Sunday 21 June 2015

Ramadhan 4: Gulai Masam Tempoyak Sayur Keladi


Assalamualaikum..

Hari ni Ramadhan ke 4. Kebetulan ada org bagi batang keladi pada minggu lepas, maknanya dah seminggu dah pun, tapi takde peluang nk masak. So hari ni dpt la direalisasikan hasrat nk masak ni. Seumur hidup aku, baru sekali ke dua kali je aku masak sayur keladi ni. walaupun sayur keladi ni makanan feberet aku sikit masa dulu. Lagipun aku sorang je yg makan, so memang malas nak masak.. bak kata org xberbaloi nk masak kalau setakat sorang je kan.. Baik beli lg jimat. Kebetulan dah ada batang keladi ni..Masak je la kan.. Masak lebih boleh disedekahkan ke jiran belakang dan jiran tepi rumah..hehehe.. Alhamdulillah, en suami dan anak dara aku makan jugak.. maklumlah dah takde lauk lain ye dak.... Makan gulai tempoyak ni bersama ikan masin, ikan goreng dan sambal belacan goreng...perghhh terangkat youuuu!! 

Jom... tengok resepi mudah gulai tempoyak sayur keladi ni..

Bahan-bahan:
4 pokok batang keladi
10 tangkai cili padi(ikut kepedasan masing-masing)*
1 inci kunyit hidup*
3 sudu besar tempoyak*
1 keping asam gelugur
segenggam daun kesum
garam secukupnya
air secukupnya

Cara-cara:
1. Batang keladi ni perlu disiat dulu kulit luarnya. Petua org dulu-dulu, kena siat kulitnya cara menyongsang(kerat cara songsang la ye). Tak taulah ape signifikannya.. Katanya untuk elakkan keladi ni gatal tekak semasa memakannya. Apapun kekadang, petua org tua ni ada betulnya.
2. Kemudia, batang keladi dikerat2 agak2 2 inci panjang. Rendam dengan air garam. Kemudian rebus dulu batang keladi ni. Ada jugak yag terus memasaknya tanpa merebus/mencelur batang keladi. Kalau ikut aku..kena rebus dulu supaya keladi tak gatal tekak sewaktu memakannya nanti. Aku memang sensitif betul dgn gatal tekak ni.. Hilang feel nak makan nantikan..
Bila keladi dah layu, angkat dan toskan. Masukkan dalam periuk.
3. Kisar bahan bertanda ** dengan air. Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk keladi. Masukkan air secukupnya, garam, asam keping, daun kesom dan bahan perasa jika suka.
4. Masak di atas api sehingga keladi masak. Siap untuk dihidang...Senaaaaanggg!!!




No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...