Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Thursday, 13 January 2011

~Vadei for tea time~

Share

Ada sesape nak resepi camner buat kuih vadei ni . Kat Malaysia, jangan harap aku nak buat. Beli je kat pasar malam 2 hinggit. Kenyang anak-beranak sampai esoknya. Kat bumi Melben ni semua benda aku kena buat sendiri. Kalau lah ada makcik sempang, kan senang... Ye lah feberet suami dan anak-anak aku. Kena lah buat kan. Lagipun sesekali kalau buat ni untuk minum petang, sedap gak kan.... Kalau dah buat kuih ni, aku pun jadi feberet gak..Silap2 aku makan lagi banyak... First angkat dari kuali, aku dah belasah 3 keping untuk QC, Ala-ala quality control gitu.. Pastu bila dah makan ramai2, aku makan lagi. Macamana lah aku nak teruskan misi untuk kecikkan saiz baju ni....... Takpelah..jom kita tgk resepi senang tapi cerewet jugak nak buat.

Resepi VADEI

500 gram kacang dhal (rendam lbh kurang 5-6 jam)
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 sudu kecil jintan kasar dikisar (jintan manis/fennel)
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar ikan bilis dikisar
2 sudu besar tpg gandum
1 tangkai daun kari diracik
2 biji cili kering, buang biji dan hiris halus
2 sudu cili kisar
garam
minyak untuk menggoreng

Cara-cara; tos kacang dhal, blend sederhana halus dan di tapis untuk membuang airnya. Campurkan semua bahan ke dalam kacang dhal. Gaul sebati.
Buat bentuk leper macam gambar kat atas tu dan goreng menggunakan api sederhana. kalau dah masak boleh angkat dan sedia untuk dihidang.......

.



1 comments:

Anonymous said...

terliur le tengok vadei ni, terus nak rendam dal tapi takde stok la pulak, ish, ish!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog