Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Tuesday, 2 August 2011

Lemak Rebung Dengan Perut

Share
Assalamualaikum.........


Hari ni aku masukkan entry masak lemak perut campur rebung. Kalau di Malaysia, belum tentu aku ada usaha nak buat masak perut ni. Di Melbourne pulak meriah dengan masak-memasak ni kan. Pulak tu, nak dapatkan sumber perut lembu ni pun senang je. Pergi je kat mana-mana kedai daging HALAL dan tanya je perut lembu ni. Insyallah, kalau ada rezeki kita, dapatlah perut ni. Yang bestnya, perut ni pun dah siap dibersihkan sebersih-bersihnya. Cuma kita kena rebus lama sikit untuk lembutkannya. Ada la 2-3 jam jugak ambik masa. Kalau ada perut ni, mesti kena carikan pasangannya. Apa lagi kalau bukan rebung kan... Citer pasal rebung ni pun, tak susah nak cari. Cari je kat mana-mana kedai Vietnam, sure dapat. Ianya dijual di dalam peket ataupun di dalam tin. Ishk...banyak pulak celoteh aku ni. Jom kita belek-belek resepi kat bawah ni.

Lemak rebung dgn perut:

Bahan-bahan;
250 gram perut lembu (rebus hingga empuk)
400 gram rebung
1 tin santan
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
7-8 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 keping asam gelugur
2 batang serai (aku guna serai kisar yg disejukbeku)
garam

Cara-cara:
Perut lembu direbus hingga betul-betul empuk dan di hiris nipis. Rebung dipotong mengikut kesesuaian. Kisar kunyit hidup, bawang besar dan cili padi. Satukan perut, rebung dan bahan kisar di dalam periuk. Masukkan santan dan masak di atas api. Masukkan juga asam keping serai dan garam. Hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Bila kuah sudah mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidang...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog