Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Saturday, 14 August 2010

Sambal Hitam???

Share
~Inilah sambal hitam versi aku~


Dah lama aku buat sambal hitam ni tapi belum ada kesempatana nak upload. Sebenarnya sambal hitam ni menjadi bualan hangat di antara aku dengan kenkwn di FB.. Aku pun tak tahu yang sambal hitam ni adalah masakan tradisi orang Pahang. Dulu-dulu aku tahu makan je. Pertama kali aku buat sambal hitam ni, macam-macam respond yang aku dapat. Ada yang kata macam sambal nasi lemak lah, ada yang kata macam sambal pecal dan macam-macam lagi.. Kali kedua aku buat, kenkwan mula bagi komen yang positif.. Emmm macam2 kan. Bangga aku bila sambal hitam aku menjadi.. Hehehe...Sekurang-kurangnya melalui komen2 diorang ni, dapat lah aku improve kan skill memasak aku...


Macam mana nak buat sambal hitam ni? Aku sebenarnya bukanlah arif sangat dengan resepi ni.. Ada orang cakap, bahan asas untuk menghasilkan sambal hitam ni ialah belimbing rebus dan inilah yang membezakan sambal ni dengan sambal2 yang lain. Kerana itulah ianya kelihatan begitu unik sekali. Dulu masa aku kecik-kecik, pernah gak tengok arwah mak aku rebus belimbing ni kat luar rumah. Aku tak tahu berapa lama merebusnya. Kira 2,3 jam gak kot... Belimbing yang siap direbus blh simpan berbulan-bulan. Selain digunakan utk membuat sambal hitam, belimbing rebus ni jugak blh digunakan utk buat gulai masam ikan sungai. Emmmm memang sedap sesangat...

Bahan-bahannya:
ikan bilis
bawang putih
bawang merah (kalau ada bwg kecil, lagi sedap)-aku guna bwg besar je.
cili padi
sedikit belimbing rebus


Cara-caranya:

Tumbuk semua bahan-bahan di atas. Pastikan ikan bilis yang ditumbuk tidak terlalu hancur.. Panaskan minyak di dalam kuali...Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi... Sentiasa kacau dengan sudip supaya ianya tidak hangus. MAsak sehingga sambal ni betul-betul kering. Jangan lupa masukkan sedikit garam dan gula. Bila dah kering, angkat dan sedia untuk di makannnn....



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog