Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Monday, 21 February 2011

~Lobster Melben~

Share
Baru-baru ni aku ada beli lobster. Kiranya semalam punya semalam lah...hehehe..Inilah pertama kali aku nak masak lobster ni... sebenarnya, dok pikir-pikir gak, apa lah aku nak masak dengan lobster 3 ekor ni kan.. Harganya dahle tak murah, kalau lah tersilap percaturan.. Aku try jugak tanya pakcik 'google' untuk cari resepi-resepi yang sesuai..dan kebanyakannya adalah rebus, stim dan grill.... Tapikan, bila kita tengok dari segi rupa parasnya, lobster ni kan adik-beradik udang jugak kan.. Jadi aku buat le masak suka hati mak bapak aku je kan...hehehe, boleh pulak macam tu...
Akhirnya aku buat keputusan untuk buat masak lomak cili api dan stim je. itupun guna bahan-bahan yang ada kat rumah je..memang gambarnya pun nampak simple sangat dari segi presentation. Ye lah..rasa cam malas je nak pegi kedai untuk beli tomato dan daun ketumbar. Emmmm...kiranya masak belasah je apa yang ada kat rumah ni...



Resepi Lobster masak lemak

1 ekor lobster (berat lebih kurang 450 gram)
1 biji bawang besar
10 tangkai cili padi
sedikit kunyit hidup
asam keping
garam
1 batang serai
daun kunyit
tomato (aku tak letak sebab tomato takde kat peti ais aku)
400 ml santan (kat oz ni guna santan dalam tin je)
1/2 cwn air

Cara-cara: Blend bawang, kunyit hidup, serai dan cili padi. Masukkan dalam kuali yang ada lobster tadi. Masukkan juga santan, air, asam keping dan garam. Masak macam kita masak lemak biasa tu kan. bila dah mendidih, masukkan daun kunyit (kalau ada) dan juga tomato (aku tak letak).... Rasa garamnya dan tutup api. Maka terhasillah "Lobster Masak Lomak Cili Api" aku ni....
Senang je kan.... Memang sedap sangat. Yummy yummy!!

Kemudiannya ada belen 2 ekor lobster lagi, aku buat ala-ala stim style aku lah.. Bukan apa, nak kata stim, pun tak, nak kata rebus pun tak...Emmmm apa-apa aje lah.... Ye lah, buat pun time bahan tak cukup sifat... tu yang jadi macam tak puas hati je aku masak kali ni. Nak tunjuk gambar pun rasa malu je...hehehe

~lobster tgh pose kat dalam besen~
~lobster ala-ala stim~

Resepi Lobster Stim

2 ekor lobster
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3-4 tangkai cili padi
2 biji bawang besar (di mayang)
1 batang serai
1 sudu besar minyak bijan
garam dan gula secukupnya
air perahan limau (kat oz guna lemon)
tomato dan daun ketumbar (takde stock kat rumah aku)

Cara-cara: Bawang putih, halia, cili padi, serai di mesen. Tuangkan ke dalam kuali yang tersedia dengan lobster yang 2 ekor tu. masukkan minyak bijan air, air perahan limau dan bawang yang dihiris. Tutup kuali dan masak lebih kurang 10-15 minit. Tutup api dan sedia untuk dimakan.

Jadinya, lepas ni kalau sesape ada beli lobster, bolehlah masak buat cara melayu cam aku ni, sesuai dengan tekak orang mesia....hehehe.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog