Friday 10 September 2010

SATU HARI DI HARI RAYA....

HARI RAYA PERTAMA

~Kami di pagi raya, dgn tema merah meriah..hahaha~


Alhamdulillah....setelah sebulan kita semua berpuasa, kini tibalah hari yang dinantikan di mana semua umat Islam merayakan hari kemenangan ini. Begitu juga bagi aku yang berada di bumi Melbourne. Tahun ni adalah tahun kedua kami sekeluarga merayakan Aidilfitri di perantauan. Walaupun berada jauh dari keluarga, namun ianya bukanlah alasan utk aku bersedih... Lebih-lebih lagi bila berada di samping suami dan anak-anak. Walau di mana saja bumi dipijak, Aidilfitri tetap dirayakan dengan penuh kesyukuran.Tahun ni tema baju raya aku sekeluarga adalah MERAH Meriah... Hahaha... nampak meriah tak dgn kaler terang ni?

Kalau nak imbas kembali suasana beraya pada tahun lepas, pelajar-pelajar Malaysia di LTU menyewa dewan di Reservoir Sivic Centre (RCC), utk berhimpun dan sterusnya solat sunat aidilfitri bersama-sama.. Oleh kerana tahun ni hari raya jatuh pada hari Jumaat (weekdays), maka semua dewan di persekitaran digunakan. Jadi kami semua bersembahyang di masjid-masjid yang berdekatan je. Pun begitu, ada gak masalahnya... bukan ape..masyarakat Turki dan Albaniah dah pun sambut hari raya pada hari Khamis..so masjid2 diorg dah buat sembahyang raya semalam... Emmmmm... mujur ada 2,3 masjid yang menyambut hari raya pada hari ni (Jumaat)...walaupun agak jauh sikit, boleh jugaklah kami semua bersama-sama bersembahyang sunat Aidilfitri.

Selesai solat sunat Aidilfitri, kami bergegas ke rumah Aris/Suraini untuk beraya. Bukan apa.. sementara tetamu belum sampai kat rmh kami... Dan inilah satu-satunya rumah yang sempat kami pergi di pagi raya pertama ni, sebab lepas tu kami menerima tetamu yang tak putus-putus datang ke rumah kami.. Sebenarnya aku memang dah agak dah, melalui pengalaman tahun lepas. Apapun terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua tetamu yang sudi singgah kat rumah aku.. Kehadiran kalian semua menceriakan suasana..
Kat bawah ni adalah di antara tetamu yang berkunjung kat rmh kitorg pada hari pertama....


~posing depan rmh suraini, tn rmh bz~

~ni depan rmh aku, sementara tetamu blm dtg..haha~

~kat luar pun blh posing kan?~

~posing lagi!!!!..model butik munawarah..~

~inilah fotografer aku yg baru~

~antara tetamu yg awal~
~kak noriah & family, hafizoah dan ummi salwa~


~international guests~
dr kiri: harry & isteri (indonesia), wan ng (2nd s/visor suami aku- org mesia yg dh jd PR sini), Pijoh (student), howard (1st supervisor suami aku), suami aku yg nmpk hepi je, sheikh (india), murali (staff uni yg byk membantu kami semasa mula tiba di oz-malaysian n dh jd PR OZ), Ummi (student)

~(Aris, Mohead) & famly masing2~

~zaki, wati & the pinky girls~

~Lin & fmly~
~izza n ayob n izhan~

~gang bujang~

~izhan disamping bapak2 angkatnya~

~yg ni bukan bujang lg tau!~

~insan2 yg masih kelihatan anggun wpun dh kul 11 mlm..hahah~

~kanak-kanak ribena yg riang dan gembira~

~antara yang terakhir balik dr rmh aku...~
~merangkap ahli grup ayam msk merah & nasi tomato~

~bertungkus lumus menyempurnakan misi utk gathering esok~


Tiada perkataan yg sesuai selain dari syukur dan gembira menerima kehadiran tetamu yg tak putus2 ke rmh kami... Sekurang-kurangnya, dapat menghilangkan kesedihan berada jauh dari sanak saudara di Malaysia.



No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...