Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Sunday, 7 August 2011

Roti Jala

Share
Assalamualaikum,.......
Pejam celik pejam celik, dah pun masuk hari ke 7 puasa. Cepat... memang cepat sungguh masa berlalu. Korang dah fikir-fikir nak masak apa petang ni? Aku baru je bangkit dari baringan..hehehe..seronok je bermalas-malas di hari minggu ni kan? teringat pulak hari ke 5 puasa, aku ada buat roti jala dan tak sempat masukkan entry kat blog ni. Kebetulan sebelah pagi tu, aku dok belek-belek blog seorang blogger ni. Wow!!! memang tertarik dengan persembahan beliau kat dalm blog tu. Sangat cantik dan menarik. Belek-belek punye belek, terpandang akan roti jala beliau yang betul mengancam yang boleh buat semua orang terliur. Siap berkaler-kaler gitu. Kebetulan, dah lama betul aku tak buat roti jala ni kan. Dipendekkan cerita, dapat jugak bagi aku idea nak masak apa untuk berbuka kan. Terima kepada Pn. Azlita, si pemilik blog yang cantik tu. Boleh klik kat sini untuk resepinya. Dan boleh juga tengok kat bawah ni untuk resepi aku.

Roti Jala:

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur
3 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning/kunyit

Cara-cara:
Satukan semua bahan di dalam alat pengisar. Kisar hingga sebati.
Perapkan selama 1/2 jam.
Panaskan kuali dengan api sederhana. Guna kuali leper, non-stick.
Masukkan ke dalam acuan roti jala, dan tebar ke dalam kuali.
Biarkan sehingga masak dan gulung mengikut citarasa sendiri.


Kuah Kari Ayam: (untuk 4 orang)

200 gram isi ayam (bhg dada), dipotong dadu.
3 biji kentang sederhana, dipotong dadu.
1/2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia* (bahan * ditumbuk)
5 sudu besar rempah kari
1/2 tin santan
2 cawan air
sedikit paste asam jawa/asam keping
rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula

Cara-cara:
Panaskan minyak di dalam periuk.
Masukkan rempah tumis dan bahan tumbuk. Tumis hingga garing.
Masukkan rempah kari dan sedikit air. Biarkan rempah naik bau dan masukkan air lebihan.
Biarkan mendidih sebelum dimasukkan isi ayam, kentang, paste asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga kentang empuk. Kemudian masukkan santan.
Biarkan mendidih seketika
Tutup api dan sedia dihidang bersama roti jala tadi.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog