Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Friday, 9 September 2011

Salam dari Melbourne

Share

Assalamualaikum.... Awalnya aku bersiaran hari ni kan? heheh..ntahlah..tetiba datang semangat pulak nak menulis kat diari cyber ni. Bukan ape, hari ni aku bersiap awal. Plan nak keluar beli barang. Tup tup hujan lebat pulak..emmm tu yang tertangguh tu.. Daripada aku dok melanguk sambil tengok hujan ni sorang-sorang, baik aku bukak blog ni kan. Kang tak pasal-pasal kuar lagu Sudirman.."hujan yang turun, bagaikan mutiara"..pastu kang air mata turun pulak.. "selebat hujan yang turun, mencurah membasahi bumi..tidak selebat hujan di dalam jiwaku" ....silap haribulan lagi lebat dari hujan kat luar tu.hehehe..Tu yang timbul semangat nak mengarang ni... sambil2 mendengar riuh pagi era kat online, dengar lagu raya, dengar lagu-lagu terkini yg di ke udara di radio Malaysia. Namanya je dok di Australia, tapi rasa cam kat Malaysia je.

Aku sebenarnya ada projek besar hari ni....Eh..boleh ke aku cakap ni projek besar... Tak de apapun.. Cuma bagi aku, kalau sesuatu tu aku nk buat pertama kali, maka aku akan namakan projek besar lah kan. Kena siapkan mental dan fizikal dulu tau. Nak tahu ape dia tak??? Tungguuuuuu!!!!....

Oklah.... hujan kat luar pun dah berhenti... Itulah org cakap cuaca kat Melben ni...dalam sehari boleh dapat 4 musim.. kejap autumn, winter, kejap spring, kejap lagi boleh jadi summer pulak. Tapi sekarang ni secara rasminya dah masuk Spring. Tak lama lagi boleh tengok macam2 bunga beraneka warna yang keluar. Malah rumput-rumput pun mengeluarkan bunga yang cantik jugak tau... kat bawah ni, gambar bunga2 yang sempat aku ambik masa hujung-hujung winter hari tu di mana, dah ada sebahagian pokok2 yang mengeluarkan bunga. Masa tu, memang teruja bila tengok macam2 kaler yg keluar..Now, bila dah banyak sangat, takde lah herannya kan...hehehe...

~ni bunga pokok plum kat blkng rumah aku~
~bunga lili kat rmh aku jugak~
~ros ni jugak dah mula berbunga, kat rmh aku jugak~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog