Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Sunday, 8 August 2010

RAMADHAN DATANG LAGI...............

Share
Emmmm.. Sedar tak sedar Ramadhan datang lagi... Tahun ni merupakan tahun kedua aku berpuasa dan seterusnya menyambut hari raya di perantauan. Terbayang lagi betapa seronok dan terujanya aku bila pertama kali berpuasa di bumi Melbourne ini.. Tapi bagi tahun ni, perasaan tu sedikit hambar dan kurang bersemangat utk menyambutnya di sini... Aku rindukan ramadhan di Malaysia, tanahairku tercinta...

Ok la.. lagi banyak ayat2 syahdu yang aku keluarkan nanti lagi sedih dan sebak perasaan aku nanti.. Kang tumpah lah airmata aku yang mahal ni..Tapi yang penting kegembiraan harus kita rasai walau di mana saja berada. Lebih-lebih lagi bila berada di samping suami dan anak-anak yang tercinta.

Kalau diserahkan kepada kaum lelaki, rasanya puasa dan raya, tidak ubah macam hari-hari biasa saja. Tapi tidak bagi aku.. seorang wanita, isteri dan ibu. Banyak perkara yang harus aku fikirkan bila menjelangnya bulan ramadhan ni. Kalau kita nak tau samada puasa dah nak dekat ialah apabila rata-rata kaum wanita mula membicarakan tentang langsir baru, baju raya, kuih raya.. dan macam2 yang berkaitan dgn raya. Jadi, dipendekkan cerita puasa tidak akan meriah tanpa kehadiran kaum wanita..heheh..
Dulu-dulu, kalau di Malaysia, aku rasa aku lah antara insan yang sibuk sekali ketika bulan puasa. Jahit langsir dan menjahit baju raya untuk aku, suami dan anak-anak. Rasa macam puas hati kalau mereka semua mengenakan pakaian hasil dari sentuhan aku... he3.. Kadang-kadang suami aku pun tak tahu, baju kaler ape.. tahu2 je aku suruh dia test je baju...Di hujung puasa pulak aku akan bersengkang mata menyediakan pelbagai aneka biskut raya.

Kalau nk diimbas kembali bagaimana aku sekeluarga berpuasa di perantauan thn lepas.. emmm memang teruja sangat. Almaklumlah, dah bertahun kami berpuasa di negara sendiri jadi tahun lepas kami memang terlebih-lebih sangat 'excited'nya nak berpuasa di tempat yang baru dan begitu asing bagi kami... Sepanjang sebulan puasa memang tak terasa sangat lebih2 lagi setiap hujung minggu ada saja jemputan berbuka puasa dari rakan2 senegara ke rumah mereka.. aku ada jugak 5,6 kali menjemput kenkwn berbuka di rumah.. Memang kemeriahan begitu terasa... Kami juga bergilir-gilir menjadi tuan rumah untuk sembahyang terawih.. Jika ada hari yang tiada host utk terawih, maka kami akan sembahyang di masjid-masjid yang berdekatan....
Tahun ni... rutin yang sama berulang lagi... Tapi aku pun tak tahu, kenapa kami kurang bersemangat utk berpuasa di sini... Apapun, jom layan memori indah aku buat pertama kalinya berpuasa di perantauan pada tahun lepas...


~sebahagian tetamu yg hadir kt rmh aku~
~sementara menunggu waktu berbuka~
~makan time!!!~
~ni pulak grup anak2 dara~
~rumah aris/Suraini~ 11 brownhill~
~Din/Gee @ Watle St.~
Sebenarnya banyak lagi rumah2 yang kitorang kunjungi tapi ni je yg sempat berposing....

Apa-apa pun aku ucapkan selamat berpuasa buat semua umat islam di seluruh dunia dan di Malaysia amnya. Juga tak lupa buat sanak saudara dan rakan taulan walau di mana saja anda berada. Semoga kalian semua beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini.. Aminnnn.

2 comments:

*juliet le sweetheart said...

rindunya berpuasa di melbourne... syahdu pulak tengok gambar2 julie kat atas tu.... huhuhu... nway, gambar terakhir tu, masa tu tengah preggie naufal. sebab tu perut nampak boncet.... hehehehe...

Anonymous said...

yeaahaa..sronok btul duk melben ek..aku nk ikut..jeles..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog