Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Saturday, 20 June 2015

Ramadhan 2: Rendang Ayam

Share
Assalamualaikum 
Dan salam ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia. Hari ni merupakan hari kedua kita semua berpuasa. Bila menjelang bulan ramadhan ni, kaum ibu lah insan yg paling ligat berputar kepala hotak ni nak pikir apakah juadah berbuka puasa untuk disajikan kpd suami dan anak-anak.

Kepada ibu2 dan wanita di luarsana yg tak tau nak masak ape utk berbuka puasa..jom kita tgk resepi rendang ayam ni yg boleh dimakan bersama nasi ataupun ketupat. Hari ni anak bujang aku yg tinggal di asrama akan balik. Aku ambil dia di asrama dan akan bawa dia terus ke Bukit Bruang untuk kelas tuisyennya. So mula kepala ligat berpusing utk memikirkan menu. Aamira pulak siap2 request dan katanya dah lama xmakan rendang mama.. Ermmm ok la..mama pun mmg terfikir nk buat rendang hr ni..di makan bersama ketupat...budak asrama pun nak blk, sesuai sgt la kan.. Maklumlah budak asrama kan.. Terpaksa telan apa je masakan yg disediakan oleh acik kantin,, Dalam perjalanan balik tadi pun sempat komplen, semalam makan lauk ayam tp tawar.. Sabar la dik... bulan puasa acik kantin xleh nk rasa... Hari ni i berbuka puasa kat rumah mertua i, kebetulan tempat tusyen pun dekat je dgn rmh mertua. Lebih meriah dapat beriftar bersama2 ramai2 kan.. Makanan tak sedap pun akan nampak menyelerakan.

Jom kita kongsi resepi rendang ni. Kira sesi ulangkaji la bg yg dah tahu buat rendang. Untuk anak2 dara di luar sana yg nk belajar masak, meh aunty ajar cara nk buat rendang yg mudah ni...

Rendang ayam

1 kg ayam (potong ikut kesesuaian)-bersihkan

Bahan-bahan:
2 biji bawang besar (warna merah)*
7 ulas bawang putih*
1 inci halia*
6 batang serai*
2 inci lengkuas*
seketul kunyit hidup*-(susah nk ukur bape inci)
15 tangkai cili padi*(ikut kepedasan yg dikehendaki)
~blend semua bahan bertanda

1/2 cawan minyak utk menumis
1 keping asam gelugur
1/2 kg pati santan (beli je kat pasar, xyah nk perah2 dah zaman skrg ni)
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit-diracik halus(mcm buat bunga rampai tu ye)
garam dan sedikit gula melaka/gula kabung

Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan yg dikisar halus. Bila dah agak2 naik bau, xperlu la nak garingkan bahan tumis tu, masukkan ayam. Kacau dan balik-balikkan ayam tadi. 
Kemudian, masukkan santan, kerisik, asam keping, daun limau purut, gula dan garam. kacau dan balik-balikkan ayam supaya tak hangus di sebelah bawahnya. Kemudian masukkan daun kunyit yg telah diraci.  Bila dah agak2 kering dan naik minyak boleh lah matikan api dan sedia untuk dihidang. Untuk di makan bersama ketupat, tak perlu terlalu kering, seelok-eloknya biar ada kuah sikit baru la senang nk cicah ketupat tu nanti..

TARAAAAAA!!!!!!
Inilah hasilnya,,,
SELAMAT MENJAMU SELERA.

Huwaaaaaa....ngantuknya..dah pukul 1.38 pagi ni... Selamat bersahur semua...




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog