Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Saturday, 7 January 2012

Hari Pertama Sekolah........2012!!!!

Share
~New Uniform~
~Say good bye to old uniform~

Assalamualaikum.... Emmmm berakhir sudah sesi persekolahan minggu pertama untuk tahun 2012 ni. Camane sibuknya budak2 pergi sekolah, macam tu jugak la dgn aku. Maklumlah, dah lama betul berehat kan.. Semuanya nak kena setting baru. Sebenarnya, ada 2,3 entry yang tunggu giliran untuk di publishkan. Hari2 rasa macam sibuk dan takde masa je. Bercerita berkaitan dengan Tahun baru ni, anak-anak aku dengan rasminya menjadi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alauddin, Masjid Tanah, Melaka. Mereka memulakan langkah baru ke sekolah baru setelah hampir 3 tahun meninggalkan dunia persekolahan di Malaysia. Pastinya banyak perkara baru yang perlu mereka pelajari dan cuba untuk sesuaikan diri. Uniform baru, buku baru, subjek baru, sekolah baru, persekitaran baru, kawan-kawan baru, guru-guru baru dan segalanya baru. Semoga anak-anak dapat menerima segala perubahan ini dengan sikap yang positif. Alhamdulillah...setelah 3 hari bersekolah, nampaknya anak2 aku cuba untuk membiasakan diri mereka dengan persekitaran yang serba baru ini. Ini memang betul-betul dikatakan cultural shock... hehehe..Ye la kan...dah sah-sah, subjek Bahasa Malaysia tak dipelajari di Melbourne. Tetiba anak bujang aku tanya... antagonis tu ape?, metafora??, sinopsis???....adoiyaiiii..banyaknye aku nk jawab....(aku pun sebenarnya taktau...hehehe). Hari pertama sekolah, aamira dah bagi laporan.."Kakak buat ejaan BM tadi betul 5 je daripada 25 soalan..." Mak Aiiiii!!! Lagi seram aku dengar.. susah sangat ke nak belajar subjek BM ni? Takpelah kan..baru hari pertama, memang la camtu. Lagipun dah lama tinggalkan ejaan berkaiatan dengan bahasa melayu ni.. Lama-lama sok, ok lah...insyaallah... Kalau dulu semasa di Melbourne, aku sering tekankan kepada anak-anak aku supaya banyak membaca buku Bahasa Inggeris.. nampaknya kali ni, kena suruh diorang ni banyakkan membaca buku Bahasa Melayu la pulak...heheeh...Pastinya, tugas dan tanggung jawab aku juga bertambah besar untuk memastikan anak-anak dapat mengikuti pembelajaran di sini dengan jayanya. Ya Allah, Ya Tuhanku...permudahkanlah bagi anak-anak aku untuk menimba ilmu ini...aminnn.... Semoga mereka cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat....

~dah 3 tahun tak ikat tie~
~mesti anak2 aku rindukan uniform di melben~
~1st day, mmg nmpk semangat je...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog