Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Friday, 26 August 2011

German Cookies @k@ Biskut 3 Benua

Share
Assalamualaikum....

Haa....korang mesti pelik kenapa aku bagi nama Biskut 3 Benua kan?..Dah elok-elok nama glamer kat surat beranak dia German Cookies...pepandai je aku ubah nama. Yelah kan... Aku dapat resepi cookies ni dari orang Malaysia, nama biskut ni pulak sempena nama orang Jerman dan yang membuatnya pulak adalah orang yang tinggal di Australia. Jadi aku namakanlah Biskut 3 Benua. Ok tak idea aku ni...hehehe.. Hai apa pulak aku merepek pepagi buta ni..
Dipendekkan cerita, aku menyelinap masuk kat dapur Kjee dan tertarik pulak dengan nama biskut yang Kjee namakan kat blog dia "German Cookies Made In Malaysia". Pastu singgah pulak kat rumah Masam Manis, pun ada cookies ni. Aku pun taknak lpskan peluang, nak cuba jugak buat biskut ni.. Lepas tengok resepi ni kat dua orang tukang masak hebat ni, aku tak google kat blog lain dah. Mesti sedap la cookiesni kan. Bila singgah kat 2 blog ni pun dah dapat dua hasil cookies yang berbeza. Kang singgah kat byk2 tempat, lagi banyak pulak bentuknya. nanti mula tak tentu arah nak ikut yang mana satu. Kalau Kjee hias dengan gula castor, kak ita pula guna cooking choc sebagai hiasan... Memang cantik. Aku buat biskut ni semalam sementara menunggu masa nak bersahur. lepas tu, sementara biskut masak kat dalam oven, aku kejutkan anak2 bersahur. Sebaik saje biskut masak, masa bersahur tinggal lagi 5 minit. Apa lagi kelam kabut nak rase biskut ni... Hasilnya, memang tak menghampakan. Biskut ni sangat rapuh dan super duper sedapppp......(emmm...pernah ke aku ckp biskut raya tak sedap????)

Menurut Kjee, resepi asal adalah dari Rima (maybe kenalan kjee kot). Mintak maaf ye Kjee, pandai2 je saya tukar nama dia..saje je suka2...hehehe.. Ok Kjee, orang Melbourne nak mintak share resepi kat sini jugak ye..

GERMAN COOKIES @k@ BISKUT 3 BENUA

Bahan-bahan:
125 gram butter
40 gram gula icing (aku letak 30 gram je)
125 gram tepung kentang
80 gram tepung superfine (tepung gandum pun boleh)

Cara-cara:
Mentega dan gula icing dikacau ringan. Masukkan kedua2 tepung yang diayak. Uli guna spatula hingga sebati. Dohnya lembut sangat. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti ais (sebelah bwh) lebih kurang 20 minit. Kemudian, keluarkan dan gentel bulat-bulat. Leperkan dengan garfu.
Bakar dengan suhu 170C selama 15 minit.

Aku ikut cara Kjee, hias guna gula kastor yg dicampur dgn pewarna merah (sebab aku suka kaler merah). Boleh juga ikut cara kak ita guna cooking choc. Selamat mencuba ye kenkwan semua!!!



2 comments:

Kjee said...

salam Jayzack. Bila tengok your colored castor sugar, teringat bila makan Ebi Ko sushi. Telor ikan mentah yang diletak kat sushi tu sama color dengan castor sugar awak. Hehehe

JUMEE ZAILA AHMAD said...

Aslmkm kak gie.. Ingat tak dulu sy buat cookies ni.. First n last.. Rasanya thn ni nak buat la.. Heheheh tq kak gue dor the recipe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog