Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Thursday, 4 August 2011

Paru Berlada

Share
Assalamualaikum......

Alhamdulillah...selesai sudah kami di bumi Melbourne berpuasa untuk hari yang keempat ni. Sekejap je masa berlalu. Mungkin di ketika ini juga, kawan-kawan di Malaysia sedang bersesak-sesak menuju ke bazar ramadhan. Manakala kaum ibu pula semestinya sedang sibuk menyediakan juadah di dapur. Apapun, segalanya dilakukan demi keluarga tercinta, kan. Sambil-sambil nak tunggu isyak jam 7.01 ptg, lebih baik aku godak-godak blog aku ni dan masukkan entry paru berlada ni. Kalau bertangguh kang, alamatnya terus je pic ni masuk arkib negara...hehehe... Seperti biasa, paru ni senang je nak dapat di sini. Cuma itulah kan,....bergantung pada rezeki kita lah ..Kalau kebetulan xde, so tak dapatlah. Aku dapat paru ni pun 2 minggu lepas. yang bestnya, sebab dah kenal si mamat Turky, tokey daging tu...dia bagi free je kat aku...hehehe..alhamdulillah, rezeki jugak kan... kalau kat Malaysia, silap haribulan lah nk dapat free. Nak-nak pulak time bulan puasa ni... Lagilah orang jual dengan harga yg mahal.
Aku ingat lagi, 3 tahun dulu, anak aku nak makan paru sebaik saja selesai UPSR. Beli kat bazar ramadhan RM2 dapat betul-betul 5 keping je.. Sebab kesian kan anak aku, aku tambah lagi RM2. Memang dia sorang je yg makan. Bila kat sini, $5 paru mentah dekat satu baldi tu..Boleh share lagi dgn kenkawan. Sebelum ni, aku memang tak kuasa nak masak paru ni, beli yg dah masak je...tapi disebabkan anak-anak, dah jadi expert pulak masak paru ni...hehehe... Hishhh!!!!! dah panjang lebar pulak celoteh aku ptg ni... Dah masuk solat isyak dah pun...

Bahan-bahan:
200 gram paru (direbus dan potong nipis)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 biji bawang merah (tumbuk)
1 senduk cili kisar
2 sudu cili sos
gula
garam

Cara-cara:
1. Paru digoreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan minyak untuk menumis lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bawang putih,
bawang merah dan cili kisar hingga betul-betul garing.
3. Masukkan cili sos, gula dan garam.
4. Masukkan paru dan kacau rata sebelum ditutup apinya. Sedia untuk dihidang....


p/s:Insyaallah, lepas solat terawih nanti, kalau tak mengantuk, aku masukkan entry ayam goreng berempah pulak .


1 comments:

Aina said...

menu dapur saya hari ini:) selamat berbuka puasa..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog