Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Friday, 14 January 2011

PAU KACANG MERAH

Share
Aku buat kuih pau ni semalam. Dah lama anak aku request nak makan pau ni. Baru semalam aku dapat kekuatan untuk membuatnya. heheheh...macamlah aku sibuk sangat kat sini kan....
Nak nak pulak dah tiga empat hari ni hujan membasahi bumi Melbourne. Kalau ada kuih yang dapat makan panas2 mesti best kan.. Laju je makan, tak pandang orang kiri kanan dah. Kebetulan ada tetamu kat rumah. Walaupun kuih tu tak sedap mana, tapi bila dah berebut, memang nampak lagi kesedapannya... Hahaha..ni dah kes masuk bakul, angkat sendiri ni... Kalau tanya anak-anak dan suami aku, sure diorang bagi gred A++ punye..(Itupun kalau diorang ni tak berpaling tadah lah...) Kalau tengok pada gambar tu camner? Agak-agak, boleh jual kat simpang rumah aku tak?....hahaa...korang jangan nak muntah pulak dgn statement aku yg macam org tak ingat ni ye... Kalau ada sesape yang teringin nak buat sendiri, boleh ikut resepi kat bawah ni. kalau malas, penyelesaiannya senang je.... Beli kat kedai simpang....

RESEPI PAU

Untuk kulit@ doh
500 gram tepung gandum
1 peket yis (1 1/2 sudu yis)
1/2 cawan gula pasir
1/4 minyak jagung
1 1/4 air suam
1 sudu teh garam

Cara;
1. Satukan tepung, yis dan minyak.
2. Dalam bekas berlainan, satukan gula dan air suam.
3. Kemudian tuangkan air gula ke dalam adunan tepung. Uli sehingga menjadi doh.
4. Bahagikan kepada lebih kurang 15 biji bola-bola kecil.
5. Letak atas dulang dan taburkan tepung.
6. Biarkan lebih kurang 10-15 minit.
7. Kemudian, masukkan inti kacang merah.
8. Kukus sehingga masak.

***Untuk inti kacang merah
Rendam kacang merah semalaman. Kemudian rebus kacang hingga betul-betul lembut. Bila kacang dah hancur, masukkan gula dan sedikit minyak.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog