Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Friday, 6 May 2011

~Pais Tempoyak Ikan Patin~

Share

Salam hari sabtu buat semua. Hari ni aku nak masukkan entry pais tempoyak ikan patin pulak. Sebenarnya aku buat pais ni dah 2 bulan lepas....Belek punya belek gambar-gambar lama ni..tetiba aku terpandang kat gambar pais masak tempoyak ni.. bila tengok gambar ni..aku yg pernah buat ni pun takleh tahan.. terliur semacam je. Kalau macam ni, nampak gayanya aku kena buat tempoyak lah pulak. Maklumlah...kalau di Malaysia, xde maknanya aku nak buat tempoyak ni. Aku beli je suka hati banyak mana yang aku nak..Bayar je kan..Lain pulak jadinya bila berada di bumi melben ni. Takde pulak kedai vietnam ni jual tempoyak kan... Korang nak tahu..mula2 sampai kat sini..kitorg jumpa durian kat kedai Vietnam, macam org gayat pun ada...seronok sangat. Anak-anak aku punyalah excited dan sibuk suruh beli. Diorang ni sanggup taknak makan durian ni..sebab nak buat tempoyak. Kalau kat Malaysia, kita buat tempoyak guna durian yang orang tak makan atau dgn kata lain durian yg tak berapa elok. kat sini siap beli durian yang sedap tuuuu utk buat tempoyak. Sebiji durian regenya $15, kiranya dalam RM45....Kalau dok pikir mahal je, memang tak merasa la nk makan ..ye tak?
Okay la...ni dia resepi pais tempoyak ni ya....

Pais tempoyak ikan patin

Bahan-bahan:
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit (kebetulan aku tanam kunyit dan ada la keluar daunnya dalam 3 helai~kat kedai, lom jumpa lagi daun kunyit ni)
10 tangkai cili padi
4-5 sudu tempoyak (kat sini kena lah jimat2 sikit tempoyak..sbb susah nk dpt)
sedikit garam dan gula
seekor ikan patin~kerat 3 bahagian
foil aluminium~utk membungkus

Cara-cara: Tumbuk cili dan kunyit hidup hingga lumat. Daun kunyit dihiris halus.
Gaul kan kesemua bahan ke dalam tempoyak. Masukkan juga garam dan gula. Sediakan foil, letakkan separuh dari bahan ke atas foil aluminium/daun pisang. Kemudian letak ikan di atas bahan tersebut. Letak juga tempoyak di atas ikan. Bungkus foil dengan kemas dan bakar di dalam oven lebih kurang 45 minit - 1 jam ataupun hingga ikan masak dan naik bau. Angkat dan sedia untuk dihidang...

p/s: Kalau dapat bungkus dengan daun pisang dan bakar atas dapur kayu atau arang lagi best kan......

5 comments:

CT Delima said...

Assalamulaikum Jumee

masak sedap2 ya lain kali. nanti kak ct boleh tapau bawak balik.. hihihi

Jom masuk FB kak ct add Che Ct

Along Maklong said...

salam..
salam ziarah dan salam perkenalan dari maklong buat jumee..

JUMEE ZAILA AHMAD said...

kak Ct: silalah kalau nk, tapau gambar je ye...hehehe

Along maklong: Salam perkenalan dari saya jugak...terima kasih sudi singgah...

WendyinKK @ Table for 2..... or more said...

Hi,
May I ask does this dish belongs to a certain state like Pahang, or is this a general dish?

JUMEE ZAILA AHMAD said...

Yes, this is pahang special n and famous dish

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog