Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Friday, 15 July 2011

Skiing @ Lake Mountain 2010

Share
Salam muhibbah untuk semua. Hari ni aku nk post lagi gambar-gambar aksi aku anak beranak ber'ski' pada tahun lepas. Sementara ambik mood kenkawan di Melbourne yg pergi snow sempena cuti sekolah tahun 2011 ni. Bila tgk diorg semua upload gambar2 ber'snow', aku pun datang semangat dan tumpang gak lah mood diorg tu kan...heheheh... Tapikan, org lain upload gambar baru, aku pulak dok sibuk post gambar2 dari arkib negara... Tak kisahlah kan...asalkan aku rasa bahagia dgn cara aku ni. Bagi yg suka tengok, silalah ye..

Sebenarnya, inilah kali pertama aku bawak anak-anak ber'ski' ni. Yelah...sementara dok di bumi asing ni, ambik la peluang... Orang kata, jangan tidak... sekurang-kurangnya, anak-anak ni merasa jugak lah bermain ski. Kalau di Malaysia, mana pulak nk main ski ni. Kalau dah pertama kali ber'ski' ni, jadi paham-paham jelah... kejap tergolek belah kanan, kejap tergolek belah kiri...jalan yg lurus pun dah nmpk macam bengkang bengkok. Aku??? Takde maknanya aku nk main benda ni, buatnya aku jatuh berdebuk..eeeeee buruk je rupanya. So, dipendekkan cerita, aku tak termasuk dalam aksi-aksi ski ni okay!!! Jom kita layanzzz aksi tiga beranak ni pegang kayu ski...


~seblm mula, baik aku pose dulu~

~misi bermula~
~gaya dah ada~
~pose dulu~
~inilah juara yg paling kurang jatuh tergolek~





***Bila agaknya dapat pergi snow lagi?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog