Tuesday 16 November 2010

Aidil Adha 2010

Hari ni aku menyambut hari raya Haji di bumi Melben untuk kali yang ke 2. Kami di sini merayakan hari raya Aidil Adha sehari lebih awal dari Malaysia di mana ianya telah ditetapkan oleh Victoria Islamic Council. Suami dan anak lelaki aku bersembahyang sunat aidil adha di masjid yang berdekatan dengan rumah kami je supaya anak aku tidak terlewat untuk bersiap ke sekolah selepas menunaikan solat.. Masjid yang terletak di Thomastown ni mula solat awal iaitu pd jam 7.00 pagi.. Ye lah kan, suboh kat sini jam 4.30 pagi so kul 7.00 pagi pun dah macam kul 8.00 pagi.. Sebenarnya, anak-anak aku ni boleh je dikecualikan dari bersekolah pada hari ni... tp diorg ni berkeras nak jugak pergi ke sekolah. Aku???..biaselah.. masjid di Thomastown ni takde jemaah perempuan, jadinya aku habiskan masa di rumah je. Kemudiannya, kami bersarapan bersama-sama sebelum anak-anak aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Emmm......raya pun sekolah jugak tau....Mungkin ini menjadi satu kenangan yang indah bila anak-anak aku dewasa kelak..Oh ya.. Menu hari ni adalah rendang ayam dan sambal udang yang dimakan bersama ketupat NONA dan pulut kuning... Heheheh

Selepas jam 10 pagi rumah aku senyap sunyi je. Sepinya berhari raya di bumi asing ni. Anak-anak bersekolah dan suami aku pulak pergi uni. Tetiba je hati aku jadi sayu sesayunye... Emmmm.... inilah dinamakan pengorbanan berhari hari raya di perantauan... Jauh dari sanak saudara dan keluarga tercinta... Sentimental lah pulak aku ni kan... Anyway, kehadiran kenkawan di sini dapat mengubati sedikit kesedihan dan kesayuan hati ini... Pada sebelah tengahari, rumah aku dipenuhi dengan kenkwan yang berada di persekitaran. Syukur..... rupanya aku masih tidak keseorangan di bumi asing ini.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada kenkwn yang masih sudi menemani dan bertandang ke rumah aku yang tak seberapa ini... Kehadiran kalian amat bermakna dan mampu mengubati sedikit kesayuan di hati....



Kami juga ambil kesempatan berhari raya di rumah kenkwan dipersekitaran. Tapinya aku sempat pergi beraya di 2 buah rumah je, sebab dah lewat malam sangat... Sorry ye Jai/Mimi dan Azhar/Syidah sebab datang lewat kat rumah korang. Maklumlah aku hanya dapat keluar berhari raya selepas jam 9.00 malam..


~Rumah penghulu Jai~

~sedondon pulak baju dgn nora n syidah~


Thursday 4 November 2010

~MURTABAK MELBEN~


Hari ini dalam sejarah... Aku dah pandai tebar roti canai.... Biar betul, sure semua orang tak percayakan? Apapun korang kena percaya jugak. .. Eeeeee memang lah teramat bangga. Tak terfikir pun yang aku akan pandai tebar roti canai. Di bumi Melbourne pulak tu... Haahaha.

Jadinya hari ni plan nak belajar tebar roti untuk buat murtabak. Seronok sangat sebab murtabak aku pun menjadi tersangat cantik sekali, 2 kali dan 3 kali. Dah macam murtabak yang jual kat "bazar ramadhan" je gayanye...Perasan je aku ni kan....hehehe.

Setinggi penghargaan kepada cikgu yang ajar aku tebar roti ni. Sapa lagi kalau bukan si pemilik nama Siti Hanum. Tak sangka pulak, selama ni dia ada skill menebar roti.. heheheh... Apapun, aku jugak yang dapat tumpang syafaatnya kan?

Sebenarnya, aku takdelah pandai mana pun tebar roti tu. Cukuplah sekadar tahu buat je. Maklumlah... budak baru belajar kan. Tapi kan, cg hanum cakap aku dah boleh dapat degree dalam skill ni.....hahaha ada-ada je kan. Tebar boleh sempat 2 kali pusing je. Kalau angkat kali ke 3, terus jadi roti kirai. Walau apa pun, satu langkah permulaan yang cukup baik untuk aku.....(bagi semangat kat diri sendiri ni). Tidak ada istilah terlewat utk belajar, betul tak?...
Bertambah lagi satu ilmu aku hari ni. Kat bawah ni ada sedikit shoot aksi-aksi di sebalik tabir macamana proses menebar roti canai dan seterusnya proses membuat murtabak.



~tgklah muka org baju merah yg tersenyum bangga sambil menunjukkan cara-cara menebar roti~

p/s: korang ingat tak skrip dalam citer filem "Senario Lagi"?
*Gelek, gelek tepung...Tebar, tebar tepung.. Lepas tu, letak atas kuali.... SENANGGGGGGGGG!!!!!!!!!*





~tengoklah murtabak aku yang comel ni...~




~Haa...tengok tu...dah bersusun aku buat tauu!!!!~
Dah macam kat bazar ramadhan kan...


T.a.d.a.a.a.a

~Inilah dia murtabak aku....ok tak????~





Tuesday 2 November 2010

Aku, Seri Dewi & Keluarga

Tak tau kenapa, sejak 14 tahun dulu aku memang menjadi begitu fanatik pada satu majalah ni. Nak tau majalah ape? Majalah Seri Dewi dan keluarga, keluaran Karangkraf. Eh...macam promote majalah ni pulak lah kan... Dan... sejak 14 tahun tu jugak, majalah keluarga ni masih aku simpan dgn elok lagi.

Berada di bumi asing ni, bukannya alasan untuk aku tidak dapat memiliki majalah kesayangan aku ni. Masa mula-mula aku nk berangkat ke Melbourne ni, aku terfikir jugak, dalam masa 2 tahun ni, aku takkan dapat majalah keluarga aku ni... Tapi tekaan tu meleset sama sekali. Sampai ke hari ni, aku masih lagi dapat bekalan majalah ni dari Malaysia... Pantang je aku dengar ada student yang nak balik Malaysia, perkara pertama yang aku kirim dari diorg ialah tolong belikan majalah ni untuk aku. Kadang-kadang tu, sedara mara diorg yang nak datang bercuti di sini pun aku boleh buat muka tak malu je nak kirim belikan majalah..hehehe asalkan boleeeh je aku ni!!!..... Ada sorang ni dah kira macam suplier tetap aku dalam 2,3 bulan ni.... Sebabnya dia memang keluar masuk Melbourne ni dah macam kampung halaman dia pulak...hehehe... Sape lagi kalau bukan si pemilik nama Khairunneezam Mohd Noor. Memang sepatutnya dan seharusnyalah aku berterima kasih kat dia kan...Sebenarnya dia dtg sini bukanlah untuk bersuka-ria... Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dalam proses untuk melengkapkan tugas-tugas PHD nya... Selamat berjaya untuk beliau. Jadi aku pun ambik peluang lah kan.... Yang penting hajat aku dapat dilaksanakan dengan jayanya...

~sebhgian dr koleksi aku di Melben~

~elok je tersusun...hehehe~

~GLAMNITE 2010~

Pada hari Sabtu yang lepas (30/10/10) telah pun diadakan satu majlis makan malam di mana ianya adalah untuk meraikan pelajar-pelajar Malaysia yang telah pun tamat pengajian mereka menjelang hujung tahun ni. Kebanyakan daripada mereka adalah pelajar-pelajar dari La Trobe University. Majlis malam tu nampak hapenning sangat dengan tema "The Glamourous Night". Pada malam tu juga, anak-anak aku

(Aamira & Irfan) diberi kepercayaan untuk mempengerusikan majlis. Alhamdulillah..mereka berdua berjaya mengendalikan majlis dgn jayanya. T.A.H.N.I.A.H buat Aamira dan Irfan! Teruskan usaha... Semoga sifat berani tu dapat diteruskan bila berada di bumi Malaysia kelak.


Pada malam tu jugak, anak-anak aku mendapat gelaran "best dress of the night"....

bagi kategori kanak-kanak (putera-puteri). Suka sangat lah diorang berdua sebab 2 hari 2 malam dok plan nak dressing macam tu. Siap mintak aku belikan mask untuk dipakai pada malam tu.. Emmmm ikut kan aja lah kan, selagi tidak melebihi batas. Alaah...bukan apa pun, sekadar untuk suka-suka je kan.... Bila lagi ye tak...


Satu lagi, acara wajib malam tu ialah cabutan nombor bertuah. Best..best... sebab malam tu buat julung kalinya aku menang cabutan nombor bertuah. Tempat pertama pulak tu... Hehehe..... Walaupun hadiahnya bukan berupa sebuah kereta tapi aku tetap bangga. Selalunya, memang susah nak lekat nombor aku ni. Kira ok lah kan. Kat bawah ni adalah antara aksi yang sempat di rakamkan.







~emcee of the night~


~comel~
~macho~
~putera puteri ku~


~best dress award~
(maharaja, maharani, putera, puteri~

~kami~
~penghibur pada malam tu~
~aksi milla n the gang~


~akhirnya aku dpt jugak!~

~antara yang hadir mlm tu`




Monday 1 November 2010

BIAR MENYESAL BELI.......

Dah lama sungguh aku tak update blog aku ni...Memang lah kan..kalau dah lama berhenti, susah nak mulakan balik. Korang jgn terkejut dengan tajuk blog aku ni.. Heheheh saje je bagi kelainan. Sebenarnya ada kisah disebaliknya. Ianya adalah MOTTO, bagi kami (org pompuan) yang berada di bumi Melbourne ni. Motto keramat ni, kawan aku yang bagi., dulu dia pun dok kat melben gak, now dah balik Malaysia sebab suaminya dah habis belajar di sini. Dan motto yang dia tinggalkan masih valid dan boleh diguna pakai utk setakat hari ni.
Bagi kebanyakan orang-orang pompuan ni, xde yang lebih penting daripada tu selain dari ..............................................





.





.





.





.





.





.





.





.





.





.





.





.





.





.





.





.





.





.





.





.





.





..























apa lagi..SHOPPING laaaaaa jawapannya... Apapun, semuanya kena ikut kemampuan yang ada lah... Tak boleh lebih-lebih okay!!!!....









Pernah tak korang terfikir.. Kekadang bila kita berkenan kat sesuatu tu, kita akan cakap kat dalam hati kita... Takpelah..lain kali je lah beli. Tapi bila kita betul-betul nak pegi beli, benda yang kita nak tu dah habis stock. Mesti frust kan. Mulalah hati kita bercakap untuk pujuk diri sendiri "Takpelah, dah takde rezeki, nak buat camner" atau pun kekadang keluar ayat ... "Menyesalnya tak beliiii...." Kadang-kadang tu, bila dah terbeli barang yang kita nak, tup2 sampai rumah rasa tak berkenan pulak. Tapi disebabkan dah beli, kita pun pujuk lah hati... "nak buat camner, dah beli pun"... So...kat sini lah bermulanya motto yang kawan aku cipta ni...Haaaa....inilah mottonye....

"BIAR MENYESAL BELI, JANGAN MENYESAL TAK BELI"

Tapikan, melalui pengalaman aku lah kan, menyesal sebab dah beli taklah teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan menyesal tak beli...Parahnya berhari-hari tau.....






Camner? ok tak?.....kalau berani, korang boleh sambung warisan utk ikut motto kitorang ni ye...








Kesimpulannya, kalau korang berkenan kat sesuatu barang tu, just beli sebelum menyesal tak beli...hahahha.... ni baik punya racun okayyy!!!






Baru-baru ni aku dan suami bawak kawan pergi ke butik COACH. Aku memang dah lama berangan nak pergi butik tu. Apa lagi, ada peluang aku pun ikut sekaki lah kan.. Harga barangan COACH ni, kalau kat Malaysia memang cecah ribu-ribu punya dan memang tak pernah termasuk dalam kamus untuk beli malah tak terfikir pun nk jejak kaki kat butik tu.






Dipendekkan cerita, selepas 2 jam dok kat situ, aku dan 2 orang kawan pun "terbelilah" handbag COACH yang menjadi idaman aku tu... Memang aku rasa tak menyesal sebab ikut. Lagipun kalau beli guna duit $(AUD) tak lah nampak besar sangat kalau nak dibandingkan dengan harga RM di Malaysia. Jadinya, harga handbag tu tak boleh convert pada duit RM, sebab kalau convert, sah sah suami aku taknak beli punya...Korang nak tahu tak? Selepas kami keluar je dari butik tu, suami aku pulak yang buat motto sendiri... "Biar menyesal tak bawak aku daripada menyesal bawak". Emmm whatever laa...yang penting aku memang tersenyum sampai pagi esoknya sebab dapat 2 handbag.... Tq bang, nanti len kali kita pergi lagi ek.....

~Inilah rupa bag yang isi handbag COACH aku~
Tak payah lah aku tunjukkan rupa paras dan bentuk fizikal handbag aku yang tak seberapa tu ye....

Kesian, terima kasih....













KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...