Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Tuesday, 5 October 2010

AYAM GORENG BEREMPAH

Share
Sebenarnya aku ni dah ketandusan idea untuk masak apa... Pergi balik, pergi balik.. masakan yang sama. Susah jugak nak jadi suri rumah sepenuh masa ni. Hari-hari dok pikir apa nak masak. Bila aku masukkan entry ni, pastinya kepada yang membaca blog ni jangan kutuk aku okay. Ye lah kan... tak kan ayam goreng pun nak masuk gak kan?.. Aku perasan cam cantikkk je gambar yang aku snap ni, so aku letakkan dlm entry untuk penuh kan blog aku.. hehhe.. Sekurang-kurangnya..bila aku bukak blog ni di lain masa, boleh bagi aku idea utk masak. Ok tak alasan aku? Kira ok je lah ek...

Bahan-bahan untuk buat ayam goreng berempah:
1. Semestinya 1kg kepak ayam (ataupun mana2 bhg ayam yg kita suka)
2. 4 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 ici lengkuas-(di blend/tumbuk)
3. 3 sudu rempah kari daging
4. 3 sudu cili giling/blend
5. black pepper, garam, kunyit secukupnya
6. 3-4 sudu tepung KFC (kalau ada)

Cara-caranya:
Gaul semua bahan hingga sebati dan biarkan 1/2 jam sebelum digoreng di dalam minyak panas (deep fryer) dengan api yg sederhana. Bila sudah masak bolehlah diangkat dan sedia untuk dimakan.

Senang je kan.. Jadi lepas ni, sesape yang takde idea nak masak apa.. boleh buat ayam goreng ni okay!! Tak salah kan kalau sesekali buat untuk ubah citerasa. All the best!!




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog