Monday 7 March 2011

~ikan masin dgn ketumbar dan sup sayur~

Kadang-kadang, pening jugak kepala ni nak pikir masak hari-hari kan.. Apa kata sesekali kita buat menu orang malas pulak nak... p/s: sebenarnya, hari-hari pun menu org malas hehehe... kebetulan aku belek-belek gambar lama kat folder ni, terjumpa la pic ni. so aku pun upload je lah buat tatapan diri sendiri dan kenkwan yg nak cari idea untuk memasak...Ikan pari kering dengan ketumbar dan sup sayur... Aku tak ingat dah, bila masa ntah aku buat masakan ni.. Resepi asal ni dari kakak aku. Sebabnya dia yang selalu buat mcm ni bila kitorg berkumpul adik-beradik sebagai menu tambahan. Tambah pulak ada sambal belacan..Fuhhh...tak pandang lauk lain dah...kadang-kadang tu, dah boring makan masakan berkari bagai .. Balik balik, kari, masak lemak, asam pedas, sambal....Jemu jugak kan..Jom kita tgk resepi ni..



Ikan pari kering dgn ketumbar
Bahan-bahan:
200 gram ikan pari kering (blh guna ikan kurau/talang)~potong kecil2.
6 sudu ketumbar biji
10-15 biji bawang kecil~dimayang

minyak secukupnya utk menggoreng

Cara-cara: Ikan kering direndam dgn air garam dalam 1/2 jam untuk mengurangkan masin ikan. Panaskan minyak dan goreng ikan kering. Bila ikan kering 3 suku masak, masukkan bawang kecil yang di mayang tadi... Goreng dan kaup balikkan supaya bawang tidak hangus. Kacau sehingga bawang merah betul2 garing ataupun bertukar kaler menjadi coklat (macam bawang goreng tu tau!) Kemudian masukkan ketumbar biji dan kacau lbh kurang 2-3 minit. Angkat dan sedia untuk dimakan....

Sup Sayur
Bahan-bahan:
Sawi jepun secukupnya

2 batang lobak merah

fishball, crab ball, prawn ball dan seangkatan dgnnya
4 ulas bawang putih~ diketuk
1 ketul Kiub ayam atau kiub ikan bilis
Air secukupnya
garam secukupnya
* Sediakan bahan seperti di atas.

Cara-cara: Tumis bawang putih. Masukkan air dan kiub ikan bilis. Bila air mendidih, masukkan sayur dan bebola yang disediakan tadi. Biarkan mendidih seketika dan bolehlah ditutup apinya. Taburkan sedikit bawang goreng semasa menghidang. Senang je kan....

No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...