Monday 24 January 2011

Summer Holiday @ Wilson Promontory



Boleh tak aku nak sambung cerita percutian aku baru2 ni. Dah pening ni, banyak sangat N3 yang tergendala. Taktau mana satu nak mula dulu. Percutian aku kat Venus Bay masuk hari ke-3. Awal-awal lagi kami dah bersiap untuk bergerak ke tempat seterusnya yang termasuk dlm iternery percutian kali ini. Wilson Promontory merupakan sebuah taman negara yang terkenal. Biasanya, bila tiba musia panas, ramai yang akan ber'camping' di situ. Mulanya memang kami plan nak buat camtu, tp disebabkan camp site dah fully book, tu yg jadi percutian di ubah ke venus baya. Perjalanan kami dari Venus Bay menuju ke Wilson Promontory National Park mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih.. Ternyata, scnery kat sini tidak menghampakan. Memang tersangat cantik. Banyak jugak tempat2 yang kami berhenti suka hati je kat tepi jalan untuk 'tangkap' gambar. Sib baik tak guna filem 'KODAK", kalau tak cepat je habis ...hehehe. .
~kt blkg tu pantai (squeaky beach)
~tgh cari port menarik utk posing..hehehe~
~ibu2 pun nk pose gak okay~

~us~
~dr jauh dah nampak squeaky beach~
~aksi jejaka yg x ingat, atas jln pun boleh???~
~pose kt tepi jalan la pulak~
~mount oberon~
~pilih port utk makan/bbq, ni tmp yg paling atas~
~lunch kat park ni berlatarblkgkan Mt. Oberon, tmp yg paling atas sekali~

Selepas lunch kat puncak Wilson Prom, kami turun semula untuk ke "Squeaky Beach" . Apa lagi, aksi mandi-manda lah kan.... Aku pulak bz men'snap' gambar-gambar kat situ... Apa yang menariknya Squeaky beach ni? Kalau nak tau, bila kita pijak pasir-pasir kat sini, ianya akan mengeluarkan satu bunyi yang unik, yang sememangnya tidak terdapat di pantai-pantai yang lain. Susah jugak aku nak describe bunyinye macamana. Lebih kurang bunyinya cam kita pakai selipar jepun yg basah sambil berjalan...hehehe...'squeek!.. squeek!.. squeek!...camtu lah lbh kurang kan..camner? dpt bayangkan tak bunyinye? Satu lagi yang aku rasa sungguh tertarik dgn pantai-pantai di oz ni, selain dari keindahannya, pantai2 ni tersangatlah bersih yg menyerlahkan lagi akan kecantikannya. Squeaky beach ni memang bersih sangat, even satu sampah pun aku x jumpa. Tinggi sungguh moral rakyat ostolia ni kan. Masing2 bertanggungjawab menjaga kebersihannya. Bukan aku nak cakap lah kan...cuba kita tengok dan bandingkan dengan pantai2 di Malaysia....Errmmmmm korang nilai lah sendiri ye. Mana perginya kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia ye? Apapun jom kita nikmati keindahan pantai di "SQUEAKY BEACH" ni....

~sign board~
Align Centre
~ni laluan keluar masuk ke beach dr tmp park kete~

No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...