Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Friday, 24 June 2011

My Turkish Friend

Share
Semalam (23hb Jun) aku sekeluarga mendapat jemputan makan malam di rumah seorang kawan berbangsa Turki. Memang terasa teruja sangat nak menziarah ke rumah kawan yang berbangsa asing ni. Kami bertolak selepas maghrib yang jaraknya lebih kurang 14km dari rumah aku.

Apa yang menyebabkan aku betul-betul terharu adalah, kawan aku ni menyediakan 'Barbeque" semata-mata untuk kami. Pulak tu dengan pelbagai makanan tradisional Turki. Punyalah banyak makanan sehinggakan kami tak tau nak makan yang mana satu.. sudahlah tu, makanan yang disediakan pulak sedap2 semuanya...so terpaksalah kami makan dalam jumlah yang kecil, supaya dapat merasa semua makanan yang dihidangkan. Memang betul-betul kekenyangan. Serius!!!! makanan tu sedap2 semuanya. Antaranya ialah chicken shish, lamb BBQ, chicken BBQ, kofte, sarma, mix vege, carrot yogurt, cucumber yogurt dan di akhiri dgn desert baklava roll with pudding. Memang meriah dgn makanan malam tu... Semuanya disediakan oleh kawan aku ni. Emmm....memang pandai masak rupanya dia ni....

Sebenarnya, aku memang tak makan kambing. Tapi malam tu aku tak dapat elak, sebab dia letak jugak kat pinggan aku, so, takkanlah aku nk ckp yg aku tak makan kambing kan?...aku terpaksa telan jugak dgn tak berapa ikhlasnya..Hehehe..rupa-rupanya sedap jugak kambing BBQ ni... Teringin nak tambah lagi tapi memang dah betul2 kekenyangan. Sebabnya semua makanan kitorang rasa. Yang paling aku tak boleh lupa ialah chicken shish..memang best la....Pendek kata, semua makanan tu boleh diberi gred A++. Selepas berehat lebih kurang 1/2 jam, kami dihidangkan pulak dengan baklava yang dimakan bersama dengan pudding. (Sorry, tak sempat nak snap gambar pudingnya...hehehe)


~me & Aiten~

~our daughter, aamira & rose~
~our son, irfan & saifullah~
~suami2 yg bz dgn bbq~
~~aku belajar buat 'kofte'~
~model meja makan~
~lamb n chicken bbq, shish, kofte~
~vege salad, yogurt dip, sarma~

~'sarma', nasi yg dibungkus dgn daun anggur~


~baklava roll~



~pose kat heater comel ni....hehehe~
~family photo~

~halwa buah tin (figs)~

Sebelum balik, kawan aku sempat juga bekalkan jem figs untuk aku. Dua bulan lepas, rumah aku memang banyak buah tin ni, so aku bagi dia untuk dibuat jem.. hasilnya, malam tu dia bagi aku jem buah tin tu. Tapi, aku rasa, ianya ala-ala halwa kot..Rasa lbh kurang macam halwa betik je. Oklah..not bad jugak rasanya. sangat manis dan sesuai dimakan bersama roti.

info:
'Sarma' refers to a dish that can be prepared with grape, cabbage, or chard leaves. The term sarma derives from Turkish verb "sarmak," which means to wrap or to roll. It can be prepared with rice and spices (vegetarian) or with rice and ground meat. Both are delicious. Sometimes sarma is called dolma, too, yet on the western part of Turkey, rolled leaves are always called sarma.

'kofte' pula ialah daging cincang yang dibuat seperti daging burger... Daging cincang dicampur dengan herbs, garlic, ginger, onion, salt, parsley. Pastu buat leper atau pun bentuk suka hati sebelum di BBQ kan...

Monday, 20 June 2011

Hujung Minggu Yang Meriah!!!

Share
Hari ni aku masak lebih dari biasa. Sebabnya, pada minggu lepas sieha, tina, fisah dan ara bersama keluarga masing-masing dah plan nak datang rumah aku... So, we all dah set kan tarikhnya pada hari ni. Kalau ada tetamu nak datang rumah ni, aku mula la dok pikir-pikir apa yang nak dimasak kan utk diorang. Kalau boleh, biarlah masakan tu simple dan kena dengan selera semua orang. So, aku buat ayam masak lomak cili api, sup sayur untuk anak-anak kecil, sambal belacan beserta salad sebagai ulamnya. Semalamnya, kebetulan jugak kak Noriah dan Zarina bagitau nak datang rumah. Jadinya, aku ajak diorang datang lunch sekali beramai-ramai.. Alang-alang kan...Lagi ramai lagi bagus ye tak...Memeriahkan suasana. Cuma Zarina, Bob dan Farah hanya dapat datang selepas maghrib.

Lepas makan tengahari, kami lepak-lepak sambil menonton rakaman Maharaja Lawak minggu ni...

~
~kami & bob/farah/ina/umar comel~

Sayangnya, kak noriah dan family balik awal sebab ada urusan. Jadinya, tak dapat nak abadikan kenangan dalam gambar di atas. Lain kali ye kak!!!

Terima kasih diucapkan kepada tetamu yang sudi bertandang. Jangan serik untuk dtg lagi okay!!!!

Thursday, 9 June 2011

~Kuih Tako~

Share



Salam ceria buat semua
... Cepat je masa berlalu kan..Sedar tak sedar dah masuk bulan rejab dah pun... Sekarang ni, secara rasminya dah masuk winter.. Cuaca minggu ni antara 5 C-15 C...Sojuukkkkkk!!!!... Kesian gak kat mak mertua aku. Maklumlah..kat Mesia, kepanasan..tetiba datang sini pulak berada dalam keadaan sejuk yang amat sangat.. Yang seronoknya time winter ni ialah, waktu siang yang pendek. Pukul 12.28 dah masuk zohor, 2.58 dah masuk asar...Tup tup..jam 5.08 dah masuk maghrib... Kalau berpuasa, rase kejap je, dah nak berbuka kan. Hari ni, kami sekeluarga berpuasa sunat. Alhamdulillah..dah berbuka pun.. Tetiba tadi datang pulak idea nak buat kuih tako ni untuk berbuka puasa... Lebih-lebih lagi kuih ni feberet aku dan anak-anak.. Suami aku??? Emmm dia x masuk korum... Kuih-kuih mengarut cam ni kurang berminat.. tapi tak sangka pulak hari ni, dia makan jugak kuih aku..hehehe..sedap agaknya kan...Sejak aku dok kat bumi Melben ni, baru ni lah aku buat kuih ni.. dulu-dulu pernah lah buat, tp x ingat pun resepinya...Apa lagi, kenalah mintak bantuan blogger2 untuk dapatkan khidmat resepi percuma...hehehe. Akhirnya aku buat keputusan menggunakan resepi dari laman My Resipi je.. Bagi sesape yang nak buat kuih ni, kat bawah ni aku letakkan jugak resepinya....Selamat mencuba ye!!!

Bahagian bawah:
30 gram tepung hoen kwe
80 gram gula
300 ml air

sedikit paste pandan
jagung krim (dlm tin)

Bahagian atas;
270 ml santan
20 gram gula
20 gram tepung beras
1 camca garam

daun pandan @ bekas kecil2

Cara-cara:

1-Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah. Kacau di atas api sederhana sehingga likat.

2-Masukkan jagung ke dalam acuan. Tuangkan bahan di atas ke dalam acuan.

3-Masukkan semua bahan untuk lapisan di atas. Masak di atas api sederhana sehingga pekat. Tuang kan ke dalam acuan.

4-Sejukkan dan sedia untuk dihidang.




Monday, 6 June 2011

Happy Birthday Hanish!!!!

Share
Hari Ahad semalam, aku menghadiri majlis hari jadi satu-satunya puteri faridah/hairul.. Sekali lagi aku diberi kepercayaan untuk men'deco' Birthday cake for Hanish. terima kasih Faridah!!!!... seronok rasanya kalau dapat menghias kek ni. sekurang-kurangnya, dapatlah aku meng'improve'kan skill... tapi, bila buat kek untuk org lah yg buat aku kecut perut..takut tetiba x menjadi...Maluuu beb!!! Kalau last minit x jadi.. apa aku nak gantikan kek yg rosak kan... Sebab tu, bila nak menghias kek ni perlukan ketenangan, kepala takleh kelam kabut... Alhamdulillah, berhasil jugak...Sayangnya, aku x dapat datang awal atas beberapa urusan yg tak boleh dielakkan... Last minit, macam-macam hal pulak yg datang. Sib baik aku dah hantar kek tu awal2 lagi..Kalau tak, sah2 diorg tertunggu-tunggu dan aku lak yang jadi kelam kabut nanti. Tapi tak kisah lah kan, datang awal ke, datang cepat ke, datang lambat ke, datang lambat ke..janji datang....

~Happy birthday Hanish!!!~
~budak pipi tembam mcm aunty jumee...he3~
~hepi fmly~
~aku pun nak pose jugak~
~sebahagian tetamu yg balik lambat~

Happy birthday aunty ucapkan untuk hanish.. Semoga membesar menjadi anak yg berjasa untuk agama, bangsa dan agama...


Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog