Ada sesape yang nak resepi ikan patin masak tempoyak tak? Ikan patin ni kalau nak beli di ostolia, namanya 'basa fish' ataupun nama saintifiknya 'Pangasius'. Boleh didapati di kedai-kedai Vietnam atau yang menjual makanan Asean di tempat sejukbeku. Sesape yang teringin nak makan masak tempoyak ikan patin di bumi ostolia ni, boleh ikut resepi kat bawah ni ye...

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin
1-2 inci kunyit hidup (kunyit serbuk pun boleh)
4-5 sudu tempoyak
1 sudu belimbing rebus (kalau ada)
asam keping (kalau tempoyak tak cukup masam)
segenggam daun kesum
cili padi (ikut kepedasan yg diingini)
garam dan gula secukupnya
*Kalau di Malaysia, masukkan timun tua.. (saiznya lbh besar drp timun biasa dan kulitnya kaler coklat. Belum pernah jumpa di Oz).

Cara-cara: Ikan patin di kerat kecil2, dibersihkan dan dimasukkan ke dalam periuk. Masukkan air secukupnya. Kunyit hidup dan cili padi ditumbuk @ blend halus dan tuang ke dalam periuk tadi. Masukkan juga tempoyak, daun kesum, asam keping dan belimbing rebus(optional). Kira macam rebus ikan lah kan....Masak sehingga mendidih. Jangan lupa garam dan gula secukupnya.

Dannnnnnn.......
Taaaaaaa Raaaaaaaaaaaa:
~Inilah hasilnya;~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog