Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Friday, 28 January 2011

Toronggo Falls

Share

Semalam (27/01/2011), kitorang menghabiskan sisa2 cuti sekolah yang ada dengan berkelah di Toronggo Falls. Sebenarnya tak rancang pun nak pergi ke tempat ni...bak kata orang kalau dah jodoh nak jumpa air terjun, walau macamana elak pun, tetap jumpa jugak. Hehehe, boleh ke guna statement tu. Padahal, memang hati tu melonjak je nak pegi...... Sekadar memenuhi pelawaan dan akhirnya, memang kami dapati tempat ni memang seronok sangat. Satu pengalaman yang baru. Sejak kami tiba di Melben ni, baru kali ni jumpa air terjun. Best..best.. Air terjun ni datangnya dari pergunungan Mt. Baw Baw.... Aku tak pernah jumpa air sesejuk ini. Bak kata Dr. Ihsan, air sejuk ni boleh jadi ubat bius... memang boleh cramp seluruh badan kalau terus terjun kat dalam air tu... Kena ambik mood pelan pelan tau!. Aku rasa lah kan..lagi sejuk daripada air batu. Aku sendiri ambik masa hampir 1 jam rendamkan kaki dulu sebelum dapat basahkan badan dengan air ni... Fuhhhhh!!!! Sejuk gilerrrr......... Kalau tak kuatkan semangat, maunya aku tak mandi air terjun hari tu... tapikan.. kalau tak berendam, rugilah pulak.. dah lah jauh tempatnye. Aku terpaksa kumpulkan seluruh kekuatan, untuk masukkan anggota badan aku kat dlm air tu.... memang takleh nak cakap macamana sejuknya air tu... Alhamdulillah...akhirnya berjaya jugak...hehehe....






Memang puas hati betul aku, sebab dapat snap gambar water falls ni banyak2...tapikan, malangnya, kamera aku ketandusan bateri...sib baik sempat snap gambar2 tu...hehehe...



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog