Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Tuesday, 28 September 2010

Churros... (Spanish Doughnut)

Share
~Inilah rupa spanish doughnut@ churros ~

Kalau nak tahu, churros ni adalah sejenis donut gak.. Kiranya Spanish doughnut lah kan.. Aku belajar makan donut ni pun sejak dok Melben ni. Dan rasanya memang sedap lah bagi tekak aku yang tak pernah nak tolak makanan...Kalau keluar ke city, sah-sah aku akan beli doughnut ni... Tapi sekarang aku tak payah nak beli lagi spanish doughnut ni sebabnya aku dah tahu buat..hehehe... Ucapan terima kasih patut aku berikan pada kawan aku, Zanita di atas sumbangan resepi ni...


Bahan-bahannya:

100gm butter

250ml air

1 cawan tepung gandum

secubit garam

sebiji telur


Cara-caranya:

butter + air + garam = masak sehingga butter cair dan mendidih. Tutup api. Masukkan tepung ke dalamnya. Kacau sehingga tepung sebati (Masukkan tepung ketika air tadi masih panas)... Kemudian masukkan telur dan kacau lagi. Adunan ni lembik tak macam donut biasa okay. Kalau terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung. Masukkan dalam piping bag menggunakan nozel bunga dahlia yang bersaiz 10 atau 11. Panaskan minyak, pipe kan adunan terus ke dalam minyak panas. goreng sehingga masak kekuningan. Angkat dan taburkan gula icing ke atasnya... Boleh juga cairkan coklat dan tuangkan coklat ke atasnya bagi yang menggemarinya (ataupun guna dip coklat yg dijual di pasaraya). Sedia untuk dimakan panas-panas. Amat sesuai untuk menu minum petang.






4 comments:

awin said...

fuh..senang rupenye bahan2 die ek kak jumee.mcm semangt nk buat,mcm la..hehheh..

JUMEE ZAILA AHMAD said...

Boleh je awin..u can do it.....hahaha..ni tgh bg semangat ni

flow3rgirlz said...

kak jumie! sy rindu churro! gamba kak jumie mmg menggugat iman posa sy

JUMEE ZAILA AHMAD said...

hehhee..xpe, xpe..resepi ada kat atas tu..blh cuba ok....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog