Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Saturday, 8 December 2012

CUTI-CUTI SARAWAK DAY 4

Share
26 NOVEMBER 2012

Misi cuti2 kami diteruskan lagi pada hari ini.... Kami menghabiskan masa untuk kali terakhir bg percutian kali ni utk pusing2 di Waterfront.. saja je penuhi masa sebelum kami pulang semula ke semenanjung pada jam 4.00 ptg nanti dengan menaiki pesawat MAS. ..Aikk..dah nak balik pun..masih blh g jalan2 lagi.. ehhh itu harussss lah.. Penat utk 4 hari ni je.. Bila lg berkesempatan untuk ke sini...Masa yang ada digunakan sepenuhnya.... Posing lagi kat tepi sungai. Ntahlah..aku ni memang suka benau snap gambar2 scenery lebih2 lagi bila melihat akan keindahan sungai dan tempat pejalan kaki yang menarik.. Bayangkan lah..selama 4 hari ni aku dah snap sebanyak 1000 keping gambar yang file nya sgt besar. Jenuh juga lah nk loading kan ke dalam folder di desktop... Itulah masalhnya..nak snap memang sedap je..bila nak transfer ke folder baru, ada liat sikit......asyik bertangguh je...
 ~Snap lagi..aku suka gambar pemandangan ni...
 ~Sempat bergambar di pintu gerbang china st.~


~snap scenery ni yg ntah ke berapa kalinya...aku sukeee~



 ~Inilah dia HOTEL MERDEKA PALACE yang menaja penginapan kami selama 4 hari 3 mlm ni!~
 ~tanah Kuching yang bakal kami tinggalkan..huhuhu~

Sebelum jam 12 tgh kami kembali ke bilik untuk acara kemas beg. Tepat jam 2 ptg, kami dijemput oleh Kamiliwati..kenalan kami di Melbourne untuk menghantar kami ke airport. Beliau datang bersama ibu dan ayahnya. Sempat jugak bawak kami lunch di Restoran Rumah Hijau... Menu istimewanya ialah..Nasi Ayam Penyet..... Tq kamilia....Next time kami dtg, belanja lagi ye...

Jam 3.30 petang, kami tiba di Kuching Airport..terus check in, dan berada di ruang menunggu. Sempat snap 2,3 keping gambar lgi.....heeeee.....

~selama 4 hari ni, masing2 sibuk dgn agenda masing2..baru dpt bergambar berdua semula huhuhu~

Sekian, berakhir sudah catatan percutian aku di Sarawak yg berlangsung selama 4 hari 3 malam ni. Percutian yang sangat seronok dan sangat berbaloi kerana setiap inci waktu diisi dengan sepenuhnya. Sehingga tiada ruang untuk bersantai langsung.... Pastinya, percutian yang bermakna ini akan di kenang sampai bila-bila... percutian di mana, buat pertama kalinya kami  menjejakkan kaki di bumi Sarawak....(suami aku dan para suami yg lain... ntah ke brp kali dah jejak kaki di bumi Sarawak ni..so diorg x termasuk dlm senarai..okay...heheeh).

Alhamdulillah...kami selamat mendarat di KLIA pada jam 5.45 ptg. Walaupun penat tetapi amat berpuas hati dgn percutian ini...Sempat singgah di rumah kawan merangkap sedara untuk dinner di Nilai. Kemudian terus kembali ke tanah air ku negeri Melaka. Namun kami tidak terus balik ke rumah pada malam tu. Kami ke Bukit Bruang kerana ibu mertua aku tak berapa sihat. demam dan batuk. Pada keesokkannya, kami bertolak ke rumah, Syurga kami di Masjid Tanah... Aktiviti mendobi dimulakan. 3 jam mesen basuh aku bekerja (ye lah kan 3 set basuhan).. Sementara menunggu basuhan baju yg ketiga..bergegas pulak packing barang untuk ke kuantan kerana suami aku terlibat dgn meeting di sana pula.. Tiba di Kuantan lbh krg jam 6.40 ptg... sepanjang perjalanan ke sana, aku lebih banyak ZZZZZZZZZ................ kes bayar hutang..Qada tidur,...hehhee.....

Insyaallah... pada hari ahad ni, kami akan bertolak ke Utara pulak untuk misi cuti-cuti malaysia...Haaaaaa memang cuti sakan ni......Selepas ni..kalau aku ada kerajinan seperti ini lagi..aku akan buat catatan cuti2 malaysia di Kedah dan Langkawi pulak...

Mission accomplished!!!!!  Tata titi tuu!!!!!!! Hingga bertemu lagi....
 Wassalam...

1 comments:

Anonymous said...

Amazing! This blog looks exactly like my old one!
It's on a completely different subject but it has pretty much the same page
layout and design. Excellent choice of colors!

My blog post :: Please visit my site
my website :: view my web page

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog