Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Tuesday, 13 September 2011

Autumn @ La Trobe University Pt 1

Share
Assalamualaikum....
Cantik tak gambar kat atas tu? Gambar-gambar ni semua adalah gambar yang sempat aku ambil semasa menghantar suami aku kat La Trobe Uni. Kebetulan masa tu (23/05/2011), aku bawak mak mertua dan bapa mertua aku melawat universiti suami aku. Ye lah kan,....nak tunjuk kat diorag tempat anaknya belajar kan..hehehe. ..(nanti aku masukkan entry lawatan mertua aku ke Melben ni ek)... Masa kitorang sampai tu pulak hujan turun dengan lebatnya beserta dengan angin kencang yang menjadikan mertua aku memang lagilah tak tahan kesejukkan. So diorg duduk je kat opis suami aku. Aku pulak, dok merayau sorang2 kat taman kat belakang Myer dengan bawak kamera. Bila hujan dah berhenti, memang nampak cantik je tempat tu beserta daun-daun berwarna-warni yang baru gugur. Kira macam rezeki aku je dapat snap suasana masa tu. Memang best. Tangan aku tak berhenti dok klik, klik, klik.... Dalam masa 10 minit dapat snap beberapa keping gambar yang sememangnya aku berpuas hati dgn hasilnya. Tapi malangnya, takde sape nak snap kan gambar aku berlatarbelakngkan tempat yg cantik tu..huhuhu... Kat bawah ni adalah gambar-gambar yang sempat aku snap tu... Cantik kan? pokok-pokok tu?.. Daunnya ada macam-macam kaler sebelum semuanya luruh tinggal dahan je nanti. Jom, tak perlu kata apa-apa,,,layan je gambar2 ni untuk halwa mata kita semua. Sekurang-kurangnya, kawan-kawan di Malaysia jga dapat menikmati keindahan Melbourne di musim luruh. Pengalaman yang Allah pinjamkan ini, sekurang-kurangnya dapat dikongsi dengan kawan-kawan semua di luar sana, di bumi Malaysia khasnya..







Aku memang tak puas hati lagi..rasa nak snap byk lagi, kalau blh nak abadikan semua pokok-pokok ni di dalam gambar. Sebab tahun ni autumn terakhir aku di bumi Melbourne. Tak puas je..rase nak snap byk2 lagi...Adoiyaii..tamaknye lah aku ni kan... Jadi,...esoknya, aku ikut lagi suami aku g uni dia, siap bwk tripod pulak...hehehe... Apa lagi, aku snap la muka sendiri pulak kan... dan hasilnya....
~lambung daun kering ni sorang-sorang..heheh~
~tgk daun kering ni pun dh cantik kan?~
~ala-ala daun maple, macam citer Mohabbatien~

~siap ajak suami aku posing sekali, dua kali dan 3 kali...hehehe~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog