Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Thursday, 12 May 2011

Fig @ Buah Tin....

Share
Haaa tengoklah buah yang bersari dan nampak mengiurkan ni... Pernah tak tengok buah segar ni di Malaysia? Kalau adapun, mungkin aku yang tak perasan lah kot. kat sini, di bumi melben ni, pokok ni tumbuh dengan suburnya. Termasuklah pokok yang ada di belakang rumah aku. Pada tahun pertama (2009), kami semua taktau nak makan buah ni.. Sekali tengok, buah yang putik, macam buah ara pun ada.. nak-nak pulak orang ckp, ada buah ara yg mabuk kalau tak kena caranya.. tu yang kami cam Bje nak makan. Rupa-rupanya, inilah dia buah tin.."fresh from the farm..." Buah ni biasenya kita akan jumpa bila ada orang balik dari Mekah tunaikan haji atau umrah.. Ada lah buah ni sebagai buah tangan dari sana. Kat sini dapat pulak ada buah tin yang fresh...Excited tu memang ada tapi tak pandai nak makan...(bukan tak reti nak masuk dalam mulut...heheh)... yelah kan..first time nak makan, rasenya cam maung semacam je...(org ambik yg betul2 masak, kami mkn yang mengkal2..memang lah rase cam lain sikit)...Rupa-rupanya, bila makan yang betul2 masak cam gambar kat atas tu, punya lah manis dan bersari nya.. rasa sekali pasti nak lagi...hehehe... Rupanya, buah tin yang species kat belakang rumah kitorang ni adalah species yang paling mahal..yang menjadi kegemaran orang-orang timur tengah seperti Turki, Lebenon, Arab dan yang seangkatan dengannya.. Itupun, bila kawan aku bawak pegi masjid dan jemaah di sana yang bagitau... Tau tak, buah anggur paling mahal pun dalam $5 sekg, tapi buah tin ni boleh mencecah harga $18 sekg. Citer bab tak reti makan buah ni, kira citer 2 thn lepas lah ye..Tahun ni, kami sekeluarga dah totally pandai makan buah ni.. Memang sedappppp.. Rugi 2 thn sebab tak makan banyak....hehehe.... melalui pengalaman tahun2 lepas, buah ni akan masak sepenuhnya pada bulan Mac.. Kiranya, awal April, buah ni dah habis... Alhamdulillah, rezeki kitorang agaknya, dan rezeki kenkwan di bumi melben ni, tahun 2011 ni, buah ni tak putus2 sejak awal Mac hingga sekarang bulan Mei masih ada lagi buah ni sikit2.... Kiranya masak berperingkat-peringkat lah jugak..Agaknya, dia nak tunggu mak mertua dan bapak mertua aku sampai next week kot... hehehe...Kalau ada rezeki diorg, dapatlah merasa buah hebat ni kan...Kat bawah ni ada info tentang khasiat buah tin dan jangan lupa layan gambar2 yang sempat aku snap ye.. Kononnya, nak lah snap gambar ni bila tengah banyak masaknya..asyik tak teringat je..lelama..buah ni pun semakin kurang....Jadi, kita layan gambar mana yang ada je lah ye....

KHASIAT BUAH TIN

Terhidar dari keracunan.
Melincinkan tekak dan dada.
Mencucikan hati dan jantung.
Membersihkan lendir yang terdapat dalam usus.
Jika dimakan bersama buah pala akan tawar racun.
Menghilangkan penyakit buasir.
Jika dimakan seperti biasa:
Menyembuhkan penyakit bangkak telinga.
Mempercepatkan pertumbuhan gigi.

sumber: http://malaysians-qatar.topicboard.net/t430-khasiat-buah-buahan-herba-dan-hidupan


~pokoknya yg rendang~



8 comments:

abu haniff said...

salam, puan masih di melourne?

abu haniff said...

*melbourne

Siti Dayah said...

Teruja....

Siti Dayah said...

Teruja....

Siti Dayah said...

Teringin nak merasanya.....

Siti Dayah said...

Teringin nak merasanya.....

JUMEE ZAILA AHMAD said...

Siti dayah: kalau nk beli buah tin pokoknya, blh beli di sungai buluh...

JUMEE ZAILA AHMAD said...

****buah tin dan pokoknya

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog