Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Sunday, 10 April 2011

~Cream Puff With Custard~

Share
Jom..jom..jom..kita belajar macamana nak buat cream puff pulak ye. Aku pun bukannya pandai..Jadinya meng'google' sana sini untuk dapatkan resepi. Akhirnya aku buat keputusan menggunakan resepi dari blog DTS~Mat gebu untuk membuat pastrinya dan juga dari myresepi untuk membuat krim kastardnya . Boleh juga layari resepi asalnya di sini.. Resepi ni lbh kurang sama untuk buat churros seperti yang telah aku masukkan entry nya tidak lama dulu. Maka, ianya menjadi lebih senanglah untuk aku membuatnya. Jom kenkwan yang nak cuba, boleh ikut resepi kat bawah ni.


CREAM PUFF:
Bahan-bahan:
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum
1 biji telur + 1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila

    • CREAM CUSTARD
      Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
      1 sudu besar tepung
      1 sudu besar tepung jagung
      4 sudu besar gula
      200cc(1 cup) susu segar
      1 biji telur (L size)
      1 sudu besar mentega
Cara-cara:
  1. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri....
  3. CREAM CUSTARD:- Masukkan bahan dari no 1-3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau sehingga tiada yang berketul. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya tadi dan kacau . Masak di atas api sederhana sehingga pekat. Bila dah pekat, tutup api dan masukkan mentega. Kacau sehingga mentega sebati dengan custard.
  4. Perhatian: Kalau guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur kepada 2 biji kuning telur.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog