Wednesday 30 June 2010

Kehidupan baru di bumi Australia


Life In OZ

Sebenarnya, dah lama sangat aku berhajat nak tulis sedikit catatan berkenaan dengan kehidupan baru aku di bumi Oz ni. Asyik bertangguh je... Tup tup dah setahun lebih dah aku melalui fasa baru ni.. silap2 esok, aku dh balik Mesia, satu catatan pun tak jadi.. Setinggi ucapan terima kasih buat kenkwan yang masih sudi memberi galakan pada aku untuk ceritakan kisah kehidupan aku di sini. Aku rasa macam takde modal je nak kelentong korang semua...Haahahah...jangan marah ye gang!!! Lagipun ada satu perkara yang membataskan niat aku untuk membuat catatan kat blog ni. Ada perasaan malu dan segan sebab skill menulis aku dah lama aku tinggalkan.... Yang aku ingat, aku betul2 buat ayat pun ialah masa menjawab soalan SPM. Lebih 20 tahun tuuu... Ayat aku sekarang ni dah mengalahkan bahasa pasar, rasanya orang kat pasar pun boleh buat ayat yang betul kot... Tapikan, kawan aku ada cakap, bahasa blog ni biar ringkas, sempoi dan objektif untuk bagi info tu tercapai. Jadi, hari ni aku mulakan lah dengan mottonya..."belasah je lah, asalkan message tercapai ye"...hehehe. Lagipun catatan ni untuk aku kenang semula bila aku dah kembali ke tanahair nanti. Sekurang-kurangnya, bila aku baca balik catatan ni, boleh imbas kembali memori indah semasa berada di bumi melben ni...kan..kan..kan...


FEBRUARI 2009

Awal Februari kami dah dapat rumah sewa. Apa lagi, aku kenalah kemas rumah apa yang patut. Maklumlah... dah macam orang yang baru nak hidup. Beli kelengkapan dapur, pinggan mangkuk, periuk belanga dan yang seangkatan dengannya. Kalau tak, dapur tak berasap beb!!...Emmmm..banyak jugak nak kena keluar duit tu.. Tapi kan, kalau korang nak tahu, aku siap bawak periuk , rice cooker, cerek elektrik, sudu, dan 4 biji pinggan dari Mesia tau... (Macam lah kat oz ni xde jual benda tu semua kan..heheh). Semua kenkwan aku kat sini ketawakan kitorang.. Hishhh...buat malu je. Nak buat mcm mana. Masa tu, tak tau nak refer pada sapa. siap angkut printer lazer jet dr Malaysia, sedangkan kat sini boleh dapatkan printer dengan harga $70-$100. Itulah kan, kalau tak dapat info yang tepat, macam2 boleh jadi.

Aku pulak cuba untuk membiasakan diri menjadi surirumah sepenuh masa... Ahhhh boringnyaa.... so, Untuk menghilangkan keboringan aku tu, boleh kata hari-hari lah aku akan ikut suami aku pergi universiti. Kebetulan pulak suami aku ada minggu orentasi. Aku pun dah kira macam student U jugak yang menjalani minggu orientasi bersama-sama... heheheh perasan je aku masa tu... Bukan apa, ambik berkat, kot kot lepas ni datang seru untuk further study lagi..ye tak. Doa-doakan je lah ye.


~minggu orientasi @ LTU~


Anak aku yang lelaki bersekolah di Reservoir East Primary School dan anak perempuan aku di Reservoir District Secondary College. Dua-dua sekolah ni berdekatan dengan La Trobe University, tapi agak jauh dari rumah kitorang (dalam 15 minit drive). Sebenarnya, kami dah daftar sekolah anak-anak sebelum dapat rumah sewa. Bila dah dapat sekolah, pertukaran hanya boleh dibuat selepas 6 bulan. Jadi dipendekkan cerita, biarlah diorg terus je bersekolah kat situ hingga hujung tahun 2009. Yang bagusnya, kebanyakan sekolah kat sini cuma pakai t-shirt je. Tapi, ada jugak sekolah yang wajibkan pelajar-pelajarnya pakai uniform. Pilihan warna dan uniform berbeza antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Bagi anak lelaki aku, memang senang je, cuma beli sehelai t-shirt di sekolah yang ada logo sekolah. Untuk pelajar perempuan aku pulak, kena beli summer dress, t-shirt sekolah warna biru dan juga t-shirt sukan warna putih. Summer dress ni dipakai pada musim panas yang boleh diselangseli dengan t-shirt sekolah. Manakala pada musim sejuk kena sarungkan jumper di sebelah luar. Bagi pelajar-pelajar lelaki, senang je, t-shirt sepanjang tahun bersama dengan jumper (time winter). Aku lagi suka, tak perlu susah payah nak gosok baju sekolah macam kat mesia tu.


~Muka budak yg bersemangat nak pegi sekolah~

~Summer dresses utk primary & secondary school~


Satu lagi, yang aku suka... institusi pendidikan di sini tidak menghalang pelajar-pelajar muslim memakai tudung. Mereka tak pernah mewujudkan diskriminasi beragama, disamping menghormati agama dan pegangan masing-masing.





1 comment:

  1. Admiring thе dedicаtion you рut into your sіte and іn depth information you offer.

    It's great to come across a blog every once in a while that isn't
    the same οut of ԁate rehаshed material.
    Fantastiс read! I've saved your site and I'm includіng
    уοuг RSS feeds to my Google account.
    Also see my webpage > brand name laptops

    ReplyDelete

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...