Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Monday, 5 July 2010

Lalor Library

Share

Seperti di Malaysia, kat Melbourne ni terdapat jugak perpustakaan awam yang memberi kemudahan kepada penduduk setempat di sini... Malah aku rasa lagi banyak perpustakaan awam kat Melben ni kalau nak dibandingkan dengan di Malaysia. Aku suka cara pengurusan perpustakaan ni... nampak macam senang sangat dan ianya lebih advance dari di Mesia. Mula-mula aku masuk kat dalam library ni pun aku dah terpegun dan gayat semacam je tengok susun aturnya. Terdapat beribu-ribu bahan bacaan dan juga audio untuk kemudahan pengguna. Buku-buku cerita yang disediakan sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak seumur 4 thn hinggalah kepada bahan rujukan yang lebih ilmiah. ianya juga menyediakan kemudahan meminjam filem dalam bentuk VCD. Macam-macam cerita inggeris ada kat sini (movie hindi & Melayu memang sah-sah lah xde ye)... Yang bagusnya, kalau VCD atau buku yang kita nak pinjam tu dah terlebih dulu dipinjam oleh orang lain, kita boleh "book" terlebih dulu. Bila buku tu dah ada, pihak library akan simpan kan untuk kita. Anak-anak aku suka pinjam VCD kegemaran diorang la. Tempoh pinjaman bahan-bahan di library ialah 3 minggu. Dan boleh dilanjutkan pinjaman melalui online je. Memang senang je kan. . Terdapat juga lebih kurang 30 buah komputer yang boleh digunakan oleh sesiapa saja. Kita hanya perlu masukkan no ID yang terdapat pada kad pinjaman dan seterusnya masukkan password. Lepas tu boleh lah guna komputer mengikut jangka masa yang ditetapkan. Ada PC 1/2 jam dan ada PC 1 jam. Selain daripada tu, bahan-bahan pinjaman ni blh dipulangkan di perpustakaan lain, asalkan di dalam suburb yang sama... Pendek kata, dengan satu kad keahlian, boleh digunakan di beberapa buah perpustakaan yang berada di sekitarnya. Senangkan...

~Depan Lalor Library~

~beratus-ratus filem dlm bntuk vcd~





















0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog