Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Thursday, 1 September 2011

Yeay!!!! Kami dah raya!!!!!!!!!!

Share

~kami di pagi raya~

~family photo~

Alhamdulillah, hari ini, kami di bumi Melbourne merayakan 1 syawal walaupun lewat sehari dengan orang Malaysia. Kebanyakan negara merayakan 1 Syawal pada hari semalam 30 Ogos 2011. Oleh kerana anak bulan tidak kelihatan di bumi Melbourne, maka Islamic Council of Victoria telah menetapkan tarikh hari raya jatuh pada hari ini , 31 Ogos 2011. Jadi semua umat Islam wajib mematuhi tarikh yg ditetapkan oleh negara yang kita diami... Ianya berlainan dengan prinsip masyarakat Turki yg berpandukan negara mereka bg penetapan tarikh hari raya. Mereka juga merayakan Aidilfitri semalam. Disebabkan itu, kebanyakn masjid2 milik masyarakat Turki telah pun buat sembahyang raya semalam. Namun begitu masih terdapat beberapa masjid milik orang Arab yang membuat sembahyang raya pd hari ini. Solat raya juga dibuat di Malaysia Hall, untuk pelajar-pelajar yg tinggal di situ. Bagi kami, pelajar2 yang berada di sekitar Bundoora. solat raya diadakan di International Hall, La Trobe University yang diuruskan oleh pelajar-pelajar Malaysia LTU. Alhamdulillah selamat disempurnakan. Selepas solat raya, kami engadakan mini gathering dan masing2 membawa sedikit potluck sambil bersalaman sesama rakan. Sebaik sahaja selesai bergathering kat situ, sempat jugak kami menghadiri beberapa buah rumah terbuka di sekita Bundoora ni. terima kasih kepada tuan rumah yang sudi menjemput kami...Semoga ikatan ukhwah antara kita terus terjalin...

posing lbh dari makan
~us~
~kumpulan nasyid HAIRAN~!
~Nasyid Al-Mizan~
~rumah terbuka yusri &frens~
~buat mcm rmh sendiri ye~~Keluarga besar BOB~
~horey!!! kami dah raya!!!~

~jalan raya ni kami punya!!~
meriahnya raya!!!
~rumah rizal/nazura~

~rmh terbuka nafisah/mohid, ara/azhari, sieha/hashimi~



~rmh terbuka rami/syafiq~
Rumah terbuka rumah aku diadakan pada sebelah malamnya. Aku menyediakan rendang kambing, rendang ayam, ketupat, pulut kuning, sambal udang, rendang dendeng, kuah lontong dan kuah kuah kacang untuk tetamu di hari raya ini. Alhamdulillah, ramai tetamu yg hadir memeriahkan majlis. Terima kasih kepada yg sempat datang. Kepada yang tak sempat nak datang, boleh datang pada bila-bila masa saje, dengan syarat bagitau dulu sebelum dtg ye...
~juadah disediakan~



~antara yg sempat datang~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog