Tuesday 29 November 2011

NASI DAGING

Salam satu Malaysia aku ucapkan buat semua kawan-kawan. Maklumlah, dah ada kat bumi Malaysia, kena ucap salam satu mesia la pulak. hehehe... Dah lama betul aku peram entry nasi daging ni. Nak kata sibuk, time ni dah cuti sekolah, tak sibuk nak g keje pun. Ntahlah kan..sibuk yg ntah ape2 je. Selebihnye sibuk dok ngadap depan TV je. Pastu g dapur tengok apa yg patut dan boleh dimakan, pastu g kat luar berkebun.. Kalau ada urursan di pekan, aku kuar kejap...tup2 dah senja, ngadap pulak Tentang Dhia.. Sedar2 dah tgh malam..zzzzz.... Itu je la keje yang aku blh buat utk masa skrg ni. Sedar sedar, baru terperasan yg entry ni tak kuar lagi.

Malu sebenarnya nk masukkan entry ni. Entry masakan org yang tak berapa rajin, senang dan ringkas je. Tapi yang ringkas ni lah yg kita nak, ye tak. Tak perlu nak bersusah payah sgt. Dan, aku pasti..semua orang blh buat termasuk bagi wanita berkerjaya dan suami mithali yg sesekali nak tunjuk skill kat dapur. . Kekadang tu boring jugak asyik beli lauk kat kedai je kan. Nak nak pulak cuti sekolah ni.. Anak-anak dok cari je benda kat dapur yg boleh di ngap. Apa salahnya kita buat nasi daging ni kan... Senang, simple, tak kotorkan dapur n anak2 pasti menyukainya. Jom..jom..kita tgk resepi mudah ni.

Nasi Daging
1/2 kg daging (atau tulang)
2 inci halia*
7 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
sedikit rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih)
garam secukupnya
2 cawan beras basmathi
timun dan tomato secukupnya.

Cara-cara: Kisar bahan bertanda * dan masukkan ke dalam periuk yang berisi daging. Masukkan juga rempah tumis dan garam. Rebus daging sehingga empuk. Kemudian, masukkan beras ke dalam periuk nasi. Masukkan 4 cawan air rebusan daging beserta dgn separuh dari daging tadi. Masak nasi seperti memasak nasi biasa. Simpan lebihan daging dan sup daging tadi untuk dimakan bersama nasi.

Sos:
5 tangkai cili besar warna merah
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 sudu cuka
sedikit air
garam
gula

Cara-cara: Kisar semua bahan di atas dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Hidang bersama dengan nasi daging, dan sup tadi.



Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433


Salam Maal Hijrah 1433 dari aku untuk semua yang mengenali diri ini. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan diberi Nur untuk kita lalui hari-hari yang mendatang. Ya Allah, ya Tuhankan, permudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami, jauhkan kami dari segala kemungkaran, selamatkan kami walau di mana saja kami berada dan berkatilah hidup kami,.. Amiinnnn...

Telur Tebu

Salam untuk semua...
Korang pernah tak tengok objek kat atas tu. Ianya merupakan sejenis sayuran,yang aku kira hanya terkenal di negeri Pahang je..(sori kalau tersalah info).. Sebabnya, rata-rata, kalau aku tanye pada kenkawan, diorang tak kenal pun dan pastinya tak pernah makan sayur macam gambar kat atas tu. Nama sayur tu ialah telur tebu. Sebenarnya, aku tak pasti, ianya dipanggil "tebu telur" ataupun "telur tebu". Ye la kan, macam orang panggil "pisang goreng" dan "goreng pisang". Yang penting mesej tu sampai.

Aku jumpa telur tebu ni semasa berjalan-jalan di pasar tani di Kuantan semasa aku ke rumah kakak aku bulan lepas. Yang menariknya, penanaman telur tebu ni telahpun di komersial kan.. Jadinya, tak susahlah untuk aku dan penggemar-penggemar telur tebu untuk mendapatkan bekalan. Yang pasti, ianya akan menjadi sayur yang akan aku beli, kalau blk ke Pahang di lain masa. Sebenarnya, telur tebu ni kira spesis adik-beradik tebu jugak. Cuma tebu yang biasa, kita ambil batangnya untuk mendapatkan airnya sebagai minuman, manakala tebu yang ini diambil telurnya untuk dimasak sayur. Telur tebu ni biasanya dimasak lemak putih yang boleh dicampur dengan pucuk labu.. rasanya..pehhhh...... memang sedap dan lain dari sayur yang lain...Oppsss...sorry, terlupa nak ambil gambar telur tebu yang sudah dimasak. Bukan apa, aku betul-betul teruja sebab dah hampir 20 tahun tak makan sayur ni. Lebih2 teruja lagi ialah kakak ipar aku yang berasal dari Johor dan semestinya suami aku yg berasal dari Melaka. Ianyanya menjadi kegemaran anak-anak aku jugak. Insyallah, pada musim akan datang, aku akan ambil gambar sayur yang sudah dimasak...

Friday 25 November 2011

PIsang Goreng Rangup!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Buat kenkawan di Malaysia ni..dah makan malam ke belum? Aku dah pun selesai makan malam, dan sambil sambil tu nak masukkan entry menu minum petang tadi. Nak nak pulak hujan turun pada sebelah petang tadi. Mulut, perut..memang tak senang duduk la kan.. Datang kan cepat je rase nak mengunyah. Bila sebut je pisang tanduk..makkk aiii!!! lagi la kuat semangat nak masuk dapur semula. Sejak aku balik dari Melbourne ni, hampir tiap2 minggu makan pisang tanduk goreng ni. Mula-mula tu memang la beli je kat gerai tepi jalan dan tepi simpang... Tapikan...sekarang ni dah susah pulak nak cari orang yg jual pisang goreng yg menggunakan tepung original macam dolu-dolu... Sekarang ni, rata-rata peniaga menggunakan tepung segera (yg ala-ala tepung goreng pisang adabi)... yang menyerap banyak sangat minyak. Sejak balik ni, dah dekat 10 kali kot, dok buat pisang tanduk goreng ni... Tak jemu-jemu pulak tu. Jom kita tengok cara nak buat bancuhan tepung untuk menggoreng pisang ni ye. Sebelum sebelum ni. aku buat lebihkan tepung beras dan kurangkan tpg gandum berserta sedikit air kapur.. Rangup dan sedap pulak tu..Tapi, kali ni aku ikut resepi yang kawan aku bagi. Lagi sedap tau....Jom..jom...jom...

Pisang Goreng Rangup
Bahan-bahan:
2 biji pisang tanduk (potong serong, agak2 setebal 1 cm)
2 senduk tepung gandum
1 senduk tepung beras
1 sudu mentega
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit serbuk
Air secukupnya (terlupa nak sukat air)-kira agak-agak la ye.
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara: Campurkan semua bahan ke dalam bekas (kecuali pisang). Kacau sebati. Panaskan minyak dan goreng pisang seperti biasa. Bila sudah bertukar warna kekuningan, bolehlah diangkat untuk dihidang.


Oklah..nanti sesape yang sudi blh mencubanya ye.. Pasti tidak menghampakan... Bye... dah ngantuk ni....Uwaaaaaahhhhh!!!! Good Night!!!!





Asam Pedas Ikan Pari

Salam hari Jumaat buat semua. Ahhhhh..bila la nak setle kemas kotak-kotak dari Melben ni. Stress pun ada ni. Tak tau mana nak letak dah pun barang-barang ni..kejap bukak kotak, kejap tutup..bukak tutup, bukak tutup..tu je lah keje aku ni kan... Bak kata orang, pelan pelan kayuh. Dalam pada tu, kena jugak prepare untuk menu makan tengah hari kan. Jadinya hari ni aku buat ikan pari masak asam podeh.... Kebetulan pulak, segala kelengkapan untuk buat asam pedas ni, tersedia je kat dalam peti ais tu.. So, takyah nak kuar pegi pasar la kan. Kalau dah cukup perkakasnye, baru lah datang semangat nak memasak ni. Jom, kita semak resepi asam podeh ni.
Asam Pedas Ikan Pari
Bahan-bahan:
1/2 kg ikan pari (dipotong kecil dan dibersihkan)
7 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 batang serai*
1/2 inci kunyit hidup*
1 mangkuk cili kering*
**** bahan bertanda dikisar halus
1 biji bawang besar-dimayang
1 mangkuk air asam jawa
5 helai daun limau purut
1 batang terung panjang(dibelah dan dipotong)
1 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar yg telah dihiris tadi. Bila dah garing masukkan bahan kisar.
2- Bila cili dah garing, masukkan ikan, ais asam jawa dan daun limau purut.
3- Masukkan air asam jawa. Jika perlu, tambahkan sedikit air. Biar mendidih.
4- Kemudian, masukkan garam, gula, bunga kantan dan terung.
5- Biarkan mendidih ataupun sehingga terung lembut. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


Sunday 20 November 2011

Kerabu Kacang Botol

Assalamualaikum.... Selamat pagi ahad diucapkan buat semua. Ni dah kira masuk hari ahad dah ni..Jam menunjukkan pukul 12.45 pagi. Aku nak masukkan entry ni, sebelum beradu. Hari ni, (sebelah siangnya la kan) nak pegi 2 majlis Walimatul urus kat Putrajaya... Salah satunya adalah majlis perkhawinan bekas pelajar LTU, Melbourne, Australia. Inilah peluang nak jumpa kenkawan yang pernah sama-sama berada di bumi Melbourne dulu. Aku pulak akan berada di Kuala Lumpur selama seminggu. Maybe, kurang bersiaran di laman maya ni. So, sesape yang berada di sekitar sana, blh la calling2. Sesapa yang nak contact number, blh inbox k...Ok, berkaitan dgn kerabu kacang botol tu, aku dah buat ni dah lebih sebulan lepas dah kot, dah terlupa dah..hehehe..punya lah lamanye aku perap gambar ni. Aku buat kerabu ni masa ada pertandingan memasak menu sihat kat sekolah, anjuran unit kesihatan Alor Gajah. Saje je nak share resepi ala-ala untuk kesihatan gitu..Amalkan makan ulam-ulaman...hahahha..ye ke ni?.. Bagi sesape yang nak amalkan memakan ulam-ulaman ni, jom kita tgk cara buat kerabu yang senang, ringkas dan sedap.

KERABU KACANG BOTOL
Bahan-bahan:
10 batang Kacang botol(diracik halus)
1 kuntum bunga kantan (diracik)
5-6 tangkai cili padi(diracik)
1 batang serai (dimayang)
1 biji bawang besar(dimayang)
1 biji limau nipis(diambil airnya)
sedikit gula dan garam

Cara-caranya: Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan digaul rata,. Rasakan dengan gula dan garam. Sedia untuk dihidang...
Kat bawah ni, aku masukkan sedikit info berkaitan dengan kacang botol ni...

INFO SIHAT

KACANG BOTOL ( Psophocarpus tetragonolobus )

Psophocarpus tetragonolobus ialah nama botani bagi kacang botol. Nama sinonim yang lain bagi kacang botol ialah Dolichos tetragonolobus dan Botor tetrogonolobus. Walaupun nama botani ada nama genus, nama kedua atau nama spesies adalah sama, iaitu tetragonolobus dan ini merujuk buah yang mempunyai empat cuping.

Kacang botol biasanya tumbuh secara segar walaupun tidak dibaja dan hidup di tanah yang kurang subur. Ini kerana akar kacang botol menghasilkan banyak bintil yang mengandungi bakteria pengikat nitrogen. Hubungan simbiotik antara akar kacang botol dengan bakteria dapat hidup dalam bintil-bintil yang boleh mencapai sebesar 1.5 cm ukuran garis pusat. Hasil pengikatan nitrogen atmosfera terhadap bentuk sebatian nitrogen menjadi baja bagi kacang botol.

Khasiat dan nilai perubatan dalam kacang botol

Kacang botol adalah sejenis sayuran yang mengandungi banyak protein. Disamping itu kacang botol muda mengandungi banyak kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya mempunyai nilai pemakanan yang baik dengan kandungan 5-7 % protein, banyak mengandungi vitamin A, vitamin C dan garam galian.

Biji kacang botol yang masak mempunyai nilai pemakanan yang paling menarik. Manakala buah kacang botol yang muda pula mengandungi 1-3 % protein. Nilai kandungan protein yang terdapat pada kacang botol lebih tinggi jika dibandingkan dengan sayur-sayuran tropika yang lain yang daripada jenis kekacang. Selain itu, kandungan asid amino dalam kacang botol juga mempunyai persamaan dengan kacang soya.

Kandungan asid oleik dan linoleik berjumlah 67 % daripada jumlah penuh komponen asid lemak. Asid tepu pula berjumlah 29 %. Nisbah asid lemak tepu atau tidak tepu ialah 1:3. Kandungan tokofenol, garam galian fosforus, zink, dan kalsium adalah tinggi. Manakala ubi kacang botol yang segar mengandungi 8-10 % protein, tetapi kandungan asid aminonya adalah rendah. Kacang botol pula mengandungi 30 % kandungan karbohidrat.

Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit tersebut. Di samping itu, akar kacang botol yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo. Manakala air bancuhan daun kacang botol digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.

Sumber: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/azmah.htm




Saturday 19 November 2011

Kerabu Mangga

Assalamualaikum....Ini pula adalah kerabu mangga yang di jodohkan dengan ikan pari bakar berlada aku untuk menu tengahari tadi. Masih terbayang-bayang akan keenakkannya. Teringat lagi, kalau di Melben, biasanya aku akan buat kerabu ni menggunakan epal hijau. sedpa jugak tau...Maklumlah, buah mangga muda memang mahal di sana. Kebetulan pulak, epal hijau memang senang nak diperolehi di sana dangan harga yang murah pulak. Biasanya boleh dapat dgn harga $1 untuk 1 kg epal. Terbalik pulak di sini di mana buah epal pulak menjadi mahal..hehhee.. Buah mangga pulak boleh dapat dengan percuma je. Jom, semak resepinya mudah ni.

KERABU MANGGA
Bahan-bahan:
1 biji mangga muda (diracik)
1 kuntum bunga kantan
1 helai daun limau purut
1 batang serai
beberapa tangkai cili padi
1 biji bawang besar
2 sudu udang kering(ditumbuk)
3 sudu gula
1 camca garam

Cara-cara: Bunga kantan, daun limau purut, serai, bawang besar dan cili padi dimayang halus. Satukan di dalam bekas bersama dengan mangga yang telah diracik tadi. Masukkan gula dan garam. Gaul sebati. Sedia untuk dihidang...

Ikan Pari Bakar Berlada

Assalamualaikum..... Tup tap tup tap...dah sebulan lebih aku berada di bumi Malaysia.. Masih merindui suasana di bumi Melbourne...hehhee... Okaylah..kita berbalik pada menu aku tghari ni.. Kalau kat Melaka ni memang terkenal dgn ikan bakarnya. Banyak kedai2 yang menyediakan menu ikan bakar ni seperti di Ikan Bakar Duyong, Umbai, Alai dan tak kurang juga yang terdapat di Kuala Sungai Baru. Aku beliikan ni di tempat betul-betul nelayan naikkan ikan. Kebetulan ada ikan paru yang fresh.. Memang best bila buat bakar camni kan.. Ala-ala ikan bakar kat restoran gitu...heheheeeee....(mode perasan ni). Jom kita tgk resepi ikan bakar berlada versi aku. Seronoknya bila buat masak-masak kat mesia ni ialah, segala peralatan dapat diperolehi dgn mudah. Tak payah susah-susah. Daun pisang, daun limau, cili padi, serai..semuanya blh dapat kat sekeliling rumah je. Eh..byk pulak celotehnya.

IKAN PARI BAKAR BERLADA
Bahan-bahan:
1/2 kg ikan pari
cili kisar secukupnya (dikisar bersama bawang besar dan bawang putih)
sedikit garam
daun pisang secukupnya
foil aluminium

Bahan pencicah:
5-6 tangkai cili padi*
2 ulas bawang putih*
2-3 biji limau kasturi (ambil airnya)*
1/2 cawan kicap manis*
sedikit gula dan garam*
***blend semua bahan bertanda ****
bawang besar dimayang.

Cara-cara: Sediakan foil aluminium. Letakkan daun pisang di atasnya. Letakkan 2 sdu besar cili kisar di atas daun pisang. Kemudian letak ikan dan letak lagi cili di atas ikan pula. Bungkus kemas, letakkan di atas alat pemanggang dan bakar di atas dapur dgn api yang sederhana. Balik-balikkan ikan supaya masak serata. Bila dah masak, sedia untuk dimakan dan dicicah bersama dgn kuah kicap. Senang je..
Selamat mencuba.

Friday 11 November 2011

~LAKSAM~


Assalamualaikum.... Aku buat laksam ni setahun yang lepas, cuma hari ni baru je nak buat ulangtayang bagi mengimbas kembali apa yang aku masak semasa berada di bumi Melbourne dulu. Laksam ni aku buat, kalau tak salah semasa hari raya haji tahun 2010. Lamanya kan? Kiranya entry yang termasuk dlam senarai "Wajib Tayang" la ye..hehehe. Nak resepi tak? Sila KLIK kat sini....



Wednesday 2 November 2011

Kuih Dangai



Salam buat semua...
Lama betul tak bersiaran di lama blog ni. Macam sibuk je hari2 sampaikan tak sempat nak jenguk blog ni. Bila aku nak mula bukak blog, ada je halangan... Semenjak dua menjak ni, bila petang je, hujan lebat membasahi bumi Malaysia. Baru terasa sejuk sikit tanah tumpah darah aku ni. Sesekali teringat jugak kenangan manis di bumi Melben. Bila la aku dapat berkunjung ke sana lagi.. Kalau dah hujan2 ni kan, perut ni mula la dok berbunyi je... Macam2 terlintas nak makan untuk minum petang. Salah satu kuih yang jadi feberet aku ialah kuih dangai ni. Kuih ni semakin lama semakin pupus. Anak-anak zaman sekarang pun taktau nama kuih ni. Takpelah..jom kita tgk resepi nak buat kuih dangai.

Kuih Dangai:

Bahan-bahan:
100 gram tepung pulut
1 biji kelapa (ambil bahagian putih sahaja)
sedikit garam

Cara-cara: Gaul kelapa bersama tepung dan sedikit garam. masukkan ke dalam acuan dantabur gula di atasnya. Bakar hingga masak. Senang je kan..selamat mencuba.

Cantik tak kuih dangai aku tu? Errrr...sebenarnya kuih dangai ni aku beli kat kedai sempang....hehehe... Belum dapat buat lagi sebab takde acuannye... insyallah, aku diusahakan untuk membuatnya satu hari nanti... Pada yang teringin nak buat, aku ucapkan selamat mencuba....!






KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...