Tuesday 30 June 2015

Ramadhan 13: Bihun Kungfu

Salam 13 Ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia.Walau di mana saja kita berada, kita tetap melihat bintang yang sama...
Apa kena mengena ayat kat atas ye? Ermmmm, memang takde kena mengena pun....

Hari kita berbuka dengan bihun kungfu je. Alhamdulillah.. tetap kenyang jugak...
Jom la... kita straight to the point la kan..




Bahan-bahan:
2-3 ulas bawang putih (ketukdan dicincang)
1/2 biji bawang besar (holand)- yg kaler putih tu ye
beberapa hiris cili besar merah
2-3 biji cili padi (ikut kepedasan yg kita nak.)
sedikit daun sup/bawang
sedikit isi ayam
sedikit udang
serbuk lada hitam/putih
sayur (karot, sawi, cauliflower, tomato)-adjust ikut byk mana kita nk buat bihun kungfu tu
telur (1 set-guna sebiji telur)
bihun
1 sud tepung jagung
air secukupnya

Cara-cara:
1. rendam bihun dalam air biasa. Ambil sedikit bihun, agak2 letak bihun dpt 1/2cawan. pastu masukkan telur dalam bihun tu.. Sebelum tu, panas kan minyak dalam secawan. tuang bihun yg dipukul dgn telur. Ermmm blh klik link sini utk penerangan lebih lanjut. Ikut je step tu ye..

2. Seterusnya, tumis bawang putih, bwg merah hingga naik bau. masukkan udang dan isi ayam. Bila ayam dah masak, masukkan air, cili, sayur-sayur, garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih serta daun sup/bawang. Last sekali bancuh 1 sudu tpg jagung dgn 1/2 cawan air. Tuang dalam kuali tadi. Biar mendidih dlm 1-2 minit dan sedia dituangkan ke dalam bihun yg telah digoreng dgn telur td.
Ready to eat... Selamat menjamu selera!!!




Monday 29 June 2015

Ramadhan 12: Sardin Hitam

Salam Ramadhan. Hari ni hari ke 12 kita semua berpuasa.

Hari ni kita masak sardin hitam yg menjadi kegemaran aku semasa di asrama dulu. Inilah lauk peberet we all tau. Ada sejarah dan kenangan terindah bila sebut pasal sardin hitam. Pastinya kenkawan yg sama sekolah dgn aku je yg tahu... heheheh... walaupun rupa parasnya memang tak blh nak diterima, tetapi percayalah yang rasanya sangat sedap dan menyelerakan terutama di bulan puasa ni.. Boleh tambah nasi 2-3 pinggan ye... Hialng niat nak diet...heeeeee






Nak resepi tak???? Jom....

1 tin sardin - asingkan kuahnya. Kemudian goreng ikan sardin macam goreng ikan tu. Perlu dingat, disebabkan sosnya ada di badan ikan tu.. ianya akan melotop2 ye.. So, pastikan kuali ditutup semasa menggoreng. Bila dah garing, angkat sardin tersebut. kalernya akan bertukar menjadi agak itam sikit... ermrmm itam byk actually..hehehe...macam gambar tu....

Bahan tumis:

1 inci halia dihiris
1 biji bawang besar-hiris
5 ulas bawang putih dihiris
sebiji cili merah besar-dihiris
2-3 biji cili padi- letak je sebijik-sebijik... masa makan, nk pedas, just picit2 je ye
1 keping asam gelugur
kicap lemak manis
garam(jika perlu)
sedikit sos sardin tadi dalam 2-3 sudu je.. jgn ambik semua

Cara-cara: ambik sedikit minyak goreng ikan sardin tadi. Tumis bahan2 di atas, masukkan sos sardin td, kicap, asam keping. 

Selamat mencuba ye kenkawan!!!



Sunday 28 June 2015

Ramadhan 11: Nasi Ayam

Assalamualaikum. Jom kita buat nasi ayam di ramadhan yang ke 11 ini.





bahan-bahan:

2 cawan beras basmathi (3 cawan air)
1 peket rencah nasi ayam cosway
daun pandan
sedikit garam
** satukan bahan di atas dan masak di dalam periuk (rice cooker)

sup

1 ekor ayam di belah 4
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
bawang putih, bawang merah, halia *** di mayang
minyak utk menumis
sebungkus sup bunjut
sedikit serbuk lada putih
garam dan maggi cukup rasa
daun sup, daun bawang

-tumis rempah, bawang putih, b. merah dan hali hingga naik bau. masukkan air secukupnya dan akhir sekali masukkan ayam. jangan lupa garam dan maggi cukup rasa. bila sudah masak,keluarkan ayam dan perap bersama kicap pekat manis. boleh letakkan sedikit madu jika suka.

-ayam yg telah diperap lbh kurang 1/2 jam td di goreng. kemudian potong ikut suka.hahaha senangnye ayat aku.. tak sempat nk pikir dah ni.. nak cepat je hokay..

sos kicap:

1/2 inci halia
5-6 ulas bawang putih
sedikit air utk kisar

** blend semua bahan dia atas. panaskan sedikit minyak, dan tumis bahan kisar tadi.
Masukkan kicap pekat manis, sedikit air rebusan ayam (sup), garam dan gula secukupnya. bila sudah mendidih, matikan api dan sedia dihidang.

sos ayam

cili besar (merah)
2-3 biji cili padi
1/2 inci halia
5-6 ulas bawang putih
4-5 sudu besar sos cili maggi
sedikit air
gula dan garam secukupnya
air perahan limau nipis/kasturi

** kisar semua bahan, perasa kan dengan gula dan garam

TARA!!!! SIAP... Sedia untuk dihidang....

happy sahur semua!!




Ramadhan 11: Bersahur dengan roti john

Assalamualaikum Dunia...

Salam 11 Ramadhan. Pagi tadi kami bersahur roti john. Seperti tahun2 sudah, kami memang tak makan nasi ketika bersahur. Biasanya kami anak beranak akan minum ESP Soya Protein Shaklee je utk bersahur. Kemudian makan 3 ulas kurma, 1 sudu madu lebah serta 1 sudu jus delima. Alhamdulillah, boleh tahan sampai ke petang. Roti john, seperti biasa request by anak bujang yg balik dr asrama. Nak buat waktu berbuka, masa 2 hari je, tak sempat nk buat itu ini. Kalau semua nak buat dalm masa 2 hari, bila pulak nak makan ye tak. Jadinya, roti john ni aku buat time sahur. Sekurang-kurangnya puas hati anak makan hasil dr air tangan kita. 

Resepi mudah roti john:

Beberapa keping roti yg biasa buat utk letak sausage
1 tin kecil ikan sardin
4 biji telur
1 sudu kecil rempah kari
sedikit serbuk lada hitam
1 sudu cili blend
bawang besat di potong dadu_tak sempan letak pun.  
sedikit garam
Hiasan: Potongan timun/tomato/parutan sayur kobis
sos cili dan mayonis 

Cara-cara: Sardin di buang kuahnya dan hancurkan dengan sudu.
masukkan telur, serbuk kari, cili blend, garam, serbuk lada hitam. Kacau rata.
Panaskan kuali none stick. Aku guna magiq pan je. senang dan ianya tak melekat.
Letakkan sedikit minya. Roti john dibelah 2 tapi jgn putus. Lurutkan bahan tadi pada roti dan terus letak di atas kuali.. Dalam 1-2 minit, bahagian bawah sudah masak. kalau nak byk bahan, Ambik satu senduk, letakkan bawah roti tadi. ** alahhh buat macam tokey roti john selalu buat tuuuu...
Terbalikkan roti tu sekejap dan terus angkat.
Susun sayur di tengah. Letakkan sos cili dan mayones. Roti john siap utk dimakan.
Salam sahur...


Saturday 27 June 2015

Ramadhan 10: Kuih Tako

Assalamualaikum... Hari ni Hari ke 10 ramadhan bermakna dah 10 hari kita berpuasa. pejam celik pejam celik 10 hari dah??? Ermmm cepatnya masa berlalu. Hari ni hari, kami berbuka di luar. Memang dah rancang untuk bawak anak-anak makan di luar. Sesekali ubah angin ye dok... Dalam pd tu, si irfan ni sempat lg request kuih tako. Nak mama buat.. alahai dik oi... kat bazar tu bersepah.. bukannya kita tak biasa jd customer tetap kt gerai jual kuih tako tu. Tahun2 dulu tu, hari2 kita dok kejar gerai kuih tako yg sedap tu. Mujurlah si mama ni tgh mood rajin, boleh le layan walaupun makan nye tak berbaloi dengan penat membuat.. Tp itulah org kata, air tangan ibu ni penuh dgn hikmah. Memasak dgn kasih sayang u ols... Hilang penat bila anak memuji masakan mama ni.

Jom jom hari dah makin lewat. Sebelum aku tersangap-sangap depan pc ni, meh kita tgk resepi mudah ni.. Tapi kalau tak rajin, namanya resepi susah la.. 

KUIH TAKO
sumber:azlitamasammanis.com

Lapisan bawah:
25 gram tepung hoen kwe-kaler hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina (aku ganti dgn jagung krim dalam tin)

Lapisan atas:
25 gram tepung hoen kwe -kaler putih
2 cawan santan-1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cwn air
secubit garam (yg ni buat lepas terawih, so blh la rasa kemasinan yg dikehendaki)

** Cara-cara buat kotak pandan, blh terus ke laman ini..

Cara-cara:
Campurkan semua bahan lapisan bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hingga ianya meletup-letup dan pekat, terus tutup api dan masukkan dalam kotak daun pandan yg telah disediakan.
Kemudian kita ketepikan. Buat bahagian atas pula. Satukan semua bahan dan masak seperti membuat lapisan bawah tadi. Angkat dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi. Pastikan lapisan buah telah mengeras terlebih dahulu. Biarkan sejuk dan kemudian simpan di dalam peti sejuk sbelah bawah..

Ok, selamat mencuba ye.



ermmm, sedap lemak berkerim

Friday 26 June 2015

Ramadhan 9: Mee Kari dan Tauhu Sumbat

Assalamualaikum dan salam ramadhan ke 9. Hari ni hari Jumaat. Seperti biasa, balik dari sekolah, ambik Aamira di rumah dan terus shoot ke Selandar ambik Irfan pulak yg jaraknya lbh kurang 45 km dari rumah. Then dari situ terus ke Bandar Melaka hantar irfan tuisyen Kimia di Bukit Bruang. So, kisahnya, hari ni kami akan berbuka di rumah mertua di Bukit Bruang. Kebetulan, suami aku pulak ada meeting di Melaka je, maka segala urusan jadi senang la kan. 3 hari 3 malam dok pikir nak masak  apa sebagai menu untuk berbuka puasa. Kalau dah sampai di Melaka, anak-anak memang dok pikir nak beli kuih popia basah yg terkenal di bandar hilir. Yang tu memang wajib sebagai juadah sampingan. Makanya, termetarilah idea nak buat mee kari. Yang dah di plan 2 hari lepas. Bila dah plan awal, senang je nak cari bahannya. Selesai menghantar irfan kami terus le soping bahan-bahan mee kari.

Meh kita tgk bahan-bahan mee kari ikut versi aku ye.

Mee Kari:

Bahan-bahan:
2 bungkus mee (ikut kesesuaian ahli keluarga)-dicelur
sayur sawi-dicelur
taugeh-dicelur
tomato hiris nipis
tauhu dihiris nipis
cili merah-dihiris
limau kasturi(xletak)
beberapa biji telur di rebus dan dibelah 2
daun sup dan daun bawang

Bahan-bahan kuah:

2 keping isi dada ayam (1/2 kg)-potong dadu atau potong kecil
7-8 ulas bawang putih diketuk dan dihancurkan (chopped)
1 biji bawang besar dipotong dadu atau dipotong nipis
1 inci halia-dimayang halus
2-3 sudu cili blend
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan lada putih/lada hitam)
7-8 sudu besar penuh kari daging -lbh kurang 1/2 peket besar rempah kari apa2 brand (kari lebih supaya tak rase banyak santan dalam kuah nanti)
1 kotak kecil santan kara (200 ml)
beberapa ketul tauhu pok (tauhu yg ringan)
2 keping tauhu
1 bungkus fishball
2 keping fishcake
2 liter air
minyak untuk menumis.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak lbh kurang 1/2 cawan. Masukkan rempah tumis.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar/bawang merah
3. Masukkan cili blend dan masak hingga cili garing.
4. Masukkan rempah kari dan dalam masa yg sama sediakan secawan air. Bila dah masukkan rempah kari, harus berhati-hati kerana  ianya akan cepat hangus sebab rempah kari serbuk tidak dibancuh dgn air. Dengan serta merta masukkan air dan biar rempah kari tadi masak dan wangi.
5. Masukkan ayam dan kacau rata.
6. Masukkan air. Bila mendidih, masukkan tauhu, fishball dan fishcake.
7. Perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa.
8. Last sekali masukkan santan dan kacau rata supaya santan tidak berketul. Kacau sebati je, tak perlu lama2 sangat takut santan nanti berketul.
9. Tutup api dan sedia dihidang.


Sementara tu, mummy (ibu mertua) sempat buat tauhu sumbat. Aku pulak tolong siapkan kuah kacang untuk dimakan bersama tauhu sumbat tadi.

Tauhu Sumbat

Bahan-bahan:

Beberapa ketul tauhu, dipotong serong bentuk 3 segi - panaskan atas kuali sekejap ataupun digoreng
timun dipotong memanjang
taugeh dicelur

Kuah kacang simple: (ikut bahan yg ada kt rumah je)

1 cawan kacang tanah, digoreng dan dikisar halus
3 ulas bawang putih diketuk
3 biji bawang kecil dimayang/ditumbuk
1 sudu cili kisar
1/2 ketul gula melaka
sedikit air asam jawa
garam dan perasa maggi

Cara-cara: Panaskan minyak.  Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili kisar. masak hingga cili garing. Masukkan kacang tanah dan 2 cawan air. Masukkan garam, air asam jawa, maggi cukup rasa dan gula melaka. Bila sudah pekat dan kuah sudah masak, boleh la ditutup api dan sedia dihidang...

Thursday 25 June 2015

Ramadhan 8: Bihun Goreng Sempoi

 Assalamualaikum... Hari ramadhan ke 7 ni, aku hanya masak bihun goreng untuk berbuka puasa. Alhamdulillah...tak kisah masak apa, yang penting dapat berbuka puasa kan. Jom, bagi anak-anak yg nak mula memasak, kita tgk resepi mudah di bawah ni ye...Alaaa bihun goreng je pun...
Bihun Goreng:

Bahan-bahan;
1/2 peket bihun (rendam)
10 ekor udang basah sederhana besar
5 ulas bawang putih (diketuk dan hancurkan dgn chopper)
3 ulas bawang merah ditumbuk (nak tumbuksekali  dgn bawang putih boleh)
4 sudu besar cili blend
2-3 sudu sos tiram (oyster)
sedikit kicap
sedikit sawi, taugeh
1 biji tomato
1 biji telur
garam dan sedikit rencah maggi cukup rasa.
daun sup, daun bawang dan cili besar sebagai hiasan.
***kalau nak letak tauhu dan fishball pun boleh. Yang aku buat ni bihunsempoi  cowboy je...xletak semua tu.

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang bawang putih dan bawang merah. Bila dah naik bau, masukkan cili blend. Biarkan hingga cili garing.
2. Masukkan udang, sos tiram, kicap, sawi, garam, perasa maggi dan sedikit air. Biarkan mendidih. 
3. Masukkan bihun dan biar seketika hingga bihun lembut. Kalau perlu, tambahkan sedikit air lagi. 
4. Pecahkan telur dan kacau lagi. Bila bihun dah elok  masak, masukkan taugeh dan tomato. Kaup balikkan dan tutup api.
5. Hias dengan daun sup, daun bawang dan cili merah.
6. Sedia untuk dihidang. 

Selamat Menjamu Selera!!!



Wednesday 24 June 2015

Ramadhan 7: Agar-agar Santan


Assalamualaikum dan salam 7 ramadhan.
Hari ni, dalam cuaca panas ni kan... kalau pekena agar-agar sejuk untuk berbuka puasa, memang nyaman je rasanya. Elok je lalu kat anak tekak ye tak. Seperti semalam, aku sediakan agar-agar santan ni sebelah malamnya, sebaik sahaja balik dari solat terawih. 
Jom la straight to the point.. Tak yah nak merepek yang bukan-bukan. Atas permintaan kenkawan.. Jom kita terus kepada resepinya. Untuk membuat agar-agar santan ni.. sebenarnya ada 2 versi disepanjang pengetahuan aku la. Satu yang letak telur dan satu lagi yang tak letak telur. So far...aku suka versi yang takde telur.. takdela bau hanyir telur bila kita makan agar2 ni. Resepi ni aku dpt dari mak saudara aku 12-13 tahun lepas.. sejak itu, aku rasa agar-agar versi aku ni yg paling best... hahaha ye ye je...sebenarnya sedap tak sedap adalah sesuatu yg subjektif. terpulang kepada tekak memasing untuk menilanya. Jommmm....kita terus kepada cara pembuatannya...

Agar-agar Santan.
10 gram agar-agar serbuk
5 mug air
1 keping gula kabung/gula melaka
1/2 cawan gula(ikut kemanisan yg dikehendaki)- kalau sediakan sebelah malam, blh la rasa 3-4kali akan kemanisan agar2 ni ye.
1 kotak kecil santan (aku suka jenama KARA)
1 camca garam halus
sehelai daun pandan-untuk dptkan aroma pandan. 

Cara:
1. Masak serbuk agar-agar dngan air dan gula melaka/kabung. Tambahkan gula pasir. 
2. Masukkan daun pandan juga.Masak hingga mendidih.
3. Bila dah masak, tutup api dan tapis agar-agar tadi. (Kalau xnak tapis pun xpe)
4. Dalam mangkuk lain, tuang santan kotak tadi. Campurkan dgn suku cawan air.(untuk cairkan sedikit santan kotak tu.. Pastikan jgn letak air byk sgt.. agak2 suku cawan je okay.. lagi kurang pun takpe. Campurkan santan td dengan 1 camca garam. kalau masak sebelah malamnya... boleh la rasa santan tu masin ke tidak. Kalau kurang masin, tambahkan sdikit garam lg. 
5. Kemudian masukkan santan tadi dalam bekas agar2 yg telah ditapis. *** pastikan agar2 tadi TIDAK berada di atas api ye.. Kiranya tuang santan atas darat la kata orang dolu-dolu. Selepas masukkan santan, kacau sebati dan tuang dlm bekas/loyang/tupperware dan seangkatan dengannya. Biarkan agar2 tadi sejuk sebelum diletakkan ke dalam peti sejuk.

**sedikit tip kalau inginkan kejadian agar2 macam yg aku buat kat atas tu..

*** semasa tuang dalam loyang, jangan gerak-gerakkan bekas terlalu kerap untuk membenarkan santan berkumpul ke sebelah atas dengan cantik. ini adalah untuk mengelakkan kepala santan menjadi pecah dan comot. Selepas aku buat semalam, maklumlah dah lewat malam... aku letakkan dalam bekas dan terus tutup. Nak tunggu sejuk, lambat la pulak..so aku biarkan je agar-agar tu atas meja. Waktu bersahur barulah aku masukkan ke dalam peti ais. 
** ataupun, selepas setengah jam, blh la masukkan dalam peti ais. eh eh.. aku rasa ayat aku ni macam bertabur tengah jalan je.. Almaklumlah...dah lewat malam....Yang penting maklumat dapat diterima dgn baik kan..

Okay kenkawan..Selamat Mencuba!!!







Tuesday 23 June 2015

Ramadhan 6: Nasi Goreng Kerabu

Assalamualaikum...
Kalau tadi aku dah masukkan entry Jelly kelapa, sekarang aku ambik kesempatan masa yang ada ni untuk masukkan entry nasi goreng kerabu pulak. Ataupun boleh ditukar nama, masak campak-campak.. Tapikan... nasi goreng kerabu aku ni, tak cukup bahan asas. Tapi kira sedap jugak la... bantai saja la labuuu... Kita buat dia.. apa2 pun boleh jadi ye tak.. Nasi goreng kerabu ni kiranya makanan yg lengkap jugak sebab dalam setiap suapan tu dah memang ada protien, karbohidrat dan vitamin.. Hahahah macam pakar nutrisi la pulak... Yang penting aromanya memang boleh membuatkan  kita menambah nasi 2-3 pinggan.


Nasi Goreng Kerabu:
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi
4-5 ulas bawang putih-diketuk
3 ulas bawang kecil (aku tak letak pun)
10 ekor udang
segenggam ikan bilis-ditumbuk
3 biji cili padi ditumbuk bersama ikan bilis
3 biji cili padi dipotong
2 batang kacang panjang-potong halus
sebatang serai-dimayang
3-4 helai daun limau purut-dimayang macam bunga rampai
kiub ikan bilis(jika suka)
2 biji telur
1 batang bunga kantan(aku tak letak sebab xde stock)

cara;
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan ikan bilis dan cili yg ditumbuk tadi.
3. Masukkan udang, serai, daun limau purut dan kacang panjang
4. Pecahkan telur, kacau2 sekejap
5. Masukkan kiub ikan bilis, garam, cili padi yg dipotong.
6. Masukkan nasi dan kacau rata dgn rencah-rencah tadi..
7. Sedia untuk dihidang.



Ramadhan 6: Jelly Kelapa

Assalamualaikum..
Hari ni adalah ramadhan ke 6... Rasanya kita straight to the point je la.. Tak larat rasanya nak merepek banyak-banyak. Entry ni pun hanya boleh di buat selepas balik dari solat terawih. Kang kejap je masa dah pukul 11 lebih. Tak larat lagi rasanya nak berjaga lewat malam. Aikkk..tadi kata xnak merepek lebih2... Tu... berjela jugak aku merepek kat atas tu..heeeee... Seperti tahun lepas, aku dan en suami bercadang untuk sediakan menu yang simple je untuk berbuka puasa. Taknak masak lebih. Kalau boleh masak untuk sekali makan je.. Lepas tu terus clear.. Takde ulang makan selepas terawih okay. (Ala-ala nk jaga badan la kan).. Ehhh takdela... memang dah terbiasa,lepas kul 10 malam nak elakkan perut penuh. Nak tidur pun tak senang dgn perut yg penuh nanti. Tak gitu....
okla.. hari ni aku berdua beranak je dgn anak dara aku. En suami out station hari. so lagi mudah masakan aku hari ni. main campak campak je hokay... campak dalam kuali la ye, bukan campak kat luar tau...


Jommmmmm... seperti biasa la ye.. Kita mulakan dgn resepi jeli kelapa. Aku buat jeli ni sebelah malam selepas balik dr solat terawih. Kebetulan pulak ada air kelapa lebih dari berbuka tadi.. Apa lagi terus terfikir nak buat jeli kelapa ni. Maklumlah, sebelah siang... balik dari mengajar pun dah jam 2-3 ptg.. Tak larat nk terkejar2 nk turun dapur.... sibuk dgn zzzzz.... hahaha. 

Jelly Kelapa.
Bahan-bahan:

10 gram serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir (aku kurangkan sedikit dr resepi asal)
3 mug air
2 mug air kelapa
isi kelapa muda secukupnya_hiris panjang2.

Cara:
1. Masakkan air dan serbuk agar2 sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biar mendidih.
3. Tapiskan dan masukkan air kelapa dan isinya. kacau rata. 
4. Masukkan dalam bekas kecil-kecil.
5. Sejukkan di dalam peti ais.
6. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!








Monday 22 June 2015

Trip To Sydney Part 3

Assalamualaikum wbt
Tak tau mana perginya Trip To Sydney part 2, tup tup dah keluar part 3... Trip mula 26/5/2011... Hampir lupa dah tarikh ni.. kena cek balik betul ke tak.. Hehehe...
Di Sydney kami pusing2 masuk Taronga Zoological Sydney.. Ok lah kan kita tengok binatang2 yang rare yang xde di Malaysia...Pada sebelah malamnya, kami melawat Sydney Opera House yang kebetulan ada pertunjukan lampu pada bumbung Opera House ni. Kami pun x masuk lah kat dalam tu.. Just posing2 tepi tu sambil menikmati keindahan malam di Sydney.. Sesuatu yang baru kan.

















KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...