Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Monday, 3 January 2011

Trip To Gold Coast Day 10-2010

Share
10 Januari 2010~ Perjalanan balik dari Gold Coast

Hari ke 10 ni, kami sempat singgah di Bondi Beach. Kalau dah singgah di Sydney ni, perjalanan menjadi tak berapa nak lengkap kalau tak singgah di bondi beach ni.. Nak pulak kalau time summer ni.....Bondi Beach ni mempunyai pantai yang sangat cantik dan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Di Australia ni pulak, ada satu rancangan yang memaparkan bagaimana tugas-tugas pasukan penyelamat di kawasan pantai membuat bantuan menyelamat mangsa lemas dan ianya dibuat di bondi beach ni... "Bondi Rescue" ni antara program TV mempunyai rating yang tinggi jugak di sinidan ianya menjadi salah satu program tv favourite kitorang jugak. Jadinya, mesti singgah lah kan...sebabnya, dah lama admire nak pegi kat pantai ni...

~sungguh "meriah" pemandangan di belakang tu kan?~



Kami tinggalkan Sydney dan meneruskan lagi perjalanan balik ke Melbourne. Ada beberapa tempat yang kami singgah di sepanjang perjalanan balik ni. Salah satunya ialah Blow Hole yang terletak di satu tempat yang bernama KIAMA. Tempat ni merupakan salah satu tarikan perlancongan. So, on the way je kan, kami singgah je lah untuk snap gambar2...

~apsal benda alah ni senget ek~
~bila air pasang, air akan terpancut keluar dari lubang ni~

~bentuk muka buminya yg unik~

~van 12 seater yg setia bersama kami~
Kami teruskan lagi perjalanan dan singgah dibeberapa tempat V-Lookout yang dirasakan mempunyai pemadangan dan scenery yang cantik.. Kemudian, kami buat keputusan untuk terus je balik ke Melbourne walaupun hari dah lewat petang. Tak larat lagi nak buat accomodation. Kang nak kena kuar duit lagi kan... Bercuti, bercuti jugak..budget kena kira jugak kan...Rasa nak cepat je sampai rumah. Malam tu, kamu menyusuri jalan yang gelap gelita, dan hanya bertembung dan bersaing dengan 2,3 kereta je. Itupun susah nak jumpa kereta lain..Memang suspen je travel memalam kat sini.Pulak tu, kena lalu jalan-jalan kampung, macam lalu jalan kampung kat mesia yang ada pokok getah kiri kanan tu. Eeee..memang mengerikan. bukan ape takut je kereta jadi ape2 tgh malam2 buta tu kan. Syukur alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah aku jam 8 pagi keesokan harinya....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog