Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Wednesday, 18 August 2010

SAGOO DELIGHT!!!

Share
Sebut je nama Sagoo Delight ni nampak macam grand lah pulak. Sebenarnya kalau sebut nama melayunya ialah Sagu Gula Melaka.. Emmm tak glamer pun..Nak kata kuih ni terkenal kat Melaka, emm rasanya tak jugak.. Yang pasti, ianya menggunakan air gula melaka..
Hari ketiga puasa aku menjemput kawan datang berbuka kat rumah. Tak tahu nak buat kuih apa. Tetiba datang idea untuk buat kuih sagu ni. Kebetulan pulak bahan-bahannya ada kat rumah jadi aku buat keputusan utk buat kuih ni je. Kuih ni pun senang dan simple je. Dan yang penting rasanya juga SEDAAPP...
Bahan-bahan dan cara-caranya:
  1. Sagu (400g)
  2. air secukupnya (aku agak2 je... dlm 5-6 cawan kot, kalau tak cukup air, blh tambah je semasa di atas dapur.. Next time aku sukat air betul2 ok.). Bila sagu dah masak, letakkan dalam loyang, sejukkan..
  3. Sediakan air gula melaka
  4. santan (aku akan masak santan ni dulu supaya tak basi dan letakkan sedikit garam)
p/s: sebenarnya kuih ni kaler plain je...saje je aku letakkan paste pandan, supaya ianya nampak cantik dan tertarik...

~boleh masuk kat dlm bekas ni~

~keluarkan dan letak dalam pinggan~

~sediakan santan dan air gula melaka~

~sedia untuk di makan~
Macam mana? Agak-agak boleh buat tak??..All the best to you all..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog