Tuesday 13 September 2011

Autumn @ Daylesford

Assalamualaikum....
Lagi, sekitar autumn 2011 baru-baru ni. Kali ni kami pergi ke Daylesford untuk abadikan gambar-gambar berlatarbelkangkan dedaun yang berwarna -warni ini. Aku pergi bersama rombongan cik kiah iaitu awin/azmi dan azhar/syidah pada 1 Mei 2011. Daylesford terletak 124km dari rumah kami di Mindoro Crescent, Lalor yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit untuk ke sana. Memang berbaloi dapat bergambar di situ. Kat bawah ni adalah antara gambar-gambar yang sempat di ambil... Biasanya, bila tiba time autumn ni, ada satu lagi tempat yang memang sering diperkatakan oleh orang-orang Melbourne ni. Nama tempat yang terkenal tu ialah Bright yg terletak lbh kurang 4-5 jam perjalanan menaiki kereta. Kami telah pun pergi ke situ pada tahun lepas (Mei 2010). Serius..memang teramat-amat cantik tempat tu. Aku dah pun masukkan entry nya pada tahun lepas. Boleh klik kat sini
dan sini .

Setibanya kami di Daylesford, kami terus singgah kat information centre dulu untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang lawatan kami ke daylesford ni.
~@pekan Daylesford, singgah information centre~
~@sunday market, Daylesford~
~sunday market ni terletak di stesyen keretapi, menjual baju, produk tempatan dan juga barang2 antik~
~sunday market lg~

~siap ada syor kt blkg, ala-ala pasar tani gitu~
~kat tepi landasan keretapi @sunday market~

Setelah selesai pusing-pusing kat sunday market, kami terus ke Hepburn Regional Park. Ianya adalah tempat rekreasi yang mempunyai dedaun pokok yang cantik bila tiba musim luruh. Terdapat juga air mineral semulajadi di sini yang menjadi tarikan pelancong. Kami makan tengahari dan solat di situ.

~tmpt parking Hepburn Reginol Park~
~daun-daun yang pelbagai warna~
~ala-ala model musim luruh gitu~

Seterusnya, kami bergerak pula ke tasik yang diberi nama Lavendula Lake. Memang cantik tasik ni. Suka lah aku dok klik sana, klik sini...hehehe.

~loving couple~
~pemandangan tasik~
~posing time!!~

Akhir sekali, sebelum balik, kami sempat jugak singgah di Bacchus Marsh untuk memetik strawberry. Bayangkan, sebaik sahaja kami tiba di pintu masuk ladang starawberry,kami hanya diberi masa 15 minit saja untuk petik strawberry. Mak aiii...macam lipas kudung kami, berlari untuk ke batas strawberry tu...hehehe..Pulak tu, masa tu la hujan gerimis turun. Basah pun basah lah kan..sanggup je...heheh..

~snap lbh kurang je, sbb hujan~
~strawberries~
Maka, berakhirlah satu hari lawatan kami pada hari itu...Sekian sahaja, terima kasih diucapkan kepada yang sudi mengikuti coretan ini... Tunggu aku masukkan lagi gambar2 yang cantik musim luruh ni ye...

No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...