Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Tuesday, 26 July 2011

Nasi Kerabu Versi Melbourne

Share
Assalamualaikum......
Sebenarnya, nasi kerabu ni adalah makanan kegemaran kami sekeluarga. Makanan ni lah yang kami rindui kepada negara Malaysia tercinta. Bukan apa, setiap kali tibanya hujung minggu, inilah makanan yang akan kami beli jika pergi ke pasar malam. Di Melbourne ni, tau tau je lah kan..kalau rasa nak makan itu semua, kenalah belajar-belajar buat sendiri kan. Nak buat nasi kerabu ni bukanlah susah sangat, tapi kejenye renyah sbb banyak benda nak disediakan. Terima kasih kat kawan aku di sini (Syidah) di atas sumbangan resepi. Sebenarnya, plan awal nak ajak dia datang buat sesame kat rumah aku, tp last minit dia ada plan lain..so terpaksalah aku buat sesorang dengan dibantu oleh dayang-dayang jemputan. hehehe...Jom..jom..kita semak resepi satu persatu.. Kepada syidah, mintak share resepinya kat sini ye...

Nasi Kerabu
Bahan-bahan:

A) Nasi
3 cawan beras basmathi + 6 cawan air
5 helai daun limau purut
1 helai daun pandan-disimpul
1 batang serai-dititik
garam
sedikit pewarna biru (untuk cantik je)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

B) Kuah
1 biji bawang besar (merah)*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 senduk cili blend*
sedikit belacan
1 batang serai-dititk
1 keping asam gelugur
gula melaka dan garam secukupnya
sedikit minyak utk menumis
1 tin santan
*** sukatan boleh diubahsuai


Cara-cara:
Blend semua bahan *** di atas. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan blend. Masukkan santan, serai, asam keping, gula dan garam. Bila mendidih dan telah pecah minyak, bolehlah tutup apinya.
*** menurut kawan aku, santan fresh di Malaysia, senang nk pecah minyak. Kat Melbourne ni, susah sikit so, agak2 dah mendidih dan pekat, blh lah diangkat.

C) Sambal ikan dan kelapa
4 ekor ikan greasy mackerel (@yellow mackerel)
200 gram kelapa (frozen)
1 biji bawang besar (kaler merah)*
1 inci halia*
5 biji bawang putih*
1 inci lengkuas*
1 sudu kecil lada hitam*
garam*
*semua bahan dimayang. nak tumbuk pun boleh jugak.

Cara-cara:
Ikan direbus, buang tulang dan ditumbuk hingga lumat.
Kelapa ditumbuk sedikit. Campurkan dengan semua bahan yang dimayang dan masak atas kuali. Kacau dan kaub balikkan sehingga masak. Masukkan juga garam. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

D) Solok lada
4 biji cili besar kaler hijau. Buang bijinya.
3 ekor ikan yellow mackerel/greasy mackerel
100 gram kelapa frozen
1 inci halia
1 biji bawang besar.
garam
1/2 tin santan + 1/2 tin air. Kalau nak guna 1 tin santan pun boleh jugak..Agak-agak byk mana cili.

Cara-cara:
Ikan direbus, buang tulang dan ditumbuk bersama kelapa, bawang merah/besar dan halia. masukkan garam. Ratakan semua bahan dan masukkan ke dalam cili tadi.
Masukkan cili yang telah dimasukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk. Kemudian tuangkan santan dan masukkan garam. Rebus di atas api hingga cili solok masak. Tutup api dan sedia dihidang.

E) Ulam-ulaman
Timun, taugeh, bunga kantan, kacang panjang, daun kesum, daun selum, daun selasih dan sebagainya.
Semua bahan dihiris halus.

F) Kuah cili/lada
beberapa biji cili padi + cili besar warna merah
1 sudu teh garam
4-5 sudu gula
1/2 cawan cuka.
** cili, cuka, gula dan garam kena agak2 sesedap rasa.

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam blender dan blend hingga cili hancur. Masukkan di dalam mangkuk untuk dihidang.

G) Budu secukupnya

H) Keropok ikan secukupnya





Fuhhh..berpeluh nak siapkan bahan-bahannya kan.. Punyalah banyak bahan yang disediakan. Kalau aku sensorang je tanpa bantuan dayang-dayang jemputan, memang sah tak buat nasi kerabu ni. Hehehee.... Sebab tu aku ckp tadi, nak membuatnya tak susah, cuma renyah dgn bahan-bahan semasa penyediaan tu. Apapun, kepada sesiapa yang berada di perantauan, boleh jadikan resepi kat atas tu sebagai rujukan kalau-kalau ada yang teringin nak makan nasi kerabu ni. Satu lagi, yang aku terlupa nak letak iaitu telur asin. Terlupa nak beli kat kedai..heheh.. Takde telur asin pun dah licin nasi kerabu tu..
~juri jemputan diterbangkan khas dari New Castle~
~lagi juri jemputan~
~dayang-dayang bertugas yg membantu pembikinan nasi kerabu~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog