Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Saturday, 21 May 2011

Happy Anniversary!!!

Share
Alhamdulillah...sedar tak sedar, hari ini (tanggal 21 Mei)...sudah 16 tahun aku melayari kehidupan berumahtangga.. Sesungguhnya banyak onak dan duri yang harus ditempuhi untuk mencapai kehidupan hingga ke tahap ini.. Saat suka dan duka, saat susah dan senang pastinya diharungi bersama.. Maklumlah kan..bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee "Sedangkan lidah lagi tergigit, Apa pula suami isteri". Begitu jugak lah diibaratkan dengan kehidupan berumahtangga ni kan..Bumi yang mana tidak ditimpa hujan, laut yang mana tidak bergelombang... Terpulanglah kepada setiap pasangan itu, bagaimana cara untuk mengharunginya. Sangat-sangat bersyukur kerana mempunyai kehidupan yang bahagia dan sempurna sebagai seorang isteri kepada Ashraf Ab Rahman dan mama kepada PUTERA PUTERI KU Nurul Aamira Haifaa dan Muhammad Irfan Syahmi.. Semoga Allah memanjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat..Aminnn...

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE 16 BUAT AKU DAN SUAMI!!!

SEMOGA KASIH SAYANG BERKEKALAN DAN BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT

Amin, AMIN ya rabbal aalamin


1 comments:

nuwairani ismail said...

tahniah kak....semoga jodoh berpanjangan....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog