Monday 6 July 2015

Ramadhan 19: Nasi goreng kerabu & sirap nanas

Assalamualaikum....

Hari ni kita berbuka simple je.. Nasi goreng kerabu dan sirap nanas.

Untuk resepi nasi goreng kerabu, sila klik pd link DI SINI . Asyik ulang tayang resepi je kan...
 Di sini aku cuma nak masukkan entry air sirap nanas je ye.

Sirap Nanas

Bahan-bahan:

1 biji nanas masak- kupas kulit dan dipotong dadu.
gula secukupnya
3 tangkai bunga cengkih
air secukupnya
sirap ros

Cara-cara:
Campur semua bahan di atas dan masak di atas api sehingga mendidih/sehingga masak. Sirap blh dimasukkan terus atau dicampurkan kemudian. Simpan di dalam peti ais untuk memastikan ketahanan air nanas tersebut. Blh diminum ketika sejuk ataupun suam.





Sunday 5 July 2015

Ramadhan 18: Nasi Tomato

 Assalamualaikum.... Hari ini  hari ahad... Aku buat nasi tomato untuk dihantar kepada anak bujang yang kat asrama SBPI Selandar. Maklumlah..budak asrama kan.. dekat boleh la omak eh layan, kalau jauh..tak kuaso la den.. ekau makan la lauk acik kantin/dewan makan yg masak. Hari ni masak ada lebih sikit..so blh la anak bujang aku share dgn kawan2 sebilik.. Ye la... yg lain pun jauh dari mak bapak... Rezeki yg ada dikongsi bersama. Lepas masak, asingkan 3 senduk nasi dan 3 ketul ayam masak merah utk aku, suami dan untuk aamira. Selebihnya masuk dalam bekas utk dihantar ke sana.

Nasi Tomato;
Bahan-bahan:

4 cawan beras basmathi (kali ni guna MOGHUL Faiza)
6 1/2 cawan air
** Basuh beras dan masukkan dalam periuk. Masukkan air.

Bahan tumis:
Rempah tumis 4 beradik,
6-7 ulas bawang putih-diblend
1 biji bawang besar-diblend
1 1/2 inci halia-diblend
2-3 sudu tomato puree
1 biji bawang besar dimayang
garam
1kiub ayam
1 sudu minyak sapi
sedikit minyak untuk menumis
sehelai daun pandan disimpul

Cara-cara: Panaskan minyak dan minyak sapi. masukkan rempah kayu manis dan kawan-kawannya, masukkan bawang yg dimayang.. Goreng seketika dan masukkan pula bahan blend. bila dah naik bau atau agak2 dah garing masukkan tomato pure dan kiub ayam. masukkan sedikit garam dan daun pandan yg disimpul.
Kemudian tuangkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. On kan rice cooker.

Ayam masak merah:
1 ekor ayam (di potong kecil2)- gaul garam dan kunyit kemudian digoreng 3 suku masak.
10 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1-2 inci halia* (agak2 la ye)
3 senduk cili mesen
2 biji bawang besar dimayang
rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
setangkai daun kari
2 batang serai
1 cawan sos cili
2-3 sudu sos tomato
1 sudu kicap pekat manis
minyak utk menumis

Cara-cara:

Panaskan minyak. Tumis rempah tumis dan daun kari hingga naik bau. Masukkan bahan blend dan cili mesen. masak hingga cili cukup masak/garing.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan serai. Masukkan juga sedikit air. Rasakan dengan garam dan gula. Biasanya sos cili dan ada rasa manis2nya. Kalau ayam masak merah terlalu manis pun tak sedap. Pada hakak la.... muak nanti sbb rasa gula sgt. Lagipun hakak dah PR melaka so podeh2 je ye... Bila rasa dah sesuai dgn tekak kita, masukkan ayam yg digoreng tadi dan juga bawang hiris. Kaup balikkan biar ayam sebati dgn sosnya. Kalau suka, blh taburkan dengan daun sup dan daun bawang. Tutup api dan sedia dihidang.

Acar/pencuk:
timun, nenas, cili merah, Bawang besar, gula dan garam
(jumlahnya ikut la kesesuaian)
 Potong timun dan nenas. Suka hati la nk potong bentuk macam mana, janji potong kecik2 ye. Campurkan bawang besar yg dimayang( takkan la nk letak bawang tu sebiji bulat tu kan), cili merah, gula dan garam. Agak2 sesedap rasa.... Gaul-gaulkan biar sebati..Siappp!!! Sonang yo nak oi!!!!

Last sekali jangan lupa jenguk nasi kat dalam piuk tu.. Kalau lupa nak onn suis nya.. ada pulak yg berbuka dgn ayam je... heheheh....



Saturday 4 July 2015

Ramadhan 17: Onde-onde @ kuih buah melaka

Assalamualaikum
sekejap je kita dah masuk ramadhan ke 17 hari ni. Ermmmmm......

Hari ni aku buat onde-onde a.k.a kuih buah melaka untuk di bawa ke rumah mertua. Ala-ala portluck gitu. Time rajin..time tak rajin bawak tangan je la.. So far, bulan ramadahan, belum pernah bwk tangan kosong.. hahhaha...puji diri sendiri ke apa ni??


ok, jom kita tengok resepi mudah ni. Pejam mata pun blh ingat bahan-bahannya kan.. hari ni hakak buat onde-onde dua versi iaitu versi hitam dan versi hijau di mana versi hitam tu kita guna tepung pulut hitam manakala versi hijau kita guna extract daun pandan. sebab tu la hakak panggil onde-onde dua benua hehehe...jom..jom.....kita buat onde2 jom.

Onde-onde
versi hitam
Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut hitam
1 cawan tepung pulut biasa
secubit garam
sedikit air
*** campur semua bahan kecuali air. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang cantik.

versi hijau:
2 cawan tepung pulut biasa (kaler putih)
secubit garam
beberapa helai daun pandan diblend dengan sedikit air.
** gaul tepung dgn garam. Tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

Sebelum tu, kita kena sediakan dulu gula utk diletakkan ke dalam tepung. Aku lebih suka menggunakan gula kabung yg diimport khas dari negeri Pahang. Nak guna gula melaka pun sedap jugak. Potong gula tu menjadi kiub kecil2. Agak2 la besar jari kelingking ke kan...

Sediakan juga kelapa yg telah diparut. Jangan parut sampai kulit ari-ari ye(kulit hitam).. Nak yang putih je. Gaulkan dengan sedikit garam dan letakkan ke dalam mangkuk lebar.

Sediakan air rebusan di dalam periuk. Biarkan air mendidih. Ambil sedikit tepung, letakkan gula dan bulat2 kan. Masukkan ke dalam air rebusan dan apabila kuih masak, ianya akan timbul. Angkat menggunakan penapis teh yang besi. Jangan guna penapis plastik ye, cair pulak benda tu kang. KKuih diangkat dan diletakkan terus ke dalam mangkuk yang berisi kelapa. Lenggang-lenggangkan mangkuk tu (golek-golekkan mangkuk..betul ke tak ayat ni)... sehingga kelapa menyaluti kuih tersebut. Angkat dan susun la cantik-cantik dalam bekas. Presentation pun salah satu elemen supaya kuih nampak sedap dan menyelerakan. Tak gitu? tak letak cantik pun takpe.. pokok dek kau la.....kato org nogori. Buat la bulat-bulat sampai la topong ekau abih yo....

TARAAAA.......!!!!





Thursday 2 July 2015

Ramadhan 15: Sagoo Delight

Assalamualaikum... Salam 15 Ramadhan buat semua. Jom kita layan resepi sagoo delight ataupun dalam bahasa kampungnya kuih sagu gula melaka. Hehehe saje je sebut omputeh sikit..nmpk glam-glam sikit u ols...
Nak resepi??? Orait..kita scroll ke bawah ye..

resepi sagu:
1 cawan sagu mata ikan ( yg halus)
2-3 cawan air.
** ddihkan air, masukkan sagu yg telah di basuh dan ditoskan. kacau sagu sehingga hilang biji2 putih pd sagu tu ye. Masukkan pewarna yg korang suka..merah ke hijau kepepel ke.. suka hati la...
Masukkan dalam bekas kecik2 supaya mudah utk dihidangkan.. Nak letak dalam bekas besar pun boleh je, then sendukkan le sikit2 dalam mangkuk bila nk makan nanti ye.
Kemudian sejukkan...So buat le awal sikit..jangan le dekat2 nak berbuka, u ols sibuk pulak dok kacau sagu ni kat atas dapur. bila masa pulak korang nk makan nanti kan... perlu dibiarkan sejuk utk sagu mengeras sikit hokay ye hakak2 semua. Letak dalam peti sejuk bawah.

Kuah:
1. Sediakan santan KARA 1 kotak (200 ml)
campurkan dgn sedikit air panas, lbh kurang 1/4 kota mengikut kepekatan yg kita nak.. jangan cair tau!! sedikit garam. Kacau sebati. Nak panaskan sekejap di atas dapur pun ok je supaya santan tahan lama. Masakkan sekejap je.. Jangan masak lama... agak2 2-3 minit je.. Jangan sampai ianya bketul... Tapi kan..kalau tak masak pun ok je... bukan kita nk simpan esok kan... kira habis terus la...hehehhe

2. Didihkan 1-2 ketul gula melaka/gula kabung dengan 1 cawan air. kalau nk manis sikit, tambahkan gula pasir dalam 1 sudu. biasanya gula melaka/kabung ni dah cukup manis nya. Bila gula sebati dgn air, keluarkan dan tapis untuk membuang habuk dari gula tersebut.

3. Sediakan bekas kecil. Masukkan sagu, tuangkan air gula dan santan. Sedia untuk dimakan!!!



Ini pula lauk untuk berbuka pd hari ini... Sambal ayam dan sup sayur cendawan.




Wednesday 1 July 2015

Ramadhan 14: Karipap Pusing

Assalamualaikum...

Ni dah kali ke berapa aku buat karipap pusing.. Kira dah blh kata, cekap la...Tapi kan...kalau setakat makan sorang seketul je kan...aku cadangkan, lbh baik beli je kat bazar ramadhan. Mudah, cepat, jimat masa.... Anyway, kalau korang rajin, boleh je nak buat karipap pusing. Nak resepi????

Rujuk atau klik di link di bawah ni ye.




Klik di sini utk resepi
Aku pun berpandukan resepi kat situ. Kredit kpd CMG pemilik blog www.tiffinbiru.com

Hari ni masak kari ikan dan kerabu mangga utk lauk berbuka.







Tuesday 30 June 2015

Ramadhan 13: Bihun Kungfu

Salam 13 Ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia.Walau di mana saja kita berada, kita tetap melihat bintang yang sama...
Apa kena mengena ayat kat atas ye? Ermmmm, memang takde kena mengena pun....

Hari kita berbuka dengan bihun kungfu je. Alhamdulillah.. tetap kenyang jugak...
Jom la... kita straight to the point la kan..




Bahan-bahan:
2-3 ulas bawang putih (ketukdan dicincang)
1/2 biji bawang besar (holand)- yg kaler putih tu ye
beberapa hiris cili besar merah
2-3 biji cili padi (ikut kepedasan yg kita nak.)
sedikit daun sup/bawang
sedikit isi ayam
sedikit udang
serbuk lada hitam/putih
sayur (karot, sawi, cauliflower, tomato)-adjust ikut byk mana kita nk buat bihun kungfu tu
telur (1 set-guna sebiji telur)
bihun
1 sud tepung jagung
air secukupnya

Cara-cara:
1. rendam bihun dalam air biasa. Ambil sedikit bihun, agak2 letak bihun dpt 1/2cawan. pastu masukkan telur dalam bihun tu.. Sebelum tu, panas kan minyak dalam secawan. tuang bihun yg dipukul dgn telur. Ermmm blh klik link sini utk penerangan lebih lanjut. Ikut je step tu ye..

2. Seterusnya, tumis bawang putih, bwg merah hingga naik bau. masukkan udang dan isi ayam. Bila ayam dah masak, masukkan air, cili, sayur-sayur, garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih serta daun sup/bawang. Last sekali bancuh 1 sudu tpg jagung dgn 1/2 cawan air. Tuang dalam kuali tadi. Biar mendidih dlm 1-2 minit dan sedia dituangkan ke dalam bihun yg telah digoreng dgn telur td.
Ready to eat... Selamat menjamu selera!!!




Monday 29 June 2015

Ramadhan 12: Sardin Hitam

Salam Ramadhan. Hari ni hari ke 12 kita semua berpuasa.

Hari ni kita masak sardin hitam yg menjadi kegemaran aku semasa di asrama dulu. Inilah lauk peberet we all tau. Ada sejarah dan kenangan terindah bila sebut pasal sardin hitam. Pastinya kenkawan yg sama sekolah dgn aku je yg tahu... heheheh... walaupun rupa parasnya memang tak blh nak diterima, tetapi percayalah yang rasanya sangat sedap dan menyelerakan terutama di bulan puasa ni.. Boleh tambah nasi 2-3 pinggan ye... Hialng niat nak diet...heeeeee






Nak resepi tak???? Jom....

1 tin sardin - asingkan kuahnya. Kemudian goreng ikan sardin macam goreng ikan tu. Perlu dingat, disebabkan sosnya ada di badan ikan tu.. ianya akan melotop2 ye.. So, pastikan kuali ditutup semasa menggoreng. Bila dah garing, angkat sardin tersebut. kalernya akan bertukar menjadi agak itam sikit... ermrmm itam byk actually..hehehe...macam gambar tu....

Bahan tumis:

1 inci halia dihiris
1 biji bawang besar-hiris
5 ulas bawang putih dihiris
sebiji cili merah besar-dihiris
2-3 biji cili padi- letak je sebijik-sebijik... masa makan, nk pedas, just picit2 je ye
1 keping asam gelugur
kicap lemak manis
garam(jika perlu)
sedikit sos sardin tadi dalam 2-3 sudu je.. jgn ambik semua

Cara-cara: ambik sedikit minyak goreng ikan sardin tadi. Tumis bahan2 di atas, masukkan sos sardin td, kicap, asam keping. 

Selamat mencuba ye kenkawan!!!



Sunday 28 June 2015

Ramadhan 11: Nasi Ayam

Assalamualaikum. Jom kita buat nasi ayam di ramadhan yang ke 11 ini.





bahan-bahan:

2 cawan beras basmathi (3 cawan air)
1 peket rencah nasi ayam cosway
daun pandan
sedikit garam
** satukan bahan di atas dan masak di dalam periuk (rice cooker)

sup

1 ekor ayam di belah 4
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
bawang putih, bawang merah, halia *** di mayang
minyak utk menumis
sebungkus sup bunjut
sedikit serbuk lada putih
garam dan maggi cukup rasa
daun sup, daun bawang

-tumis rempah, bawang putih, b. merah dan hali hingga naik bau. masukkan air secukupnya dan akhir sekali masukkan ayam. jangan lupa garam dan maggi cukup rasa. bila sudah masak,keluarkan ayam dan perap bersama kicap pekat manis. boleh letakkan sedikit madu jika suka.

-ayam yg telah diperap lbh kurang 1/2 jam td di goreng. kemudian potong ikut suka.hahaha senangnye ayat aku.. tak sempat nk pikir dah ni.. nak cepat je hokay..

sos kicap:

1/2 inci halia
5-6 ulas bawang putih
sedikit air utk kisar

** blend semua bahan dia atas. panaskan sedikit minyak, dan tumis bahan kisar tadi.
Masukkan kicap pekat manis, sedikit air rebusan ayam (sup), garam dan gula secukupnya. bila sudah mendidih, matikan api dan sedia dihidang.

sos ayam

cili besar (merah)
2-3 biji cili padi
1/2 inci halia
5-6 ulas bawang putih
4-5 sudu besar sos cili maggi
sedikit air
gula dan garam secukupnya
air perahan limau nipis/kasturi

** kisar semua bahan, perasa kan dengan gula dan garam

TARA!!!! SIAP... Sedia untuk dihidang....

happy sahur semua!!




Ramadhan 11: Bersahur dengan roti john

Assalamualaikum Dunia...

Salam 11 Ramadhan. Pagi tadi kami bersahur roti john. Seperti tahun2 sudah, kami memang tak makan nasi ketika bersahur. Biasanya kami anak beranak akan minum ESP Soya Protein Shaklee je utk bersahur. Kemudian makan 3 ulas kurma, 1 sudu madu lebah serta 1 sudu jus delima. Alhamdulillah, boleh tahan sampai ke petang. Roti john, seperti biasa request by anak bujang yg balik dr asrama. Nak buat waktu berbuka, masa 2 hari je, tak sempat nk buat itu ini. Kalau semua nak buat dalm masa 2 hari, bila pulak nak makan ye tak. Jadinya, roti john ni aku buat time sahur. Sekurang-kurangnya puas hati anak makan hasil dr air tangan kita. 

Resepi mudah roti john:

Beberapa keping roti yg biasa buat utk letak sausage
1 tin kecil ikan sardin
4 biji telur
1 sudu kecil rempah kari
sedikit serbuk lada hitam
1 sudu cili blend
bawang besat di potong dadu_tak sempan letak pun.  
sedikit garam
Hiasan: Potongan timun/tomato/parutan sayur kobis
sos cili dan mayonis 

Cara-cara: Sardin di buang kuahnya dan hancurkan dengan sudu.
masukkan telur, serbuk kari, cili blend, garam, serbuk lada hitam. Kacau rata.
Panaskan kuali none stick. Aku guna magiq pan je. senang dan ianya tak melekat.
Letakkan sedikit minya. Roti john dibelah 2 tapi jgn putus. Lurutkan bahan tadi pada roti dan terus letak di atas kuali.. Dalam 1-2 minit, bahagian bawah sudah masak. kalau nak byk bahan, Ambik satu senduk, letakkan bawah roti tadi. ** alahhh buat macam tokey roti john selalu buat tuuuu...
Terbalikkan roti tu sekejap dan terus angkat.
Susun sayur di tengah. Letakkan sos cili dan mayones. Roti john siap utk dimakan.
Salam sahur...


Saturday 27 June 2015

Ramadhan 10: Kuih Tako

Assalamualaikum... Hari ni Hari ke 10 ramadhan bermakna dah 10 hari kita berpuasa. pejam celik pejam celik 10 hari dah??? Ermmm cepatnya masa berlalu. Hari ni hari, kami berbuka di luar. Memang dah rancang untuk bawak anak-anak makan di luar. Sesekali ubah angin ye dok... Dalam pd tu, si irfan ni sempat lg request kuih tako. Nak mama buat.. alahai dik oi... kat bazar tu bersepah.. bukannya kita tak biasa jd customer tetap kt gerai jual kuih tako tu. Tahun2 dulu tu, hari2 kita dok kejar gerai kuih tako yg sedap tu. Mujurlah si mama ni tgh mood rajin, boleh le layan walaupun makan nye tak berbaloi dengan penat membuat.. Tp itulah org kata, air tangan ibu ni penuh dgn hikmah. Memasak dgn kasih sayang u ols... Hilang penat bila anak memuji masakan mama ni.

Jom jom hari dah makin lewat. Sebelum aku tersangap-sangap depan pc ni, meh kita tgk resepi mudah ni.. Tapi kalau tak rajin, namanya resepi susah la.. 

KUIH TAKO
sumber:azlitamasammanis.com

Lapisan bawah:
25 gram tepung hoen kwe-kaler hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina (aku ganti dgn jagung krim dalam tin)

Lapisan atas:
25 gram tepung hoen kwe -kaler putih
2 cawan santan-1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cwn air
secubit garam (yg ni buat lepas terawih, so blh la rasa kemasinan yg dikehendaki)

** Cara-cara buat kotak pandan, blh terus ke laman ini..

Cara-cara:
Campurkan semua bahan lapisan bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hingga ianya meletup-letup dan pekat, terus tutup api dan masukkan dalam kotak daun pandan yg telah disediakan.
Kemudian kita ketepikan. Buat bahagian atas pula. Satukan semua bahan dan masak seperti membuat lapisan bawah tadi. Angkat dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi. Pastikan lapisan buah telah mengeras terlebih dahulu. Biarkan sejuk dan kemudian simpan di dalam peti sejuk sbelah bawah..

Ok, selamat mencuba ye.



ermmm, sedap lemak berkerim

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...