Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Wednesday, 3 August 2011

Black Pepper Beef

Share
Assalamualaikum...
Kali ni aku nak masukkan entry black peper beef yang dah lama berada kat dlm simpanan dan tak sempat nak publish...
Maklumlah...banyak benda nak pikir....hikhikhik.... Takpelah..biar lambat asal ada..... Jom kita terus kepada resepinya.

Blackpeper beef
Bahan-bahan

1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis di perap bersama sedikit minyak zaitun.
5-6 ulas bawang putih- ditumbuk
1 biji bawang besar-dimayang
1 batang daun saderi dimayang
1 sudu sos tiram
1 sudu serbuk lada hitam
garam
minyak secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan minyak untuk menggoreng daging. Goreng daging hingga separuh masak ataupun hingga kering airnya. angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumisbawang putih. Kemudian masukkan bawang besar dan daging.
4. Masukkan juga daun saderi, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam.
5. Kacau sebati dan tutup api. Sedia untuk dihidang....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog