Saturday 31 December 2011

Selamat Tahun Baru 2012


Assalamualaikum...
Sedar tak sedar tahun baru datang lagi. Seakan tak sedar je Tahun 2012 menjelma. Baru je nak serasi dengan tahun 2011, menjelma pulak tahun 2012. Haii..cepatnya masa berlalu kan. Tahun 2011 dah tinggalkan kita..sob..sob..sob... rase sedih dan sayu la pulak..hehehe..Dah tertunai ke azam tahun lalu? Ntahlah..azam memang bermacam2 azam... Sekarang ni dah kena buat azam baru la pulak kan...

Kita tinggalkan la kenangan manis dan pahit tahun 2011 dengan harapan tahun 2012 yang menjelma memberi seribu sinar kebahagiaan buat kita. Bagi diri aku pulak, banyak kenangan pahit manis yang aku tinggalkan di tahun 2011, terutama kenangan2 ketika berada di bumi Melbourne. Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjadi penghuni bumi Melbourne selama 2 tahun 8 bulan. Alhmadulillah, kesempatan yang tak mungkin dilupakan...yang meninggalkan kesan mendalam buat aku dan keluarga...sesungguhnya, JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN DAN BERTAMBAH PENGALAMAN"... Semoga segalanya dapat dikongsi bersama teman2 di bumi Malaysia.

Setiap orang mengharapkan hari-hari yang dilalui secerah mentari dan diwarnai dengan kehidupan yang ceria, seindah warna-warna pelangi. Begitu juga dengan diri aku. Semoga Tahun 2012 memberi sinar kebahagiaan yang berpanjangan, kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat, kesihatan yang baik buat aku sekeluarga dan hari-hari yang dilalui lebih baik dari yang sebelumnya..

Buat semua yang mengenali... aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012!

Wednesday 21 December 2011

Ayam Lemak Lengkuas

Assalamualaikum semua!!! Kejapnye masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah berada di penghujung cuti dah ni... Rasa cam tak buat apa pun cuti ni... Adoiyaiii... Minggu depan dah bz dgn meeting sekolah, pendaftaran sekolah anak2 dan sibuk nak beli kelengkapan sekolah diorang ni. Baru lah minggu ni aku nak mula menjahit baju sekolah Aamira. Nak jadi citer..mesen jahit aku rosak pulak dah.. Parah betul . Takpelah..harap2 dapat setle sehari dua ni. Buat masa sekarang ni, aku tinggal dgn anak bujang je. Anak dara pulak masih lagi di Kuantan melepaskan kerinduan terhadap sepupu-sepupunya. Cuma bila hujung minggu je barulah suami aku berada di rumah. Bila dah tinggal berdua je ni, mulalah semangat nak memasak tu jd hilang serta merta..hehehe..Jom kita jenguk resepi dari dapur aku jom...

Ayam Lemak Lengkuas

1/2 kg ayam (potong kecil)
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
2 inci lengkuas*
2 batang serai*
1/2 inci kunyit hidup
1 senduk cili kisar
1 keping asam gelugor
200 ml santan
minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula
1 sudu kecil perencah maggi cukup rasa.
***kisar semua bahan bertanda***

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis cili dan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan ayam. Gaul sebati.
3. Masukkan santan dan asam gelugor. Biarkan mendidih.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Biarkan mendidih.Bila ayam sudah masak,
bolehlah ditutup apinya.
5. Sedia untuk dihidang....

Tarraaaaaaa...... Selamat mencuba ye....



Tuesday 29 November 2011

NASI DAGING

Salam satu Malaysia aku ucapkan buat semua kawan-kawan. Maklumlah, dah ada kat bumi Malaysia, kena ucap salam satu mesia la pulak. hehehe... Dah lama betul aku peram entry nasi daging ni. Nak kata sibuk, time ni dah cuti sekolah, tak sibuk nak g keje pun. Ntahlah kan..sibuk yg ntah ape2 je. Selebihnye sibuk dok ngadap depan TV je. Pastu g dapur tengok apa yg patut dan boleh dimakan, pastu g kat luar berkebun.. Kalau ada urursan di pekan, aku kuar kejap...tup2 dah senja, ngadap pulak Tentang Dhia.. Sedar2 dah tgh malam..zzzzz.... Itu je la keje yang aku blh buat utk masa skrg ni. Sedar sedar, baru terperasan yg entry ni tak kuar lagi.

Malu sebenarnya nk masukkan entry ni. Entry masakan org yang tak berapa rajin, senang dan ringkas je. Tapi yang ringkas ni lah yg kita nak, ye tak. Tak perlu nak bersusah payah sgt. Dan, aku pasti..semua orang blh buat termasuk bagi wanita berkerjaya dan suami mithali yg sesekali nak tunjuk skill kat dapur. . Kekadang tu boring jugak asyik beli lauk kat kedai je kan. Nak nak pulak cuti sekolah ni.. Anak-anak dok cari je benda kat dapur yg boleh di ngap. Apa salahnya kita buat nasi daging ni kan... Senang, simple, tak kotorkan dapur n anak2 pasti menyukainya. Jom..jom..kita tgk resepi mudah ni.

Nasi Daging
1/2 kg daging (atau tulang)
2 inci halia*
7 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
sedikit rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih)
garam secukupnya
2 cawan beras basmathi
timun dan tomato secukupnya.

Cara-cara: Kisar bahan bertanda * dan masukkan ke dalam periuk yang berisi daging. Masukkan juga rempah tumis dan garam. Rebus daging sehingga empuk. Kemudian, masukkan beras ke dalam periuk nasi. Masukkan 4 cawan air rebusan daging beserta dgn separuh dari daging tadi. Masak nasi seperti memasak nasi biasa. Simpan lebihan daging dan sup daging tadi untuk dimakan bersama nasi.

Sos:
5 tangkai cili besar warna merah
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 sudu cuka
sedikit air
garam
gula

Cara-cara: Kisar semua bahan di atas dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Hidang bersama dengan nasi daging, dan sup tadi.



Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433


Salam Maal Hijrah 1433 dari aku untuk semua yang mengenali diri ini. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan diberi Nur untuk kita lalui hari-hari yang mendatang. Ya Allah, ya Tuhankan, permudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami, jauhkan kami dari segala kemungkaran, selamatkan kami walau di mana saja kami berada dan berkatilah hidup kami,.. Amiinnnn...

Telur Tebu

Salam untuk semua...
Korang pernah tak tengok objek kat atas tu. Ianya merupakan sejenis sayuran,yang aku kira hanya terkenal di negeri Pahang je..(sori kalau tersalah info).. Sebabnya, rata-rata, kalau aku tanye pada kenkawan, diorang tak kenal pun dan pastinya tak pernah makan sayur macam gambar kat atas tu. Nama sayur tu ialah telur tebu. Sebenarnya, aku tak pasti, ianya dipanggil "tebu telur" ataupun "telur tebu". Ye la kan, macam orang panggil "pisang goreng" dan "goreng pisang". Yang penting mesej tu sampai.

Aku jumpa telur tebu ni semasa berjalan-jalan di pasar tani di Kuantan semasa aku ke rumah kakak aku bulan lepas. Yang menariknya, penanaman telur tebu ni telahpun di komersial kan.. Jadinya, tak susahlah untuk aku dan penggemar-penggemar telur tebu untuk mendapatkan bekalan. Yang pasti, ianya akan menjadi sayur yang akan aku beli, kalau blk ke Pahang di lain masa. Sebenarnya, telur tebu ni kira spesis adik-beradik tebu jugak. Cuma tebu yang biasa, kita ambil batangnya untuk mendapatkan airnya sebagai minuman, manakala tebu yang ini diambil telurnya untuk dimasak sayur. Telur tebu ni biasanya dimasak lemak putih yang boleh dicampur dengan pucuk labu.. rasanya..pehhhh...... memang sedap dan lain dari sayur yang lain...Oppsss...sorry, terlupa nak ambil gambar telur tebu yang sudah dimasak. Bukan apa, aku betul-betul teruja sebab dah hampir 20 tahun tak makan sayur ni. Lebih2 teruja lagi ialah kakak ipar aku yang berasal dari Johor dan semestinya suami aku yg berasal dari Melaka. Ianyanya menjadi kegemaran anak-anak aku jugak. Insyallah, pada musim akan datang, aku akan ambil gambar sayur yang sudah dimasak...

Friday 25 November 2011

PIsang Goreng Rangup!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Buat kenkawan di Malaysia ni..dah makan malam ke belum? Aku dah pun selesai makan malam, dan sambil sambil tu nak masukkan entry menu minum petang tadi. Nak nak pulak hujan turun pada sebelah petang tadi. Mulut, perut..memang tak senang duduk la kan.. Datang kan cepat je rase nak mengunyah. Bila sebut je pisang tanduk..makkk aiii!!! lagi la kuat semangat nak masuk dapur semula. Sejak aku balik dari Melbourne ni, hampir tiap2 minggu makan pisang tanduk goreng ni. Mula-mula tu memang la beli je kat gerai tepi jalan dan tepi simpang... Tapikan...sekarang ni dah susah pulak nak cari orang yg jual pisang goreng yg menggunakan tepung original macam dolu-dolu... Sekarang ni, rata-rata peniaga menggunakan tepung segera (yg ala-ala tepung goreng pisang adabi)... yang menyerap banyak sangat minyak. Sejak balik ni, dah dekat 10 kali kot, dok buat pisang tanduk goreng ni... Tak jemu-jemu pulak tu. Jom kita tengok cara nak buat bancuhan tepung untuk menggoreng pisang ni ye. Sebelum sebelum ni. aku buat lebihkan tepung beras dan kurangkan tpg gandum berserta sedikit air kapur.. Rangup dan sedap pulak tu..Tapi, kali ni aku ikut resepi yang kawan aku bagi. Lagi sedap tau....Jom..jom...jom...

Pisang Goreng Rangup
Bahan-bahan:
2 biji pisang tanduk (potong serong, agak2 setebal 1 cm)
2 senduk tepung gandum
1 senduk tepung beras
1 sudu mentega
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit serbuk
Air secukupnya (terlupa nak sukat air)-kira agak-agak la ye.
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara: Campurkan semua bahan ke dalam bekas (kecuali pisang). Kacau sebati. Panaskan minyak dan goreng pisang seperti biasa. Bila sudah bertukar warna kekuningan, bolehlah diangkat untuk dihidang.


Oklah..nanti sesape yang sudi blh mencubanya ye.. Pasti tidak menghampakan... Bye... dah ngantuk ni....Uwaaaaaahhhhh!!!! Good Night!!!!





Asam Pedas Ikan Pari

Salam hari Jumaat buat semua. Ahhhhh..bila la nak setle kemas kotak-kotak dari Melben ni. Stress pun ada ni. Tak tau mana nak letak dah pun barang-barang ni..kejap bukak kotak, kejap tutup..bukak tutup, bukak tutup..tu je lah keje aku ni kan... Bak kata orang, pelan pelan kayuh. Dalam pada tu, kena jugak prepare untuk menu makan tengah hari kan. Jadinya hari ni aku buat ikan pari masak asam podeh.... Kebetulan pulak, segala kelengkapan untuk buat asam pedas ni, tersedia je kat dalam peti ais tu.. So, takyah nak kuar pegi pasar la kan. Kalau dah cukup perkakasnye, baru lah datang semangat nak memasak ni. Jom, kita semak resepi asam podeh ni.
Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahan:
1/2 kg ikan pari (dipotong kecil dan dibersihkan)
7 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 batang serai*
1/2 inci kunyit hidup*
1 mangkuk cili kering*
**** bahan bertanda dikisar halus
1 biji bawang besar-dimayang
1 mangkuk air asam jawa
5 helai daun limau purut
1 batang terung panjang(dibelah dan dipotong)
1 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar yg telah dihiris tadi. Bila dah garing masukkan bahan kisar.
2- Bila cili dah garing, masukkan ikan, ais asam jawa dan daun limau purut.
3- Masukkan air asam jawa. Jika perlu, tambahkan sedikit air. Biar mendidih.
4- Kemudian, masukkan garam, gula, bunga kantan dan terung.
5- Biarkan mendidih ataupun sehingga terung lembut. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


Sunday 20 November 2011

Kerabu Kacang Botol

Assalamualaikum.... Selamat pagi ahad diucapkan buat semua. Ni dah kira masuk hari ahad dah ni..Jam menunjukkan pukul 12.45 pagi. Aku nak masukkan entry ni, sebelum beradu. Hari ni, (sebelah siangnya la kan) nak pegi 2 majlis Walimatul urus kat Putrajaya... Salah satunya adalah majlis perkhawinan bekas pelajar LTU, Melbourne, Australia. Inilah peluang nak jumpa kenkawan yang pernah sama-sama berada di bumi Melbourne dulu. Aku pulak akan berada di Kuala Lumpur selama seminggu. Maybe, kurang bersiaran di laman maya ni. So, sesape yang berada di sekitar sana, blh la calling2. Sesapa yang nak contact number, blh inbox k...Ok, berkaitan dgn kerabu kacang botol tu, aku dah buat ni dah lebih sebulan lepas dah kot, dah terlupa dah..hehehe..punya lah lamanye aku perap gambar ni. Aku buat kerabu ni masa ada pertandingan memasak menu sihat kat sekolah, anjuran unit kesihatan Alor Gajah. Saje je nak share resepi ala-ala untuk kesihatan gitu..Amalkan makan ulam-ulaman...hahahha..ye ke ni?.. Bagi sesape yang nak amalkan memakan ulam-ulaman ni, jom kita tgk cara buat kerabu yang senang, ringkas dan sedap.

KERABU KACANG BOTOL
Bahan-bahan:
10 batang Kacang botol(diracik halus)
1 kuntum bunga kantan (diracik)
5-6 tangkai cili padi(diracik)
1 batang serai (dimayang)
1 biji bawang besar(dimayang)
1 biji limau nipis(diambil airnya)
sedikit gula dan garam

Cara-caranya: Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan digaul rata,. Rasakan dengan gula dan garam. Sedia untuk dihidang...
Kat bawah ni, aku masukkan sedikit info berkaitan dengan kacang botol ni...

INFO SIHAT

KACANG BOTOL ( Psophocarpus tetragonolobus )

Psophocarpus tetragonolobus ialah nama botani bagi kacang botol. Nama sinonim yang lain bagi kacang botol ialah Dolichos tetragonolobus dan Botor tetrogonolobus. Walaupun nama botani ada nama genus, nama kedua atau nama spesies adalah sama, iaitu tetragonolobus dan ini merujuk buah yang mempunyai empat cuping.

Kacang botol biasanya tumbuh secara segar walaupun tidak dibaja dan hidup di tanah yang kurang subur. Ini kerana akar kacang botol menghasilkan banyak bintil yang mengandungi bakteria pengikat nitrogen. Hubungan simbiotik antara akar kacang botol dengan bakteria dapat hidup dalam bintil-bintil yang boleh mencapai sebesar 1.5 cm ukuran garis pusat. Hasil pengikatan nitrogen atmosfera terhadap bentuk sebatian nitrogen menjadi baja bagi kacang botol.

Khasiat dan nilai perubatan dalam kacang botol

Kacang botol adalah sejenis sayuran yang mengandungi banyak protein. Disamping itu kacang botol muda mengandungi banyak kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya mempunyai nilai pemakanan yang baik dengan kandungan 5-7 % protein, banyak mengandungi vitamin A, vitamin C dan garam galian.

Biji kacang botol yang masak mempunyai nilai pemakanan yang paling menarik. Manakala buah kacang botol yang muda pula mengandungi 1-3 % protein. Nilai kandungan protein yang terdapat pada kacang botol lebih tinggi jika dibandingkan dengan sayur-sayuran tropika yang lain yang daripada jenis kekacang. Selain itu, kandungan asid amino dalam kacang botol juga mempunyai persamaan dengan kacang soya.

Kandungan asid oleik dan linoleik berjumlah 67 % daripada jumlah penuh komponen asid lemak. Asid tepu pula berjumlah 29 %. Nisbah asid lemak tepu atau tidak tepu ialah 1:3. Kandungan tokofenol, garam galian fosforus, zink, dan kalsium adalah tinggi. Manakala ubi kacang botol yang segar mengandungi 8-10 % protein, tetapi kandungan asid aminonya adalah rendah. Kacang botol pula mengandungi 30 % kandungan karbohidrat.

Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit tersebut. Di samping itu, akar kacang botol yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo. Manakala air bancuhan daun kacang botol digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.

Sumber: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/azmah.htm




Saturday 19 November 2011

Kerabu Mangga

Assalamualaikum....Ini pula adalah kerabu mangga yang di jodohkan dengan ikan pari bakar berlada aku untuk menu tengahari tadi. Masih terbayang-bayang akan keenakkannya. Teringat lagi, kalau di Melben, biasanya aku akan buat kerabu ni menggunakan epal hijau. sedpa jugak tau...Maklumlah, buah mangga muda memang mahal di sana. Kebetulan pulak, epal hijau memang senang nak diperolehi di sana dangan harga yang murah pulak. Biasanya boleh dapat dgn harga $1 untuk 1 kg epal. Terbalik pulak di sini di mana buah epal pulak menjadi mahal..hehhee.. Buah mangga pulak boleh dapat dengan percuma je. Jom, semak resepinya mudah ni.

KERABU MANGGA
Bahan-bahan:
1 biji mangga muda (diracik)
1 kuntum bunga kantan
1 helai daun limau purut
1 batang serai
beberapa tangkai cili padi
1 biji bawang besar
2 sudu udang kering(ditumbuk)
3 sudu gula
1 camca garam

Cara-cara: Bunga kantan, daun limau purut, serai, bawang besar dan cili padi dimayang halus. Satukan di dalam bekas bersama dengan mangga yang telah diracik tadi. Masukkan gula dan garam. Gaul sebati. Sedia untuk dihidang...

Ikan Pari Bakar Berlada

Assalamualaikum..... Tup tap tup tap...dah sebulan lebih aku berada di bumi Malaysia.. Masih merindui suasana di bumi Melbourne...hehhee... Okaylah..kita berbalik pada menu aku tghari ni.. Kalau kat Melaka ni memang terkenal dgn ikan bakarnya. Banyak kedai2 yang menyediakan menu ikan bakar ni seperti di Ikan Bakar Duyong, Umbai, Alai dan tak kurang juga yang terdapat di Kuala Sungai Baru. Aku beliikan ni di tempat betul-betul nelayan naikkan ikan. Kebetulan ada ikan paru yang fresh.. Memang best bila buat bakar camni kan.. Ala-ala ikan bakar kat restoran gitu...heheheeeee....(mode perasan ni). Jom kita tgk resepi ikan bakar berlada versi aku. Seronoknya bila buat masak-masak kat mesia ni ialah, segala peralatan dapat diperolehi dgn mudah. Tak payah susah-susah. Daun pisang, daun limau, cili padi, serai..semuanya blh dapat kat sekeliling rumah je. Eh..byk pulak celotehnya.

IKAN PARI BAKAR BERLADA
Bahan-bahan:
1/2 kg ikan pari
cili kisar secukupnya (dikisar bersama bawang besar dan bawang putih)
sedikit garam
daun pisang secukupnya
foil aluminium

Bahan pencicah:
5-6 tangkai cili padi*
2 ulas bawang putih*
2-3 biji limau kasturi (ambil airnya)*
1/2 cawan kicap manis*
sedikit gula dan garam*
***blend semua bahan bertanda ****
bawang besar dimayang.

Cara-cara: Sediakan foil aluminium. Letakkan daun pisang di atasnya. Letakkan 2 sdu besar cili kisar di atas daun pisang. Kemudian letak ikan dan letak lagi cili di atas ikan pula. Bungkus kemas, letakkan di atas alat pemanggang dan bakar di atas dapur dgn api yang sederhana. Balik-balikkan ikan supaya masak serata. Bila dah masak, sedia untuk dimakan dan dicicah bersama dgn kuah kicap. Senang je..
Selamat mencuba.

Friday 11 November 2011

~LAKSAM~


Assalamualaikum.... Aku buat laksam ni setahun yang lepas, cuma hari ni baru je nak buat ulangtayang bagi mengimbas kembali apa yang aku masak semasa berada di bumi Melbourne dulu. Laksam ni aku buat, kalau tak salah semasa hari raya haji tahun 2010. Lamanya kan? Kiranya entry yang termasuk dlam senarai "Wajib Tayang" la ye..hehehe. Nak resepi tak? Sila KLIK kat sini....



Wednesday 2 November 2011

Kuih Dangai



Salam buat semua...
Lama betul tak bersiaran di lama blog ni. Macam sibuk je hari2 sampaikan tak sempat nak jenguk blog ni. Bila aku nak mula bukak blog, ada je halangan... Semenjak dua menjak ni, bila petang je, hujan lebat membasahi bumi Malaysia. Baru terasa sejuk sikit tanah tumpah darah aku ni. Sesekali teringat jugak kenangan manis di bumi Melben. Bila la aku dapat berkunjung ke sana lagi.. Kalau dah hujan2 ni kan, perut ni mula la dok berbunyi je... Macam2 terlintas nak makan untuk minum petang. Salah satu kuih yang jadi feberet aku ialah kuih dangai ni. Kuih ni semakin lama semakin pupus. Anak-anak zaman sekarang pun taktau nama kuih ni. Takpelah..jom kita tgk resepi nak buat kuih dangai.

Kuih Dangai:

Bahan-bahan:
100 gram tepung pulut
1 biji kelapa (ambil bahagian putih sahaja)
sedikit garam

Cara-cara: Gaul kelapa bersama tepung dan sedikit garam. masukkan ke dalam acuan dantabur gula di atasnya. Bakar hingga masak. Senang je kan..selamat mencuba.

Cantik tak kuih dangai aku tu? Errrr...sebenarnya kuih dangai ni aku beli kat kedai sempang....hehehe... Belum dapat buat lagi sebab takde acuannye... insyallah, aku diusahakan untuk membuatnya satu hari nanti... Pada yang teringin nak buat, aku ucapkan selamat mencuba....!






Wednesday 19 October 2011

Ayam Sambal Daun Kunyit

Assalamualaikum...
Menu kat atas ni adalah menu yang dah lama aku simpan dalam arkib aku. Terperasan pulak, entry ni tak masuk lagi kat laman blog aku. Kali ni sambal ayam aku ada sedikit kelainan...di mana aku masukkan daun kunyit yang diracik.. Sesekali ubah citarasa, apa salahnya kan. Kekadang, bila sebut sambal ayam je, dah dapat agak, rasanya macamana. So, kali ni aku masukkan entry ayam sambal dengan daun kunyit. Bau dan aroma daun kunyit ni, menjadikan sambal ayam sedikit berbeza dgn sambal ayam yang lain. Jom..jom..kita intai resepinya...

Ayam Sambal Daun Kunyit

1/2 kg ayam (gaul garam dan kunyit, digoreng 3 suku masak)
2 senduk cili kisar
5-7 ulas bawang putih-ditumbuk*
1/2 biji bawang besar ditumbuk*
**blh dikisar bersama cili
1 biji bawang besar dimayang
air asam jawa secukupnya
1-2 helai daun kunyit diracik
garam secukupnya

Cara-cara:
1- Ayam yang telah digoreng diketepikan.
2- Ambil sedikit minyak lebihan goreng ayam untuk menumis.
3- Tumis bahan kisar hingga garing.
4- Masukkan air asam jawa, bawang hiris dan garam.
5- Masukkan ayam dan
daun kunyit. kaub balikkan.
6- Biarkan seketika sebelum ditutup api.
7- Sedia untuk dihidang.


Sunday 16 October 2011

Char kuey teow..... Masuk minggu ke 3 di Malaysia



Assalamualaikum…..

Setelah lebih 2 minggu dapur aku tak berasap, (kalau berasap pun, sebab aku kena masak air), hari Sabtu hari tu, baru aku belajar turun ke dapur dimulai dengan sarapan pagi menu char kuey teow. Rindu pulak rasenya tak bersilat dengan senduk dan periuk belanga. Maklumlah, memasak ni dah jadi kerjaya tetap aku semasa di bumi Melben. Itulah kan, di mesia ni memang mewah betul dengan kedai makan. Boleh dikatakan, setiap 2 km ada 4-5 kedai makan yg menawarkan pelbagai menu pilihan. Pendek kata. Bawak je duit, gerenti perut kenyang. Cuma perubahan yang amat ketara aku rasakan ialah, kenaikan harga2 makanan tersebut. Adoiyaii..memang terasa sungguh. Kalau macam ni mmg tak blh jadi… Nak nak pulak aku belum lagi dapat gaji ni kan, kena bjimat cermat lah sikit. Kena mulakan semula kerjaya sebagai tukang masak ni…. Dengan harapan, dapat simpan duit dan cepat sikit dapat naik haji, hehehe…. Lagipun, makanan yg dijual tu pun, bukannya kita tak tau masak, Cuma sbb malas je.. So, kalau sayang duit, kena lah korbankan sedikit masa..ye tak?...

Hishhh..banyak pulak merepeknya.. Jom kita tengok resepi senang yang di masak oleh orang yang baru nak mulakan hidup di bumi mesia setelah 2 tahun 8 bulan berhijrah. Pendek kata serba serbi baru. Semuanya kena mulakan macam orang baru pindah rumah,… Jadi, faham2 je lah..masak pun main cincai je. Ikut bahan yang ada kat rumah je kan. Peti ais pun kosong je lagi.

Char kuey teow

Bahan-bahan:

1 bungkus kuew teow

200 gram udang sederhana

4 ulas bawang putih
3 sudu cili blend
2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis kipas udang
1 sudu cuka makan
2 sudu sos tiram
2 biji telur
Garam (jika perlu)
taugeh
daun kucai (aku x letak, sbb terlupa beli..hehee)
daun bawang dan daun saderi utk hiasan (yg ni pun aku x letak)
minyak untuk menumis

Cara-cara:
Tumis bawang putih dan cili blend hingga garing. Masukkan udang. Kacau sedikit. Masukkan kicap, cuka sos tiram dan pecah kan telur. Kemudian, masukkan kuey teow, kaup balikkan. Masukkan taugeh secukupnya dan kacau sedikit sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidang…



Wednesday 12 October 2011

Aku Di bumi Malaysia

Alhamdulillah..hari ni dah 11 hari aku berada di bumi Malaysia. Perkara pertama yang perlu kami buat ialah, menyesuaikan diri dengan cuaca panas kat sini. Biasa lah kan..tanah tumpah darah...sekejap je dah boleh biasa kan diri. Nanti kang orang ckp lupa daratan pulak. ye tak?.hehehe... Kami tiba di KLIA jam 9 malam (waktu malaysia), dan tinggal di rumah adik ipar di Puchong. Oleh kerana esoknya, hari ahad, aku dan suami tak dapat nak lapor diri.

Pada hari isnin, kami ke putrajaya untuk selesaikan beberapa perkara dan terus ke JPM Melaka untuk urusan aku pulak dan kemudiannya kembali semula ke Puchong. Adoiyai..memang penat betul. Setelah mendapat surat dari JPNM, akhirnya aku kembali bertugas sebagai seorang guru di sekolah terakhir aku seblm aku ke Australia, lbh kurang 3 tahun dulu. Semangat sungguh nak pergi sekolah ni, maklumlah kan dah lama tak sarungkan uniform keje., x sabar nak jumpa kawan-kawan setugas, dan tak sabar nak hadap muka2 anak murid aku....hikhikhik... aku kembali menjadi wanita berkerjaya...

Hari Sabtu ahad baru2 ni aku dan suami, sibuk mengemas dan membersihkan rumah kami. Alhamdillah, ada jiran yang sudi menjaga rumah kami dan dengan rela hati membersihkan rumah kami setiap bulan di sepanjang ketiadaan kami. Bersyukur sangat-sangat. Rumah kami di mop dan di vacum setiap bulan. sekurang-kurangnya, rumah yang kami tinggal, takdelah berhabuk sangat. Cuma, kitorang perlu bersihkan kesan tahi cicak di tepi2 dinding...Angkat kerusi meja ke dapur, basuh bhg depan, cuci tingkap dan kemudian pindahkan semula kerusi meja ke depan, dan cuci pulak bahagian dapur. Nak patah jugak pinggang ni.

Dan...yang pastinya, sehingga hari ini, dapur aku belom lagi berasap..Apa taknya, pandu kereta setiap 1 km, ada 2 kedai makan, depan lagi sikit ada 4 kedai makan. Apa susah nya kan..bawak je duit, selesailah masalah. Nak pulak tukang masak kat kantin sekolah aku ni memang masakannya super duper sedap.... Insyallah, bila semuanya dah setle, aku akan mula berkayuh kat dapur aku pulak. Kalau ada kesempatan, blog aku akan mula beroperasi sedikit masa lagi... (ikut pada tahap kerajinan aku lah ye). Doa2kanlah ye semoga aku diberi kekuatan utk ke dapur...hehehe....ada pulak mintak org doakan.... Hari penat sangat, habis je waktu sekolah, aku bergegas ke bandar Melaka untuk ambik anak2 aku di rumah mertua di bukit beruang. Sampai semula kat rumah aku dah petang...dlm kul 6.. Ajak anak-anak pasang hook langsir yang baru ambil dari kedai dobi (sebabnya mesen basuh aku yang aku tinggalkan dulu dah betul2 tenat). Sib baik ada anak bujang yang dah besar, boleh lah diharap untuk gantung langsir... memang penat sesangat. mata pun dah ngantuk, nak tido dah ni.... Good night semua.. Jumpa lagi ye...


Thursday 29 September 2011

Busy, busy, busy.......


Salam buat semua...
Detik-detik aku berada di bumi Melbourne ni hampir sampai ke penghujungnya. Dua hari lagi aku akan menjejakkan kaki di bumi Malaysia tercinta... Dah dua hari berturut-turut hujan mencurah2 di bumi melbourne ni. Kejap renyai, kejap lebat, kejap awan berarak kelabu, kejap gelap gelita. Bak kata orang hujan manja gitu.. Walaupun nampak macam gerimis, tapi kira lebat jugak la, dan ianya berterusan dari pagi semalam...Aku dapat rasakan seolah-olah bumi Melbourne turut berduka sebab aku dah nak kembali ke tanah air tercinta...hahaha...Jangan ada yang muntah pulak dgn statement aku ni. Seperti bait-bait dalam lagu, "alam bagai mengerti, segala yang terjadi, embun menitis panas simpati, pertemuan tiada awal akhir....." Babai Melbourne!!! Selamat tinggal kawan-kawan di bumi Melbourne. Teruskanlah perjuangan kalian di sini. Aku tetap mendoakan agar kalian semua dipermudahkan dalam segala urusan di sini. .. Adoiyaii...pinggang ni dah rasa nak patah dah dok ngemas..nak setlekan rumah. Kejap kejar ke sana, kejap kejar ke mari...sini situ sinun...Cam tak sempat je kan bila kita dok bz camni... Mohon maaf juga buat kawan2, kerana ada beberapa jemputan makan, terpaksa ditolak dek kerana kesuntukan masa. Terima kasih daun keladi, tak sempat makan kat sini, kita jumpa di Malaysia je nanti okay!..hehehe...

Walaupun hati melonjak keriangan tapi dalam masa yang sama ada sedikit perasaan sedih kat sudut hati ni kerana bakal meninggalkan bumi Melbourne yang telah kami diami hampir 3 tahun ni. Bumi yang memberi kami seribu kenangan dan pengalaman berharga. Tempat yang penuh dengan memori indah yang tak mungkin aku lupakan sampai bila2. Pahit manis di bumi Melbourne telah sebati dalam jiwa ini. Bak kata orang, "jauh perjalanan, luas pemandangan". Alhamdulillah, kerana diberi kesempatan menjadi penghuni bumi Melbourne
ini.

Hari ni juga, barang2 kami telah pun dihantar ke port Melbourne untuk urusan penghantaran melalui kapal laut (shipping).. Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga barang-barang aku sampai dgn selamatnya di Malaysia nanti.

Okay, cukup untuk hari ni... Nak sambung buat keje...hehehe..(sempat lg curi tulang ni...).

Wednesday 28 September 2011

Hari-hari yang sangat sibuk dan memenatkan


Assalamualaikum....
Sengaja aku letak gambar bunga ni sebagai penyejuk mata. Minggu ni memang minggu yang betul2 sibuk.
Bukan citer lawak ni.. Seriusss punya sibuk!!!!... Aku kini tgh mmbilang hari untuk menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Ini bermakna, bumi Melbourne bakal aku tinggalkan dalam beberapa hari lagi... Macam2 perasaan berada di fikiran aku skrg ni... Tapi buat masa sekarang ni, aku lbh tumpukan perhatian pada urusan mem'packing' barang ke dalam kotak2. Adoiyaii..memang giler2 penat ni. Maklumlah, bukan nak pindah luar negeri ni, tapi pindah luar negara tau!..malah boleh juga kita katakan nak pindah dari benua Australia ke benua Asia..Wahhh!!!! pandai je aku ni provoke.

Memang seminggu dua ni aku sibuk kemas barang. Bukannya aku tak plan nk kemas awal..Tapi, tau2 jelah..nak kemas baju dulu?? Macamana pulak..masih ada baju lagi nk dipakai. Nak kemas dapur? Kang tak berasap pulak... Nak kemas depan?? Hishhh.. takleh...kotak2 pulak mengganggu.. Habis??? mana satu nak mulakan dulu. Kalau dok pikir macam tu, satu keje pun tak jadikan... Itupun aku dah berdikit-dikit mengemas ni sebelum bulan puasa lagi. Jadinya, takdelah kelam kabut sangat. Kalau tak..lagi pengsan aku dibuatnye. Tak kiralah, bila masa kita nak bertolak balik pun, proses kemas mengemas ni tetap jugak lebih efisien bila last minit kan... Rasanya, bagi sesape yang ada pengalaman mcm ni, akan bersetuju dgn pendapat aku.

Disamping tu, aku amat bersyukur, kerana Allah utuskan kawan-kawan yang aku anggap sebagai adik-adik yang sudi menghulurkan bantuan tak kira masa dn ketika. Aku amat terharu dgn bantuan yang mereka berikan. Cuma tulah kan, kadang-kadang rasa bersalah je nak ganggu diorang ni. Maklumlah diorang ni ada komitmen terhadap pelajaran masing-masing.

Two days to go.. Alamak, dah rasa cepat pulak masa berlalu. dah rase terkejar2 je pulak. Insyallah, esok(khamis) barang2 aku akan dihantar untuk shipping. Dah clear barang dalam rumah, barulah boleh bersihkan rumah tu pulak. Ahhhhhh, aku dah dapat bayangkan kepenatannya esok. Selama 2 minggu ni jugak, resepi aku adalah kotak..kotak..kotak... Dah nak muntah dah bila tgk kotak2 tu... Pergelangan tangan aku ni pun dah terasa sakit2 dah pun dek kerana urusan kemas mengemas ni... Suami aku??? Emmm..sampai saat ni masih bizi menyiapkan tesis dia. Kesian pulak tgk dia, dah macam tak terurus je.. (Biasalah kan, aku dulu pun ada pengalaman camtu...hehehe).. Apa yg ada kat kepala dia hanya nak cepat siapkan writing...(dah siap dah pun, cuma nak kemaskinikan sikit je lagi).
Ya Allah ya Tuhanku, Engkau permudahkan bagi suami ku untuk menyelesaikan urusan pembelajarannya. Sesungguhnya, hanya engkau yang maha agung dan maha bijaksana. Semoga segalanya dipermudahkan. Buat suami aku tersayang... Go..go..go!!!!.. bak kata org korea... Fighting!!!!... Aku tak blh nk celoteh panjang..Dah penat sangat ni.. Nak tidur, esok ada banyak kerja lagi yang menanti... Nak rehat dulu....


Friday 23 September 2011

Daging sambal blackpepper

Assalamualaikum....
Lauk ni aku masak semalam..Bz sangat kot, tak sempat nak masukkan entry ni. Hari ni, ada sedikit kesempatan...Jom, sesape nak cuba resepi sambal daging berblackpepper aku ni... Sedappppp dan terangkattt!!!!!!!

Sambal daging Bl;ackpepper

Bahan-bahan:
1 kg daging top side (potong nipis)
7 ulas bawang putih, diketuk/tumbuk
1 labu bawang besar. dimayang
1 1/2 senduk cili blend
1 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu besar sos cili
1 sudu sos tiram (aku tak letak)
garam
minyak secukupnya

Cara-cara:...
1. Daging digaul dgn kunyit dan garam. Panaskan minyak. Goreng daging separuh masak. (sehingga kering air daging je). Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak gorengan dan timggalkan sedikit utk menumis.
3. Tumis bawang putih dan cili blend hingga garing. Kemudian masukkan bawang besar. Masukkan juga serbuk lada hitam dan sos cili berserta garam.
4. Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata.
5. Sedia untuk dihidang.


Saturday 17 September 2011

KEK DAM


Assalamualaikum.....

Apa khabar ye semua? Harap-harap semuanya sihat-sihat aje. Aku ni, masih lagi dilanda batuk dan selsema yang tak berkesudahan. Bilalah penyiksaan ni akan berakhir ye. Stress betul lah. Dalam pada tak sihat tu masih sempat jugak membaking kek. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ni aku terlebih rajin pulak nak membaking. Semakin aku nak kemaskan semua peralatan membaking ni, semakin bersemangat pulak aku nak buat kek. Sudahla tu, bila tiba semangat berkobar-kobar tu, rasanya masa tu jugak aku nak buat, tak boleh nak tunggu esok lagi. Satu hari tu, aku terpandangkan kek ni pada photo album kak ita ni. Adoiyaiiii...cantiklah pulak. Walaupun nak membuatnya agak rumit tapi aku kuatkan jugak semangat nak mencuba. Menurut kat ita, resepi kek ni di adaptasikan dari Koleksi Resepi Kek Lapis by Yeni. Nama asal kek ni ialah kek domino yang diubahsuai namanya oleh kak ita kepada 'Kek Lebaran'. So aku pulak pepandai je ubah nama kek ni kepada kek dam.. Sebab bentuknya pun dah macam dam je kan...kotak-kotak gituu... Pada kak ita, nak mintak share resepinya kat blog ni pulak ye untuk panduan kawan-kawan dan kenalan diluar sana. Semoga kita sama-sama mendapat manafaatnya.

KEK DAM
sumber resepi: Kak Ita (kek lebaran)
by: Yeni

Lapis Coklat
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160 gm gula kaster
50 gm tepung HongKong
30 gm serbuk koko
20 gm susu tepung
200 gm mentega cair
1 sudu teh coklat emulco
2sudu teh ovellete
1/4 sudu teh cream of tatar


Sediaka sebuah 2 loyang bersaiz 8X8 inc
Leserkan dasar loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan oven 170C

Pukul putih telur dan cream of tatar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan
Satukan kuning telur, coklat emulco, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu dan serbuk koko, sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan.
Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.
Tuangkan sama banyak ke dlm 2 loyang yang berukuran 8X8 inc
Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.


Lapis Vanila
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160 gm gula caster
70 gm tepung Hong Kong
30 gm susu tepung
200 gm mentega cair
2 sudu kecil ovellete
2 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu teh cream of tatar
pewarna hijau


Sediaka 2 buah loyang bersaiz 8X8 inc
Leserkan loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan oven 170C

Pukul putih telur dan cream of tatar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan
Satukan kuning telur, esen vanila, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan.
Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.
Bahagikan adunan vanila kepada 2 bahagian.
satu bahagian diletakkan pewarna hijau dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
Tuangkan ke dalam 2 loyang yang berasingan berukuran 8X8 inc
Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.



Untuk Melapis
Jam secukupnya
Boleh juga guna filing blueberry atau strawberry

Mula-mula ambil kek warna hijau dan potong lebarnya satu pembaris dapat anggaran 6 keping.
Potong pula kek kuning dgn ukuran yang sama anggaran dalam 6 keping
Susun kek secara berselang-seli seperti dam.
Lekatkan setiap lapisan dengan jam strawberry. Bila dah siap ketepikan.
Ambil pula lapisan kek coklat sapukan atasnya dengan jam dan ratakan.
Ambil kek lapisan domino dan lekatkan.
Sapu jam lagi dan lapiskan pula dengan lapisan kek coklat yang ke 2
Potong tepi dan kemaskan kek.








KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...