Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Saturday, 6 August 2011

Singgang Ikan @ Ikan Masak Pindang?

Share
Alhamdulillah..selesai sudah kita berpuasa untuk hari yang ke-6. Tapi hari ni aku nak post entry masakan aku pada hari ke-5 berpuasa. Masakan yang simple atau dalam bahasa melayunya ringkas, mudah dan cukup menyelerakan. Sesekali ubah angin pada masakan yang light macam ni pun okay jugak kan... Penyediaannya pun mudah saja. Kalau kat kampung aku, belah pahang ni, kita panggil ikan singgang..begitu juga bagi negeri Kelantan dan Terengganu. Lain pulak bagi orang sebelah Melaka dan Johor. Biasanya masakan macam ni diorang panggil masak pindang. Tak kisahlah apa nama pun, yang penting resepi dan penyediannya mudah je. Jom semak resepi...

Ikan singgang:

Bahan-bahan:
2 ekor ikan (kat oz aku guna ikan silver bream/adik beradik ikan selar)
-blh juga guna ikan kembung, tenggiri dsb
1 inci halia
i inci kunyit hidup
1/2 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
beberapa tangkai cili padi
2 keping asam gelugur
1 batang serai-dititik
beberapa biji buah tomato kecil (cherry tomato)
garam
air secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
Tumbuk halia, kunyit, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan tumbuh hingga naik bau. masukkan air secukupnya, asam keping, cili padi, serai, tomato dan garam. Bila mendidih, masukkan ikan. Biarkan mendidih sehingga ikan masak. Sedia untuk dihidang...

p/s: boleh juga masukkan bendi atau pun terung ke dalamnya.


Senang kan.... Sesiapa saja boleh mencubanya...
Wassalam dan selamat malam...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog