Friday 21 January 2011

Summer Holiday @ Venus Bay

Pada kali ni kami pergi bercuti di Venus Bay dan Wilson Promontory bersama keluarga Sam & Ena, dan juga Aris & Sue. Kalau Great Ocean Road terkenal dengan bentuk hakisan batuan yang cantik dan menarik, Venus Bay pulak terkenal dengan keindahan pantainya. Memang seronok sangat. Kami bertolak dari rumah Clayton dan singgah di Coal Creek. Ianya merupakan salah satu tempat tinggalan sejarah dan dijadikan mini muzium. Ada orang cakap, tempat ni kiranya macam small Balarat. Hmmmm tu semua tak penting sebabnya, apa yang teramat penting ialah free entry....betul tak?


Kemudian kami teruskan lagi perjalanan menuju ke Venus Bay. Kami menyewa sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik yang berhampiran dengan pantai. Dah macam resort kat Malaysia lah pulak. Siap ada kemudahan utk memasak sekali.. Oleh kerana taknak buang masa, petang tu jugak kami pegi ke pantai. Anak aku dah tak sabar nak belajar memancing. Ha cerita bab memancing ni pulak, kat sini kena ada lesen untuk memancing. Kalau sesape yang pegang mata pancing dan kebetulan masa tu di tangkap, dendanya kalau tak slaah aku ialah AUD3000..Mak aiiii!!!!!!!!! mahalnye..... Jadinya, sebelum pergi lagi suami aku dah dapatkan lesen yang blh didapati di K-Mart ataupun melalui online dgn bayaran AUD6 untuk 24 jam. Lesen ni kita kena ambik 48 jam dengan bayaran $12.. Mujurnya, kanak-kanak di bawah umur 16 tahun adalah free. Kaum bapa kenalah ambik lesen tu sbbnya nanti nak pegang n ajar anak2 pegang mata pancing. kang tak pasal2 kena denda $3000...Memang tak berbaloi bila dh kena... Venue pertama untuk memancing ialah ke beach 4. Tapikan, korang jangan gelak okay...satu ikan pun tak dapat...hehehe..aku lak yang nak tergelak...

~venue pertama di beach 4~

Oleh kerana menunggu sekian lama, sekor ikan pun tak dapat, ye lah kan..mana apa orang pancing kat tempat air cetek...pulak tu, asalkan baling je mata pancing, sekejap je angin bawak ke tepi....Tapi yang penting anak-anak dapat pengalaman dan ilmu macamana caranya nak baling mata pancing tu kan..kan. Kami kemudiannya pergi ke venue yang ke-2... kali ni kat muara sungai pulak...eh..betul ke muara? Alaa kiranya tempat ni airnya akan mengalir ke laut jugak lah.. Lebih terkepung dgn harapan dapat lah 3,4 ekor ikan..hehehe, macam biasa, takde ikan yang berminat dengan mata pancing kitorang tu..



~cantikkan tempat ni?~

~aku sempat ambik gambar sunset~

Nama muara ni ialah Anderson Inlet Fisheries Reserve. Hmmmm berbelit gak mula2 nak sebut. Maklumlahhhhh.....
Misi di tempat ke-2 ni pun gagal jugak. heheh...kami beralih ke venue yang ke-3. Lagipun tempat ni dekat-dekat je. Tempat ni memang disediakan kemudahan tempat duduk untuk pemancing-pemancing. Sampai senja kami tunggu ikan ni, takde jugak hasil... Puas jugak berperang dengan nyamuk, akhirnya kami mengalah dan balik ke rumah penginapan. Makan malam hari ni di taja oleh Aris/Suraini. Kalau nak tunggu kitorang yang bawak balik ikan ni, alamatnya takde dinner lah malam tu....




No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...