Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Saturday, 9 April 2011

Fried Broccoli With Tofu

Share
Alaaaaaahhhhh!!! Senang je nak masak sayur ni kan? Tapikan..jangan lah korang ketawakan aku lak, sebabnya aku upload gambar sayur ni. Aku saje je nak improvekan skill fotografi..heheheh...Alasan je tu.....Aku bukan ape, bagi idea kat korang jugak nak goreng sayur ape hari ni...hehhee...Ape kata kita try buat sayur brokoli campur dengan tauhu jepun ni ataupun lbh dikenali dengan nama tofu....

Resepi:
Sebatang/sekuntum brokoli (blh ke aku guna penjodoh bilangan kuntum ni???)
3@4 bungkus tauhu jepun
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 ketul kiub ikan bilis @ ayam
1/2 cwn air
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-cara: Brokoli di potong ikut suka hati. Tofu di potong lbh kurang 1.5cm dan digoreng terlebih dulu. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak yang diguna untuk menggoreng tofu dan tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bawang putih dan setelah garing, masukkan air. Masukkan juga kiub ikan bilis/ayam. Masukkan brokoli dan gaul rata, lbh kurang 2 minit. Masukkan tofu yang telah digoreng tadi dan terus je tutup api. Angkat dan taburkan bawang goreng.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog