Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Monday, 22 June 2015

Ramadhan 4: Bubur Jagung

Share
Assalamualaikum..
Hari ini, ramadhan ke 4 aku buat bubur jagung sebagai pemanis mulut sesama berbuka puasa.

Jom la kita terus kepada resepinya, memandangkan makcik dah ngantuk dah ni.. Esok nk g keje pulak...setelah 4 hari makcik bercoti...hheehehe


Bubur Jagung
Bahan-bahan:
2 tongkol jagung~ ambil isinya sahaja.
1 300ml santan kotak
3 cawan air
2 sudu besar biji sagu _basuh dan toskan
1/4 keping gula kabung(agak2 ikut kesesuaian)
sehelai daun pandan
3 sudu besar gula pasir
1 camca garam

Cara-caranya:
1. Masukkan jagung yg telah diraut ke dalam periuk.
2. Masukkan air, gula kabung, sagu, gula pasir, garam dan daun pandan. Masak sehingga jagung empuk.
3. Last sekali masukkan santan. Kacau sehingga mendidih sekejap je.. Setelah letak santan, kena sentiasa kacau untuk elakkan santan berketul dan bubur nanti jadi tak cantik. Agak2 dalam 2-3 minit je dah boleh tutup api ye anak-anak.
4. Bubur jagung sedia dihidang untuk berbuka puasa.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog