Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Wednesday, 7 September 2011

Demam Raya....

Share
Assalamualaikum..... Harap kenkawan semua sihat2 hendaknya. maklumlah ni kan masih tengah mode raya sakan. Hari raya ke-3 aku dah mula nak pengsan. Badan tak sedap...rasa seram sejuk semacam. kira teruk jugak lah demam aku ni. Dengan sakit tekaknya, hidup ketat tersumbat, kepala sakit, badan suam2 kuku..adoiyaiiii..... dugaan sakit macamni dah rasa tak tahan kan. Tu la.. Bersyukurlah dapat nikmat kesihatan yang Allah berikan. Hari ni, lepas makan ubat(panadol) dan telan ubat batuk..aku tido je kejenya. Mata layu semacam je...tapi jari jemari ni masih mampu menekan keyboard...hehhee...Maklumlah,..dah puas tido sepanjang hari.

Hari ni dah genap seminggu kita semua beraya. Macam yang aku dah bagitau, raya di Melbourne ni takde ape sangat, nak nak pulak hari bekerja dan semua anak2 ke sekolah. tengok orang kiri kanan...lagi lah tak nmpk macam raya..Dengar pulak lagu justin bieber, raihanna, dan seangkatan dengannya, lagilah hilang mode raya. Tinggal lah aku dok tercongok sorang-sorang kat rumah ni meneruskan rutin biasa. Cuma hari minggu je akan terasa meriah dengan jemputan open house sana-sini. Aku sendiri dah takde plan nak buat open house. Rasanya cukuplah pada hari pertama raya tu aku bersilat dan memasak segala bagai. Tapi, bagi kenkawan yang nak datang beraya kat rumah aku, masih dialu-alukan. Tapi, cam biasalah, call dulu sebelum datang. At least dapat lah prepare sedikit juadah ringkas..ye kan...Bila dok sorang-sorang dan dengar lagu-lagu raya kat pc ni, mulalah hati rasa sayu je...huhuhu...syedih..syedih... Teringat kampung halaman, teringat beraya zaman kanak-kanak, teringat arwah mak dan ayah(al-fatihah), teringat adik-beradik, teringat sedara mara...teringat segala-galanya... Haishhh!!! Ni yang aku malas nak layan lagu2 raya lama-lama ni. Nostalgia mula la datang silih berganti,... Pulak tu yang syahdu mahdu je yg terlintas kat kepala ni. Takpelah..malas nak pikir panjang-panjang..kang mula rasa sedih je kan..... apapun semoga aku cepat sembuh...
Ya Allah, sembuhkan aku dari segala penyakit yang ada di dalam tubuh badan ku..Amin!!!...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog